Advert




29 June, 2011

Hadiah Harijadi

=)

Belum complete lagi.



27 June, 2011

Happy Birthday to Me :)

Alhamdulillah. Thanks Allah. Terima kasih kawan-kawan yang sudi wish n doa thru fb, sms, email. It means the world to me that you all are thinking of me on my special day :) Kul 11.59pm birhtday wish pertama datangnya dari husband. Dia sms dari dalam bilik, aku kat luar tengah tengok tv. Nak ajak masuk bilik tapi aku tengah tengok cerekarama tak abis lagi. Muahahhaha..


26 Jun kan hari Ahad. Dah berangan ni husband nak bawak gi mana la ni. Ecececeheh. Actually dia baru balik outstation kat Sabah seminggu, sabtu malam baru sampai umah. Penat gile lah, Ahad tu husband tido je.


Dah petang still takde apa, kesian kat diri sendiri. Hint2 dia nak makan eskrem. Baru dia ajak kuar. Huhu. To be honest, takde adiah ape pun dari husband. Aku pun tak sampai hati nak mintak sebab duit dia pun dah banyak abis pasal rumah. So takyah adiah pun takpe lah..dapat makan eskrem pun dah syukur. Walopun sebenarnye nak cincin berlian. Hahahaha.

Wah seronot betul budak berdua ni dapat makan eskrem.


Bawak lari jauh ice blended Papa. Dia yang lebih makan. Takut Mama marah la tu.



Ni hari Isnin, kengkawan ofis belanja kat Secret Recipe Damansara. Terharu sob sob.. ada jugak orang meraikan.



Dah kul 5.30 pm hari Isnin tu, ada pulak surprise kek dari bos. Tima kasih bos.



Itu lah kisah harijadi saya yang ke 31 tahun. Walaupun tua tapi saya rasa muda, boleh gitu? Hari ni bos lagi sorang nak belanja makan kat luar. Dia suruh pilih tempat, nak pegi mana eh? Pastu dengar-dengar hari Jumaat pun ada 'orang' nak buat party. Ekekekkeeke


Tetiba rasa diri ini disayangi. *____*

24 June, 2011

Sleeping Time

Aku tak tau lah korang tapi aku suka sangat tengok anak-anak time diaorang menyusu dan tido. Rasa syahdu sangat. Rasa sayang sangat. Gitu lah. Lagipun time tu je yang diaorang duduk diam. Kalo tak...jangan harap.


Nak layan gamba2 dorang sekejap. Jom..



Sorang utara, sorang selatan. Tangan adik sampai gitu sekali.



Adik dah di alam mimpi, kakak separa sedar.



Dua-dua dah mamai.



Tido petang. Kakak mengada-ngada tutup muka pulak.



Tido petang jugak.





Hamboih, senang hati dua beradik. Kaki adik siap silang.




23 June, 2011

Makan-Makan Birthday Irfan

Hari Ahad 12 June tu, buat makan-makan kat umah Opah dengan adik beradik je. Opah buat pulut kuning makan dengan kari ayam...pergh mabeles!! Lain-lain tu Mama beli je kfc, pizza. Cupcakes tajaan Anis, kek besar SR tajaan adik-beradik.


Gamba2 ni dah upload kat facebook. Tengok gamba2 je lah ye. Nak citer panjang 'apeee pun tak bolehhh'. Kita tengok je lah gamba2 yang tak seberapa ni.


Anis, honestly nak cakap.. aku tak makan pun cupcakes ni sebab tak sampai hati nak makan muka anak sendiri. Hehehe.. tapi dah abis pun ramai orang lain makan. Syirah sambil makan cakap "Iyah makan muka adik, iyah makan muka adik" (jeles).



Mama's advanced cupcakes :) Thanks banyak-banyak to Anis yang sangat baik hati.



The birthday boys - Irfan dan Ayah Ngah, masing-masing 11 dan 12 Jun.




Keesokan harinya, Mama nak amik berkat birthday Irfan dengan share rezeki makan-makan ke office pulak. Order pulut kuning, rendang daging, nasi himpit & kuah lodeh untuk kawan-kawan Mama dengan doa Irfan dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Alhamdulillah semua kenyang sampai petang.




Ni untuk kawan-kawan Irfan kat umah babysitter. Goodies beg berisi sekotak coco crunch, air milo, kek, keropok.


Saya dah 1 tahun!











21 June, 2011

Inject 1 tawon


Sabtu lepas, seminggu selepas besday Irfan dan sebelum lupa.....baik gi cucuk Irfan siap-siap. Tengok gamba tu - Papa pegang adik, doktor dah tentu-tentu nak wat keje dia, nurse tolong pegang tangan adik....cuba tengok Syirah? Siap masuk bawah nurse hahaha..punye la menyebok.

Adik nangis sikit masa jarum masuk pastu dah diam. Sian Syirah, dengan harapan doktor nak bagi vitamin. Sebab salu pegi mana-mana klinik pun, mesti dapat vitamin/gula-gula.. kali ni doktor lupe lah tu. Keluar bilik doktor kecewa sungguh muka Syirah. Hahaha... macam kat umah takde vitamin.

Ok done tanggungjawab mencocok adik, next untuk 1 tahun 3 bulan pulak.


18 June, 2011

Happy Birthday Mummy!

To Mummy Yana & Lea,

Your birthday is finally here, so lets get the party started! It's your day!




Make a wish (kata omputih). Doa lebih-lebih sikit :)





Birthday girl kena nyanyi banyak-banyak (sepatutnya) tapi orang lain yang lebih. Haha. Jangan marah ye. Sesekali bagi can. Sian mak-mak orang ni macam dah lama tak tengok dunia. Ila nyanyi dalam senyuman.. ikhlas dari jiwa.



Majlis turut diserikan dengan kemunculan artis-artis yang tak kurang hebat. Antaranya:



Ayu Katy Perry -sedih sangat gamaknya lagu tu sebab tu ekspresi kita boleh nampak. Hehehe.




Erin Fransesca Peter mendendangkan lagu Kau Lilin Cintaku (kalo tak silap).. sedap suara Erin.




Tuan tanah kedaung ... dengan lagu Papaku pulang dari Kota. hahahhaa.. Gua nyanyi lagu tak ikut perut tu pasal boleh nyanyi sambil duduk, time music bridge boleh lagi sebelah tangan suap spegeti. Mampu?




To Ila, semoga ko enjoy dengan birthday party yang tak seberapa ni. Kami doakan ko panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik supaya dapat jaga Yana, Lea dan adik-adik (??) dengan penuh kasih sayang macam selalu. Thanks also for the friendship. Happy Birthday!!

15 June, 2011

Tupperware untuk mak-mak.

Duta tupperware terbaru


Dulu masa kecik.. bila mak sibuk order tupperware, kumpul tupperware..aku heran. Nape lah nak beli tupperware ni dah la mahal. Best sangat ke? Plastik cenggitu je.


Sekarang nah ko rasakan, ko pulak terjebak ye. Dah jadi mak, baru tau perasaannya. Mana nak letak susu anak, nak letak biskut lah, bawak bekal lah, bekal nasik anak umah babysitter lah. Semua nak sumbat situ. Maka, order lah yang set tu ha terus. Limited edition katanyer. Cukuplah setakat ni, kena pikir lagi 4 tahun baru beli lagi :P... mahal kan.


Aku ni dah masuk kelab mak-mak rupanye. Hahahaha takkan lah anak dah 2 baru nak sedar! Sila tempeleng diri sendiri.


14 June, 2011

Lunch with bff

Wah perasan remaja okeh... bff bagai ha. Muahaha.... Kalo dah beranak pinak ni, sesuai dipanggil lunch bersama ibu-ibu. Baru manis sikit bunyinya.


Oh by the way, ahli-ahli majlis ialah Ayu, Erin ngan Ila. Semua pun emak yang gojes kebabooom... jangan marah :P. Lunch venue kat Lanai Kijang.



Saje amik gambo bagi tak nak diaorang pandang, bukan ape kalo pandang camera diaorang ni bukan boleh.. hahahha..



Salah satu agenda semasa lunch hari tu. Jangan salah sangka, tu bukan gossip lah... hal kerja tu. Jangan main-main hal keje pun kitaorang bincang time lunch. Punye lah pekerja berdedikasi *muntah*




Mereka bertiga order Ayam Penyet, manakala aku makan pasta ada silang roti keras. Rasa biasa-biasa je. Tapi murah lah.





Sebelum balik, meh kita berlakon macam pelancong. Say cheeseeeeeeeee.....



12 June, 2011

Happy 1st Birthday Irfan!

120611 - Tarikh ini setahun lepas, lahir seorang lagi khalifah Allah - lelaki, berat 3.3kg di Hospital Pantai Klang selepas Mama menahan contraction 6 jam. Cubaan untuk normal tidak berjaya, maka keluarlah Muhammad Nor Irfan bin Norazmi secara c-sect tepat jam 5.35 pm. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini.



Anak kedua saya, seorang budak lelaki yang manja.

Kegemaran: bergayut dengan Mama.



Semoga Irfan diberikan kesihatan yang baik selalu. Amin.




Dengan Papa yang suka main jongkat jongket dengan adik.
Jongkat jongket versi kaki Papa.



Dengan Mama yang sayang sangat kat adik.



Kakak yang suka jeles dengan adik.
Tapi bila adik hilang dari pandangan, sibuk cari.





Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah ayat 128).

10 June, 2011

Yang ada sayap.

Tanggal 8 Jun 2011, 4 hari sebelum Irfan berumur 1 tahun..............







Mama terpaksa gi beli kat kedai jap.



Almost 2 tahun beb... perghhh....malasnyeeeee...


07 June, 2011

Sedapnye nasik minyak kenduri kawen!

Sana sini orang kawen, maklom la cuti sekolah.



Teringin sangat nak makan nasik kat kenduri kawen, sedap kan? Lauk macam-macam. Last weekend mengendeng jiran Opah buat kenduri kawen anaknya. Hehe tak malu. Tapi aku kenal la makcik tu, selalu tegur dia kalo nampak. Bukan la datang semata nak makan nasik (cover awal-awal). Lagipun wajib memenuhi undangan.


Mama dah prepare blaus untuk kakak, tengok orang semua pakai baju kurung, dia pun nak baju kurung. Walhal panas terik. Lantak.



Kadang-kadang saja bawak Syirah pegi kenduri, sebab kat umah kenduri nak pulak dia makan.





Nasik dua suap, buah oren sampai lebih 5 pieces dia makan. Feberet tu. Mama tak sempat amik gambo makanan sebab sebelah tangan suap nasik, sebelah tangan pegang adik Ipan. Yang penting, ada rendang daging, ayam goreng berempah. Tu tak campo kudap-kudapan atas meja yang bermacam-macam. Perghh! kenyang alhamdulillah. Saya suka orang kawen!





06 June, 2011

Mangga Taiwan

Besar giler oh mak kau! Sebesar muka orang dewasa yang kena beguk. Hehehe.




Aritu gi pasaraya dekat umah beli barang-barang dapo, nampak mangga ni - katanya mangga Taiwan. Bodek2 kat husband kalah orang tengah ngidam. Bukan ape, nak tau rasanya. Bodek sebab harga dia adalah mahal, sebijik ni RM9! Beli sebijik ni je pun.


Rasa dia? Biasa-biasa je. Sedap lagi mangga yang kita tanam depan umah tu. Kesimpulannya, belilah barangan buatan Malaysia :)


02 June, 2011

Kakak & Adik

Ajar adik main game kat tepon.




Tido time. Ipan mesti tengah mimpi jadi ahli gimnastik. Hahaha.






Selamat datang June!

Bestnye dah masuk bulan Jun atau bulan enam, kata orang tua. Eh, kira aku dah tua lah? Haha.



Kenapa suke sangat bulan enam? Sebab dah setengah tahun berlalu, sebab bulan kelahiran Mama dan Irfan. Yeah gimme five dik. Mama idok le berangan nak sambut sebeday (kalo ada pun ape salahnye - ini hint tau). Muahaha..



Bulan enam dimulakan dengan adik kembali demam. Dugaan Allah, aku redha walaupun tak demam teruk tapi sebab dia baru je demam seminggu sebelum tu. Kali ni demam akibat cirit-birit. Dalam masa 2 minggu, ulang alik klinik sebanyak 3 kali.



Semalam petang kan, aku amik time-off nak bawak adik gi klinik. Sampai-sampai umah semayang Asar dulu pastu mandikan kakak. Pastu terus angkut kakak amik adik umah babysitter terus gi klinik. Kat klinik ramainye orang, sampai ke Maghrib menunggu turn.



Balik umah mandi, semayang, nenenkan adik, bagi adik tido, kakak kena marah sebab bising adik takleh tido, kakak menangis kat luar, adik nangis takmo tido, paksa adik tido sebab Mama banyak keje lain nak buat, adik dah tido, pujuk kakak, buat nenen kakak, Mama basuh botol-botol, kemas beg adik, bagi kakak tido, eh Mama belum makan patut la perut bunyik, minum air je tak makan (konon diet), iron baju, lipat kain budak2, amik air semayang, gosok gigi, tido. Malam bangun banyak kali sebab adik tak selesa tido.



Bukan nak mengeluh ke ape, tapi penatnye. Aku suka tau buat semua sendiri sebab dah biasa tapi ada masanya kita tak payah la berlagak semua kita mampu. Sebab memang tak tertanggung. Bila dapat sms 'kesian Mama' dari Papa, terus nangis.