Advert




Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

17 January, 2013

Family Day Office Mama @ Sunway Lagoon.

Seperti biasa lah citer lama baru nak buat entry.  Maklom la blog suam-suam kuku katanye.. Ni kisah ujung tahun lepas.  Tempat mama work ada buat family day untuk staff dan keluarga.  Dapat lah Mama bawak anak-anak (papa tak ikut sebab outstation) bersplash splash kat Sunway Lagoon. 

Sebelum acara mandi manda, kakak ada masuk acara pakaian beragam.  Itupun last minute committee family day ni call.  Nasib baik ada baju gaun. Kepak butterfly dengan stick tu menggagau cari kat kedai kat umah nasib baik ada. Hehhee..  Nak pulak Syirah tu. Ingatkan dia segan ke tak nak. Rupanya suka hahahhaha.... selamba je catwalk.


Tapi tak menang la dapat saguhati je.  Ok la kan saje nak bagi dia berani berdepan orang ramai.


Lepas tu ada acara untuk ibubapa jugak. Persembahan setiap jabatan. Mama masuk nari-nari cam orang gile. hahahhaha... wat malu kat anak2 je. Dah la kalah pulak tu.

Yang penting, the kids were having so much fun!




Actually pagi tu datang dengan Ayah Ngah so Ayah Ngah la jaga anak-anak sementara. Dah tengahari sikit, Mak pulak datang.  At least boleh la tolong tengok anak-anak yang tak keruan bila nampak air.


Lagi-lagi minah yang berani sangat ni.  Menonong dia naik slide budak2 yang paling tinggi, kami tak sempat nak larang. Tetiba dah sampai atas siap beratur dengan budak2 besar.  2-3 kali dia naik slide ni.. happy sangat dia..


Dah penat mandi, pegi tengok binatang-binatang kat Wildlife Park.  Kami tak explore semua tempat sebab tak larat.  Lepas tengok binatang, sambung mandi lagi before balik.  Mama dah siap2kan susu sebelum drive.  Belum keluar dari parking, dua-dua budak sudah ketidoran susu pun tak abis hahhaa padan muka penat.


Terima kasih BNM bagi tiket free untuk kami dan jugak doorgift.  Ohh mama menang lucky draw juge, iaitu sebijik thumbdrive yang shomel. Jadik la dari takde hahahhaha...

Bye.

12 July, 2012

Urbano e Fresco, Publika Solaris

Sementelah tak lama lagi nak puasa, mari kita keluarkan dulu gamba-gamba makanan sebelum terliur. Acara jalan-jalan cari makan ni pun dah lama berlalu. Baru nak upload gamba ha. Dah lama tak update blog lah katakan.

Urbano e Fresco ni restoran makanan Italy kat Publika Solaris Dutamas. Sikit2 Publika sekarang kaaann. Bukan apa, dekat ngan opis. Banyak kedai makan. Itu je sebabnya.



Ada jugak jual beraneka jenis jem. Jem yang sapu kat roti tu. Roti dan jem adalah buatan sendiri.


Sebenarnya kami pegi sini guna voucher Groupon. Beli masa offer kat Groupon dari RM50++ jadi RM19 sahaja seorang untuk 3 course meal.  Air je kena beli asing.

So memula datang la garlic cheese bread ni.  Sedap ya ampun. Banyak pulak tu. 3 pinggan camni dia bagi.


Kemudian, chicken wing pula menyusul.  Alhamdulillah sedap jugak. 3 pinggan jugak.

Pastu gamba spegeti aglio olio lupa nak amik, rasanya waktu tu dah terlampau kenyang sampai tak larat.  Nak makan pun sampai kuis-kuis nak habiskan. Kesian orang somalia kan..tak dapat camni.


Finally, dessert. Tiramisu kek. Sedap kawan-kawan.  Tak nyesal beli voucher RM19 dapat makan banyak. Kalau takde voucher, mahal. Alhamdulillah.


Kalau nak pegi sebelum puasa, boleh la pegi:
Urbano e Fresco,
D2-G3-3A, Solaris Dutamas (outside Publika),
Kuala Lumpur.

07 June, 2012

Department's Family Day.

Sayang nak burn citer ni sebab banyak gamba. Dah 2 bulan berlangsung. Hahaa. Hamek ko sekali update gamba banyak itupun dah selected.  Gamba2 from phone dan camera member office.   Office Mama buat family day kat Port Dickson dari 21-22 April lepas. Jumaat lepas keje, balik umah..mandi, kemas umah, semayang ke apa yg patut dulu kul 9 baru bertolak ke PD. Dekat je kan. Sampai PD around 11pm. Budak2 dah tido angkut naik bilik.

Pagi Sabtu @ PD. Semangat waja anak-anak aku ngan sports attire. Katanya ada sukaneka kan.


Lepas breakfast, acara tak start lagi. Gi tengok laut jap kat belakang banglo.  Resort ni office yang punya ye kengkawan, for staff only. Kot2 la tanya kat mana. Beria tengok laut sambil pimpin tangan. Alahaiii..



Ok dah nak start acara. Pengarah bagi intro speech diikuti dengan simple senamrobik.



Sukaneka anak-anak pun bermula. Yang kelaka, parents lagi over dari anak-anak. Hehehe. Comel sangat lah budak2 ni. Untuk kami, memang excited. Sebab Syirah mana penah join sukaneka. Baru sekolah this year, sukan tak buat lagi. So ni dikira sukaneka pertama dalam hidup Syirah. Excited ni Mama jadi pompom girl, Papa pulak jadik coach.


Syirah mana pandai tiup belon. Tiup takat tu je lah yang mampu. Tapi nama pun sukaneka, sukahati masing2 je. Belon tu bos aku yang tiup, bos aku gak yang letupkan. Syirah tinggal lari je. Dapat no 2. Hahhahaa...


Semua acara Syirah masuk. Dia yang nak. Nampak dia pun enjoy. Tak sangka rupanya suka sukan dia ni. Nanti boleh la aktif sukan kat sekolah. Acara bawak bola dalam sudu. Kawan Mama pulak jadik coach.



Cari gula-gula dalam tepung. 


Hasilnya. Suka je dia.



Acara sukaneka parents pulak. Nampak tak Mama? Dah lama tak bersukan, excited jugak la kahkahkah. Acara lari berpasangan. Mesti nak menang ni, wakil rumah Hijau.


Ingatkan Mama sorang je excited, Papa pun sama. Mengimbau zaman kanak-kanak lah kot, dah lama tak dapat lari dalam guni. Hehehehe..Go! Go! rumah Hijau!


Acara ni paling kelakar, Long Jack nama acara. Group mana boleh buat garisan paling panjang. Hahhaa kelaka betul siap orang-orang sekali baring sikit lagi nak separuh bogel sebab seluar sendiri pun tanggal nak bagi line panjang. Terbaek ah korang! Rumah Hijau menang ok! Yeay!



Korang tengok kami laki bini bersukan tu, tau tak anak-anak kat mana? Terima kasih kat Auntie Maya yang tolong jadi babysitter sementara. Hehe. Tq Maya! Elok je Syirah ngan Irfan duduk ngan Auntie Maya.


Usai acara sukaneka, upacara penyampaian hadiah. Budak2 la paling suka. Mau tak, semua acara masuk, pasti dapat hadiah. Sebab AJK family day memang kata semua budak akan dapat hadiah. Takut kang ada yang mengamuk ke merajuk, tak ke naya. Kemain Syirah happy dapat banyak hadiah. Masa amik gamba ni, orang lepas salam amik hadiah terus pegi. Dia boleh lagi berdiri tunggu orang amik gamba dia. Haha.. Syirah si minah posing.


Semua.


Dah bergambar-gambar bagai, lunch pun telah tersedia. Sure lah lapar setelah berhempas pulas bersukan tadi. Lepas lunch, naik bilik masing-masing. Memang awesome lah cuaca pun sejuk, bukak aircond..tido!



Lepas Asar, acara petang pulak. Acara basah. Pagi tadi acara kering, petang venue kat swimming pool. Anak-anak acara bebas.



Papa join acara polo air, lumba berenang/menyelam paling lama.  Mama tengok dari jauh je sebab tengah jaga anak-anak mandi. Kemain Papa, kawan-kawan Mama kata star kumpulan hijau. Ewww..


Wehh banyaknye gamba malas nak taip dah ni. Lepas mandi manda tu, masing-masing balik mandi solat semua. Dinner kat banglo pukul 8.30pm.  Acara barbeque, karaoke dan melepak bersama.  Oh ada jugak lucky draw. Alhamdulillah Mama dapat set tupperware. Bestnyee!









Keesokan harinya, hari Ahad. Bangun lambat2 sikit, breakfast roti yang bawak dari umah, kemas2 dan balik umah. 

Event yang success, semua happy dan enjoy! Kiranya, engagement session dengan bos baru :)


25 May, 2012

Congrats Papa.

Dah masuk Mei, cepatnya!  Next month Jun. Bulan yang mulia. Tetiba nak claim Jun bulan mulia sebab besday saya dan anak teruna. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.

Sedih pagi ni sebab lepas Papa hantar anak-anak sorang ke babysitter, sorang ke sekolah, dia terus pegi outstation lagi. Sobs..what to do, life goes on.

Alhamdulillah rezeki lagi pagi ni kat office...bekpes orang belanja.  Walaupun hanyalah nasik lemak singgit, tapi sedapnyaaaaa dan kenyang. Nampak sangat yang bagi tu ikhlas kan?  Semoga murah rezeki kawan saya yang nama dia Seri :)



Semalam dalam pada larat tak larat, terjah Sogo jap demi nak cari 'hadiah' untuk Papa. Ingatkan nak pegi hari ni lah, tapi bila Papa kata dia balik Jumaat pagi, kenalah cari semalam gak.

Dalam masa 1/2 jam ni je lah yang dapat. Congratulations Papa! Alhamdulillah finally. Rezeki anak-anak kita. Bukan tak nak share tapi sebab masih dalam kerisauan.  Adakah kami bakal berjauhan lagi. Tu yang tak sanggup tu.  Lain kali kita share k :) 




26 April, 2012

10th Anniversary.

Happy Anniversary yang ke 10 untuk saya dan tempat saya bekerja. Bravo!  Tak sangka kekal lama kat sini. Cewah macam la sebelum ni penah job hopping. Di sini lah tempat pertama aku bekerja (yang betul2 bekerja) selepas grad.  Dan mungkin terakhir.

Gamba tidak mengikut turutan tahun. Belasah je lah eh. Gamba pertama ni dengan the very big boss kat satu event.

Tengok, tengah minum pun ada orang amik gamba. Ko ade? Haha. Maklom la masa ni anak dara lagi. Ramai yang memerhati *uwekk muntah kalerful*

Kurus lagi masa ni,  Hahahaa..start keje 22 April 2002. Debar gile. Tempat keje besar kan, tentu lah berdebar.



Dengan kengkawan department kat majlis lain.



Paparazi amik gamba lagi. Pastu leh lak mintak "eh nanti ko email gamba tu kat aku tau". Kahkahkah.. Mula2 masuk keje kat department ni, dah masih berada dalam department yang sama. Emm..


Tetiba plak gamba tengah buncit. Masa ni tengah pregnantkan Syirah. Sama dengan Kak Qish, kawan baik dalam department.



Sebab apa susah nak keluar dari department ni? Sebab kengkawan. Kengkawan satu department yang sekepala..yang jarang nak berdengki. Susah kalau pegi keje tapi tak seronok dengan orang sekeliling kan. Walaupun tak puas hati dengan bos ke, supervisors ke tapi yang penting kita ada kawan-kawan yang baik.




Alhamdulillah dah 10 tahun. Ada tempat keje yang stabil, gaji tetap, kemudahan perubatan. Cukuplah. Syukur.



05 April, 2012

Cafe Marmalade @ Publika

Lunch during office, biasalah kengkawan office ni rajin terjah tempat makan. I follow.... aku kata.

Kalini ke Marmalade Cafe, Publika Solaris Dutamas. Asik-asik pegi Publika kata kawan aku.  Ye lah benda dekat kan, sini banyak tempat makan.

Menuju puncak Marmalade...



Entrance dia yang simple. Cafe ni kecik je sebenarnya. Konsep santai.. minum-minum makan yang light-light je.  Babies/kids friendly konsep rasanya. Depan cafe ada ruang lapang (kayu) untuk buat event dan ada jugak playground kat luar tu.



Kat tepi entrance ada sudut ni.  Untuk kids main sementara parents makan.  Memang sesuai untuk mak-mak nak lepak ngan kengkawan. Bila aku sampai pun, mostly yang tengah minum ialah mak-mak (orang kaya la kot, laki keje, bini gi shopping makan minum) tengah lepak bawak anak-anak.



Tak tau ape motif amik gambo ni. Botol dia pelik kot.



Ini lah yang aku order. Quiche dan nachos.  Kedua-duanya rasa biasa2 je. Tak sesedap Bens. Eh nak jugek Bens. Tapi service kat Marmalade cepat, Bens lambat!

Harga sedang-sedang. Mahal sangat tak, murah sangat pun tak. 


Siapa nak lepak-lepak santai, boleh la pergi ye:

Marmalade Cafe
Lot G3-2, Publika Shopping Gallery
Solaris Dutamas No 1,
Jalan Dutamas 1