Advert




13 July, 2011

Personal Development

Amacam? Poyo tak gambo tengah beria-ia tulis ni? Aku memang selalu jadik tukang tulis kalo gi course. Tau lah tulisan aku lawa hahahaha. Kena ah nak mencukupkan kuota pegi training tahun ni, pegi je lah kan at least dapat gak release keje ofis.




Course yang aku pegi ni, speaker dia ialah Puan Serene antaranya dia cakap pasal KSA (Knowledge, Skills, Attitudes) yang perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk berjaya. Dia juga ada explain tentang How to manage difficult personalities and manage our personalities to manage others. Ha paham tak? Jangan ingat kita ni bagus sangat kan, rupanya orang lain anggap kita ni lain. So continuously kena tanya soalan dengan colleagues atau bos "apa yang diaorang nak kita improve?" sebab kita tak tau diri kita, hanya orang lain yang nampak kelebihan dan kekurangan kita. Course ni jugak ada bincang pasal CHANGE. Bersediakah kita untuk sesuatu perubahan? Atau kita tak mau berubah sebab kita dah ada 'comfort zone' sendiri. So kalau takmo berubah duduk lah di takuk tu je sampai bila-bila. Sebab untuk berubah bukannya mudah. Perlu bersedia dari segi mental especially.


Ada satu topik yang dibincangkan yang menarik perhatian aku ialah "Complement your Boss and raise his/her Career to Progress Yours". Korang agree? Aku kureng setuju di situ. Puan Serene ni kata, kalau bos kita yang salah, kita kena mengaku yang salah tu datangnya dari kita bukan dari bos. Tapi kalau nak 'hidup', cara ni memang cepat naik lah. Tapi aku ni jenis tak pandai bodek dan tak suka hipokrit.. aku tak suka, aku cakap je. Bos bagi keje buat, cukup masa balik.




Ok lah habis citer tu. Salah satu kriteria untuk pergi kursus, harus lah pilih yang makanan dia sedap! Muahaha.. teruknye lah perangai. Oh btw, course ni kat Legend Hotel and tempat makan ni of course lah Di Atas Brasserie. Alhamdulillah sedap tapi dulu lagi sedap, sekarang macam ok-ok je. Makanan spt dalam gamba yang aku amik untuk 2 hari, bukan untuk 1 hari. Nafsu masih terkawal.


Dalam banyak-banyak perkara, aku paling tertarik kat toilet hotel ni. Comelnyeeee macam kat dalam babyroom kan. Wallpaper tu aku suke. Ngan kayu-kayu coklat tu, cantik sangat.




Bilik tempat kami brainstorm ... ada tukang penunjuk arah (part time, cari duit lebih)... sila masuk.


Saat yang dinantikan telah tiba.... BALIK!! Cecepat amik certificate pastu calow..Tak sempat nak tukar-tukar contact number ngan participant lain (perlu ke?)



Ahli group ni je yang aku kenal. Hahahha. Yang duduk tu kawan baru, nama dia Hanim. Dia PA Cikgu Siti Hajar. Sape nak kawan ngan artis boley la contact dia ekeke..



2 comments:

farikh said...

gambar pertama tu macam cikgu kelas menjahit la kak kihkihkih

mama-syira said...

hahahaha...lebey kurang la tu ek, takpun macam kontraktor kelas F