Advert




23 August, 2011

Berbuka @ Restoran Zam-Zam, Shah Alam

Majlis yang unplanned. Call sana sini nak jumpe, alhamdulillah dipermudahkan. Kebetulan Oja balik dari Moscow dan ada urusan kat KL. Call Anis n Kerun pulak semua free. Jom bukak posa sama! Begitu.

Hari Jumaat, nasib baik minggu tu aku ada duty pagi so dapat balik awal. Nak balik umah mandi n siapkan anak2 dulu. Macam lipas kudung buat keje, 630 dari umah terus berdesup ke Shah Alam. Papa la yang drive, kot aku dengan anak2 je kejadian tidak akan berlangsung.



Restoran Zam-Zam ni restoran makanan arab, kat seksyen 9. Sempena ramadhan, dia buat buffet RM39/pax. Untuk harga itu dengan makanan yang dia serve, rasanya not worth it. Sebab nasik and lauk cepat habis. Nasik sedap tapi manisan tak sedap. Air tin pun tak semua dapat. Nak amik, eh tetiba dah habis. Tapi dia ada air anggur ngan oren.


Untuk keselesaan, yes selesa. Anak-anak pun selesa. Ada carpet, aircond, lcd tv yang banyak dan deco dalam dia pun sangat nice. Anis pandai pilih meja kat tepi dinding so agak private untuk kami.






Amik makanan kena beratur sebab ramai orang. Aku suruh Kerun amik gamba, mesti tak penah nya betul! Salah tekan la, gelak la, tak nampak kepala la. Senget la. Hahaha.. Kerun..Kerun bila lah nak betul. Tengok gamba kami bertiga tu, macam banduan beratur nak amik makanan. Siannnn.




Syirah kemain lapa. Dia memang suka nasik yang ada kaler. Beria ha muka makan. Adik as usual, tak boleh nampak makanan. Padahal baru lepas makan.





Lepas makan, sape yang solat pegi lah solat. Surau ada kat tingkat bawah. Sementara tunggu orang lain selesai solat, budak-budak main dulu. Berkejar berlari dalam tu buat macam rumah sendiri.





Selesai tu, ape lagi sesi bertukar hadiah cam biasa. Tapi kali ni dibuat dengan kadar paling cepat. Macam kena kejar hantu. Haha..nak cepat masing-masing. Tak macam zaman dulu boleh la. Ni yang anak-anak hiruk pikuk lagi, macam-macam hal (aku lah tu). Sorry ye kengkawan. Oja pun nak cepat, nak gerak balik Kulai semula malam tu.





Nama je duduk dekat-dekat yang 3 orang tu tapi nak jumpa punya lah payah. Lagi-lagi Kerun, bz ngalahkan Rosmah Mansor. Oja dah tentu-tentu jawoh beribu batu. Oja, bebaik ye. Bersalin nanti jangan lupa bagitau n share kat facebook. Kami doakan semuanya dipermudahkan. Jangan nangis raya nanti. Hehehe..Sorry sesangat tak sempat beli apa-apa untuk baby. Pos aci tak?







Nak tunjuk gamba ni. Orang dok sibuk bersalam-salaman, tengok Anis buat pe? Hahahha dia makan budak! Anis balas dendam dengan Ipan.







Lepas masing-masing membawa haluan sendiri, Papa ajak gi cari baju melayu dia. Jom gi Jakel nak Pa? Ok set. Ipan dah tido. Letak dia dalam stroller. Hujan renyai-renyai pulak malam tu sejuuuuuk je. Dah dapat baju melayu Papa, sebelah Jakel tu ada Ariani. Jom intai apa yang menarik. Eh terjebak? Takpe, Papa belanja. Dapat la tudung raya selai. Selai je.



Ni hadiah-hadiah dari kengkawan saya. Oja bagi kasut kristal, keychain ngan fridge magnet semua dari Russia. Anis bagi frame surah Yasin untuk umah baru :), Kerun bagi perfume wangiiii. Thanks kengkawan semua, akhirnya dapat jugak kita jumpa tahun ni walaupun sekejap. InsyaAllah ada rezeki,panjang umo kita jumpa lagi. Rindu korang. Mmmmuahh.




No comments: