Advert




25 August, 2011

Selamat Hari Raya 1432H



Salam kengkawan ataupun siapa-siapa yang sudi baca blog yang tak seberapa ni,


Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun maaf sekiranya ada salah silap sama ada secara langsung atau tidak sengaja sepanjang saya menulis dalam blog ni. Maafkan lah saya ye.



Semoga Syawal kali ini kita sambut dengan besederhana, jangan membazir. Ingat orang yang tidak bernasib baik sambil shopping sakan dan makan ketupat rendang time raya nanti.



Saya juga doakan semoga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak elok, diselamatkan perjalanan pulang ke kampung dan dipermudahkan segala urusan.



Hari Raya bagi saya, peluang untuk berziarah orang-orang tua. Tahun ni nampaknya takde orang tua yang tinggal, nenek dan atok sedara semua dah takde. Betapa tak meriahnya raya kalau tak menziarah mereka. Huhu.


Tahun ni saya beraya kat Kedah. Sedih jugak sebab tak raya dengan family sendiri, lain suasananya tapi tetap meriah.



Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.





4 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Selamat hari raya farah sekeluarga!
Baik2 drive ye...
Semoga semuanya selamat...

AdanyaKauUntukku said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin juga dari akak ye...

mama-syira said...

Erin,
Ye erin sama2 lah kita. erin pun bebaik balik kg tu.
Terima kasih byk bagi kad raya :) nak reply pun tak sempat heheh

mama-syira said...

Kak Ila,
Terima kasih kad raya ye kak ila. Selamat Hari Raya utk kak ila sefamily.