Advert




22 September, 2011

Berdialog dengan Syirah

Macam tajuk buku "Bercakap dengan Jin". Hahaha.

Biasalah kan aku kalo berborak dengan Syirah tu bukan macam mak-anak tapi macam kawan-kawan. 

Dialog 1
Syirah  :  Mama..mama... tu gamba Mama dengan Papa kawen ye (sambil tunjuk frame gamba yg tergantung kat dinding)
Mama  :  Iye. Masa tu kakak kat mana ye? (saje nak test)
Syirah  :  Iyah dalam pewot Mama la... Iyah kecik lagi. Penat Iyah dok dalam tu ikut Mama..
Mama  :  Ikut Mama pegi mana?
Syirah  :  Pegi Mama kawen tu lah, panas tengahari tu. (Aku rasa dia maksudkan kalo pegi kenduri kawen kan panas-panas)
Mama  :  Oooo ye ke..sian Iyah.  Best ke dok dalam perut Mama?
Syirah  :  Best. Iyah dok ngan adik dalam tu. Iyah jaga adik. Iyah tido ngan adik. Iyah katil atas, adik katil bawah.
Mama  :  Hah? Dalam perut Mama ada katil ke?
Syirah  :  Ade.

Hahahahhahaha


Dialog 2
(masa tu dia demam)
Mama  : Kakak, meh Mama tampalkan dahi dengan cool fever ni jap.
Syirah  : Uuuu sejuknyeeee

(5 minit kemudian)
Mama  : Eh, mana tadi yang Mama tampal kat dahi tu, dah ilang?
Syirah  : Tu, Iyah tampal kat Tiger (kucing Ucu dia)

Mama  : Hah? Mama beli tu mahal tau kak, kakak pakai kejap je pastu tampal kat kucing? Mama bagi kakak sebab kakak demam
Syirah  : Sian Tiger tu dia sakit jantung, Iyah tampal la kat dia
Mama  : Huwaaa tau pulak tu jantung kucing kat dada? (dia tampal cool fever kat dada kucing)


Dialog 3
(kat pasaraya Speedmart)
Syirah  :  Mama..belikan lah Iyah sesuatu. Iyah lapar ni, Iyah nak masak. Belikan lah mainan masak tu
Mama  : Kalo lapar amik la cococrunch ke roti ke. Mainan kan dah banyak kat umah...
Syirah  : Satuuuu je Mama...

Mama  : (tengok harga sib baik RM7.30 je) Ok la main ngan adik tau sama-sama

(dalam kereta)
Syirah  : Mama bukak la sekarang mainan ni, Iyah dah lapar nak masak skrg
Mama  : Kat umah boleh tak kak? Nanti sepah dalam keta Mama nak kutip satu-satu bawak turun pulak
Syirah  : Nanti Iyah bawak la
Mama  : Ok kita tengok nanti (sambil bukak mainan kecik2 tu dari dalam plastik) Ha main ni.

(sampai umah)
Mama  : Ok dah sampai, bawak satu-satu mainan tu kata tadi kan

Syirah  :  Takkan Iyah nak bawak semua? Ini tak adil!
Mama  : Adil tak adil..bawak ler sendiri (sambil pegi)

Mana la dapat perkataan 'ini tak adil'?  Adoi la.

Kakak kesayangan Papa ni peminat no. 1 buah betik.





6 comments:

farikh said...

dalam perut ko ada katil dua tingkat kak?! canggihnyaaaaa kihkihkih

mama-syira said...

Ko mampu tak dik? hahaha
macam hostel ok.

Farihah said...

hahaha..kelakar la kak iyah nieh...imaginasi tahap tertinggi...

Mya said...

somelllllll...

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

hahahhahahha :D
tak tau nak kata apa...
smart kid!

mama-syira said...

Farihah: pengaruh katun pun ye hehehe

Mya: kadang2 somel, kadang2 memeningkan pale

Erin: hahah nanti masuk skola tak tau camne, lg ramai pengaruh kawan