Tak pernah tau akan kewujudan perpustakaan baru ni. Korang tau? Ke aku je yang lambat kot. Sebab sebelum ni pun pergi kat area kompleks PKNS Shah Alam. Tak tau yang itu masih wujud ke tak. Abang aku yang ajak pergi library baru ni sebab dia dah pergi, dia kata library canggih.
Untuk pengetahun, library ni terletak dalam kawasan Kelab Golf Sultan Abd Aziz Shah, seksyen 13 Shah Alam. Masuk ke pintu gerbang KGSAAS, terus lagi. Memang agak jauh ke dalam sikit, sebab kawasan ni jauh dari jalan besar. Mungkin nak kan suasana aman damai kot.
Bangunan library - pandangan dari luar |
Direktori untuk panduan - level paling bawah ialah level untuk budak-budak |
Hangkut ke mana saja korang pegi atas tanggungjawab sendiri. heheh. |
Syirah masuk je nampak pentas ni dia terus naik. Ingatkan nak buat apa, dia terus bercerita. suruh orang duduk dengar. Berani jugak rupanya dia ni. Dia tengah citer buaya dan monyet. |
Yang ni paling suka. Ada pokok besar (pokok buatan) Baca buku di bawah pokok :) |
Pandai sangat Mama kau berlakon. Eh adik pun? Muahahaa. |
Buku tak banyak sangat tak sikit sangat. Masih baru kan, still in progress |
Bahagian kids luas jugak, boleh lari-lari. Sibuk kakak ambik buku sampai 5-6 buah pastu suruh duduk baca dia lari. |
Ada jugak bahagian menonton video. |
View dari tingkat atas. Kat bawah yang sekelompok hitam tu ialah sofa dan karpet. Ada port-port untuk study macam kat rumah la kononnya. |
Kalo rasa nak study tanpa gangguan, sila lah duduk di sofa ini sambil mengadap tasik. Jangan pegi bercinte pula kat situ. |
Apple at all levels. Whoaaa again. |
Bahagian rehat-rehat.
Memang best lah pergi library ni. InsyaAllah nanti nak pegi lagi. Nak register jadi ahli isi form bayar 20 sen je. Syirah hari tu tak nak balik tapi sebab dah dekat 4 jam spent masa kat situ, kena lah balik sebab lapaaaaaaaa. Eh btw, situ ada cafe tapi kami tak pegi tengok camne rupa n makanan dia. Mesti canggih jugak kot.
Website dia klik SINI. Marilah kita menyemai sikap suka membaca di kalangan anak-anak sedari awal lagi. Wah macam slogan kerajaan. Ye lah, ni tak asik-asik shopping complex. Jom jom pegi library pulak!
|
No comments:
Post a Comment