Advert




19 October, 2011

Rindu teramat sangat.


Sedih tak tengok situasi di atas? Sobs.

Sian anak aku rindu kat Papa dia.  Papa dia sampai kul 12.30 tengah malam tadi. Irfan dah tido. Pagi subuh tadi dia bangun nampak Papa dia tengah tido atas katil. Dia panjat katil, pegi kat Papa dia dan baring atas dada Papa dia selama 15 minit. Baring tak tido. Kedip-kedip mata dia. Melepaskan rindu. Sedih kan.  Rindu sangat tu agaknya.

Kakak bangun kemudian, terus pegi kat Papa jugak dan bertanya "Ipad mana?" Muahahahha.

Anak oh anak.

By the way, pagi tadi sempat masak ayam stew. Cewahh.. resipi baru belajar.  Alhamdulillah sedap jugak bila dah masak tu.  Hahaha puji diri sendiri ape salahnya sekali sekala. Tapi lupa nak amik gamba.

Meh amik resipi ni kot-kot ada sape nak buat lauk hujung minggu nanti.

Chicken Stew (3-4 orang makan)
1.        ayam dipotong kecik
2.        1/2 sudu besar tepung
3.        1/2 sudu besar minyak
4.        1 biji bawang merah dipotong kiub
5.        carrot, tomato, broccoli dipotong kecik
6.        sedikit celery dipotong
7.        1 helai daun bay
8.        1 cawan air
9.        6 ketul oyster/button mushroom dihiris.
10.  garam dan lada sulah sket untuk rasanya.

Cara-cara:

1.      Lemak ayam dibuang. Tulang jangan buang (untuk rasa). Pastu isi ayam gaul dgn tepung
2.      Panaskan minyak, tumis bawang sampai naik bau.
3.      masukkan ayam.. kacau. masukkan celery, tomato, carrot, broccoli..
4.      masukkan 1 cawan air.. biarkan dalam 20 minit biar mendidih dan pekat kuahnya (bila letak tepung, kuah akan jadik pekat)..
5.      masukkan mushroom pastu masukkan garam dan pepper.

Selamat mencuba!




2 comments:

Deqna said...

alo alo manja nya irfan...

nanti aku cuba yer resipi ko nie..sesuai tuk budak2 besar anak kita kan..

mama-syira said...

Anak 2nd ni memang manja lah Derna, cuba ko bagi Marissa adik. Mesti adik marissa manja gak ehehehhe...

tu memang resipi budak sebab tak pedas, sila lah cuba ye