Solaris Dutamas tempat baru yang berhampiran jugak la dengan office ni kalau dah boring tak tau nak lunch kat mane. Especially bila time masing-masing ada kereta kat tempat parking (i.e. tak payah pegi jauh nak kena amik keta).
Satu Jumaat yang permai, kami takde plan nak lunch kat mana tapi terus je menuju ke Solaris. Macam-macam restoran ada kat situ, dari nasi campur ke western ke iranian, arabian..macam-macam lah. So kami nampak Kafe Mee Jawa ni, apa kata kita try?
Interior kafe ni unik - sangkar burung bergantungan |
Kami decided nak dok kat luar je, sambil tengok orang lalu lalang |
Cuaca hari tu panas betul. So i order air cincau. Mabeles sangat untuk menghilangkan dahaga. |
Makanan yang kami order kat situ seperti dalam gamba. Specialty dia memang lah mee jawa. Tapi ada jugak menu-menu lain kebanyakannya berunsurkan mee.
Serius discussion selepas kenyang, masa lapa masing-masing diam. |
Food-wise, ok sedap. Venue-wise, pun ok. Yang penting, ia bersih. Kafe Mee Jawa terletak di Lot A1-G2-09, Solaris Dutamas.
Kalo dah kenyang/boring makan nasik, boleh pegi sini :) Kenyang jugak kalo makan semangkok sorang. Kahkahkahkah...
3 comments:
wah sampai ke sana korang jalan2 cari makan yer... esok ke mana pulak? haha
Kitaorg tak plan awal, dah 12.30 baru memasing kelam kabut.
Esok nak terjah jalan TAR cari tudung..yahuu..esok gaji..!
Salam buat semua stylo ladies di sini! :)
Blog khas buat semua PENCINTA HANDBAGS! :)
Koleksi handbags yg menarik & stylo serta tips yg sgt berguna.
Kunjungi kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/
TQVM! :)
Post a Comment