Tiba-tiba kan, ada habuk kat bibir bawah Irfan. Dok la bersihkan hari-hari ingatkan habuk. Rupa-rupanya...................................
Taik lalat!
Betul-betul kat tengah bibir bawah. Lelaki takkan banyak cakap kot? Tapi ciri-ciri tu dah ada. Umo baru 1 tahun 5 bulan tapi kalo bercakap tak berenti. Bising betul mulut dia. Ko bayangkan dengan kakak yang cakap ala-ala mak nenek, tambah lagi dengan adik. Happening hoccay! Mama tak kisah, Mama okey je. Takut Papa lah pening. Selalu dengan Mama pun dia dah pening. =) Nasib lah kan.
Perkataan-perkataan yang dia dah pandai cakap banyak tapi yang selalu cakap, contohnya:
- Nanak (taknak)
- Susu
- Wuit (duit) - perghh ni bahaya ni kecik2 dah tau duit
- Kuar (keluar) - selalu nak ajak orang keluar umah pagi2 subuh celik mata papentah
- Pinpin (upin ipin)
- Boboboi (katun feberet) - dia suka time theme song mula2 nak start tu je. Boleh pulak tau bila perkataan BoboBoi tu akan kuar.. nanti dia tunggu je part yg tu... pastu "boboboi"..hahahhaa
- Kalo nampak org tua "tok", "nek" (tau pulak beza lelaki pempuan)
- Kalo pegi umah orang, menonong masuk salam takyah suruh. Pastu siap cakap "cik" hahahhaa.. alahai agak2 leh jadik menantu pilihan? Muahahaa
- Bas (kalo nampak bas dan lori. lori pun dia panggil bas)
- Tit (sakit) - biasalah budak manja, silap sikit sakit pastu dengan muka-muka mintak simpati
- Dah boleh panggil semua nama (opah, mak, anyah, acik, ucu, tatak)
- Banyak lagi.... tapi imitate cakap orang lah selalunya
Kelaka pulak dak lelaki ada taik lalat kat bibir. Jangan jadi sweet talker sudehhh...jadi anak soleh ye Irfan.
4 comments:
ipan mmg sweet pun.. booking wat menantu boleh? hahahah
Liza,
borang permohonan belum print lagi..tunggu ek..ahaahaaha
dah ada taik lalat? wah makin comel lah bila ada taik lalat....
Taik lalat manis, katanyer..muahaha..bila ntah lalat tu berak
Post a Comment