Advert




21 November, 2011

Annual Dinner with Faizal Tahir

Nak jugekkk kan Faizal Tahir tu.  Padahal company punya Annual Dinner, penyanyi jemputan FT.

Actually dari awal tahun 2011 ni dah set tak nak pegi annual dinner. Malas n boring pastu sian nak tinggal budak-budak.  Tetapi pada suatu pagi yang hening, kakak officemate yang juga committee untuk AD telah inform yang FT mungkin akan jadi guest artis. Mungkin je belum sure lagi that time. Setelah beberapa meeting dan telah dipersetujui, akak tu pun inform kat aku yang CONFIRM FT akan jadi guest artist. Sebab akak ni tau aku minat FT. Aku yang tergedik-gedik ni pun apa lagi terus tick YES kat attendance AD. Teruknye pangai.. *___*

Aku pilih untuk pegi yang 2nd night sebab tak nak ramai-ramai. Kot la kan kalo tak ramai tu ada la chance nak jumpe FT.  Lagipun Papa ada meeting hari Sabtu, dia balik after meeting dah lewat. Terus lah divert ke Ahad malam.  *peluang cerah*.

Lepas Maghrib kami sampai kat Sunway Convention Centre, tempat berlangsungnya dinner ini.  After registration, bla bla what not majlis dimulakan dengan ucapan big bos. Tak amik pun gamba big bos :P. Google lah banyak gamba beliau.

Mula-mula mesti lah kuar Emcee dia kan, iaitu Afdlin Shauki. Dia as usual memang kelaka. Tapi staff kat sini tak sporting sangat malam tu, dan malam pertama juge dengarnya lagi hambar. Macam tengok cerekarama citer sedih...senyap hening je. Adoi la. 2nd night way better kata Afdlin n FT.

Boboi ala tomey-tomey


Biru kami malam tu
 
With colleague - Noreen aka Neelofa muahahaa

Kemunculan yang dinanti-nantikan oleh ku. Faizal Tahir in the house y'all!  Masa FT kuar, aku mintak izin suami nak duduk depan stage. So start FT nyanyi dari mula sampai habis, aku n kawan-kawan yang sekepala berpicnic depan stage.  Sorry lah kalau ada yang tak minat FT kan, hak masing-masing.  Memang FT tak pandai communicate, hopefully dia akan improve in near future.


Hanyut in acoustic version. Great voice, agree? Sangat menyentap jiwa ahkak.. dapat tengok depan-depan camni.


Ha kau.. siap dok sebelah lagi. Masa ni FT nyanyi lagu Bryan Adams - Have you ever really loved a woman.  Macam tak caya lak aku berani naik. Tapi masa ni FT dok kat tangga stage so takde lah atas stage.  Lama jugak dok sini sebab camera hp tu member tak pandai tekan. Hahhaa.. lepas cakap 'thank you' kat FT, dia jawab 'thank you je?'. Abih...takkan nak salam cium tangan kot :P


Gemuruh by FT.


Tak puas hati lagi kan... gi terjah back stage. Elok dia tengah dok borak dengan manager dia kot. Amik la gamba lagi. Sambil tanya-tanya khabar sikit. Hahhaa... siap bye bye Faizal. Dia pun 'bye bye'.. ingat nak tanya anak-anak bini ape khabar tapi tak tertanya pulak. Maklum la nebes.  Anak dah 4 FT ni kan, caya lah.

Finally, my dreams came true. Puas hati dapat jumpa Faizal Tahir.  Kalau ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi eh Faizal? Wah macam kawan-kawan kau je.



Ok lah dah puas hati semua kan, jom kita kembali ke pangkal jalan. Anak-anak dah menanti di rumah tu. Tak amik gamba makanan pun, excited nak jumpa FT punya pasal.  Food memang sedap lah semua.

Time nak balik, amik gamba dulu k. Kengkawan lain semua dah balik.  Tinggal yang mana ada aje lah.

With Ila.. yang macam Yuna hehe

Yang duduk sama table. Yang sekepala pegi duduk bawah stage. Yang semua bini orang. Hehehe..

Overall, am happy! Weeeee


2 comments:

farikh said...

yang penting siap noted "yang ini semua bini orang" hahaha takut orang ingat meelofa tu anak dara barang kali ek kak?

mama-syira said...

Kannn...
sebab dia datang 'solo'
kot2 org termengorat ke ape..dah la cun kan.. tapi perangai semua tak macam bini org..ish ish ish..