Advert




29 December, 2011

Prosperity Burger yang semakin mengecil

Prosperity is now available! Yeay!  Suka dagingnya, lembut je. 

Maka, di satu petang semasa kat office dah terbayang-bayang nak makan prosperity burger. Sambil telan air liur, sms Papa:

Mama :  Teringin nak makan prosperity..

Papa  :  Dah planning malam ni, macam tau2 je :)


Petang tu lepas amik Mama kat stesen komuter, kami pun menuju lah ke McD yang terdekat. Budak-budak ni dengan baju tido je. Biar lah bukan nak ke mana pun. 

Suka wallpaper kat belakang Irfan tu. Soothing je gamba pokok. Irfan dah ngantok time ni..mata kuyu je.



Masa tengah makan ni, kami discuss dengan Syirah pasal tadika dia.  Siap bukak ipad nak discuss. Macam meeting syarikat je. Muahahaha...



Happy anak-anak bila dapat keluar. *maknye pun sama*


Prosperity burger yang diidam-idamkan. Yummehhhh!


Budak notty ni pegi terbalikkan kotak pastu dia buat topi. Nasib baik dah habis makanan dalam tu dikeluarkan. Kalo tak berterabur lah segala fries ngan nugget.  Adik...adik....

Cuma tu je lah nak cakap, prosperity burger ni apsal kecik sangat? 4-5 gigit dah abis. Harga kemain mahal.  Teringin punye pasal beli jugak. Tak worth it RM12 untuk burger kecik. Huh. (tak worth it pun pegi jugak pastu). Sekian.



28 December, 2011

Reception Firdaus-Intan, Segamat.

Sambungan wedding Ayah Cik kat Segamat. 

Keesokan hari lepas malam nikah tu, tentu lah reception kan.  Mak andam nya adalah super slow ok. Kami semua dah siap sampai Ipan tertido dengan baju cantik, mak andam tak sampai lagi. Pengantin lelaki tak siap ape lagi sebab tunggu mak andam.  Lastly dia call, suruh datang kat surau area umah pengantin perempuan untuk bersiap. What the heck? Dah la action mak andamnya.  

Dah nak dekat 2.30pm baru kami berarak.  Ni lah rombongan cik kiah ke umah pengantin. Tak ramai pun dalam 5 kereta je.


Kawen ngan oran Johor nasib lah kan. 'Tol' sikit punya banyak. Nasib baik dah siap-siapkan banyak sampul untuk duit tol.  Ni abang pengantin perempuan awal-awal dah hulur tangan mintak duit tol. Ada nak dekat 5-6 stop sebelum sampai ke pelamin. Kat pelamin pun ada ramai orang beratur tunggu duit tol. Orang Johor memang gini eh? Eiii tak malu mintak orang duit :P



Memula dah gerimis pastu aku sempat doa dalam hati "Ya Allah berhentikan lah hujan ni, kesian adik aku nak bersanding". Kuasa Allah tak semena-mena hujan berhenti dengan serta-merta. Doa seorang kakak mithali dimakbulkan. Alhamdulillah.  *sambil tunduk dan tangan macam tengah nyanyi lagu nasyid*

Pengantin - black n white. Agagagaga...


Tepi sikit, kakak pengantin nak enterprem dengan anak terunanya.



Sian ahkak tau, konon nak melaram. Tapi kena dukung anak, sorang lagi kena pimpin. Tak dapat nak melaram. Sobs. Beginilah kalau suami jauh. Hahhaa....sedih ke? Ahkak dah biasa berdikari dik non, takde hal punye. Ipan tak pakai kasut sebab dia tido mula-mula pastu terbangun. Malas nak bagi turun.





Mak pengantin sedang menepung tawar. Alhamdulillah sihat mak sepanjang kat Segamat.


Ahkak nak jugek, walaupun tangan sebelah kendong anak. hahhaa...peluang jangan dilepaskan. Boleh lempar-lempar beras kat pengantin. Pastu dapat bunga telor, yahooo.



Ahli keluarga yang join ke Segamat. Adik beradik sepupu sepapat.



Diakhiri dengan gamba pengantin sedang suap kek. Aiseh, kek tak dapat makan haritu.

Sekian cerita di Segamat. Eh ada lagi, tapi bukan pasal pengantin. Tungguuuuuuuuu...(pada yang sudi). Hahhahahhaaaa bye bye.

23 December, 2011

Nikah Firdaus - Intan

Dah sebulan adik lelaki ku  nikah, tapi baru dapat update. Tak sempat nak upload gamba. Ok lah dari takde, sikit-sikit je pun nak update takde lah citer panjang berjela-macam-orang-nak-sangat-baca-padahal-orang-muntah-lagi-ada.

Kami menginap kat sebuah rumah teres near to pengantin perempuan house. Ok lah kan untuk satu malam je bersempit-sempit sikit. Meriah jugak ye sesekali tido ramai-ramai camni. Hehehe. Maklom la kalau balik kampung Kedah pun adik beradik Papa 3 orang je. Bilik sorang satu so tak merasa tido selerak.

Alhamdulillah adik lelaki ku Mohamad Firdaus telah selamat dinikahkan dengan Intan Sharinaz di Kg Alai, Segamat, Johor pada 26 November yang lalu.

Gamba-gamba hantaran dari pihak kami untuk pihak pengantin perempuan. Ini pun last minit sangat amik gamba. Gamba2 kat photog lum siap, ni self-taken. Hantaran dari pihak perempuan tak amik pun gamba. Huhuww..

Jam tangan 

Handbag


Kasut

Make-up set

Al-Quran (best Al-Quran ni boleh belajar baca n tajwid dengan pen)

Coklat

Cek dan gelang tangan (batal air sembahyang)

Upacara akad nikah dijadualkan lepas Isya'. Pepaham lah anak-anak aku jenis tido awal. Dah la memasing terlentok-lentok.  Dinner pun belum time ni. Nasib baiklah dorang ni behave. Sementara tunggu kadi, khutbah nikah bagai.. ko tengok la kami buat ape. Hehhee camwhore anak-beranak. Oh ye, Papa takde masa pegi Segamat sebab kena kerja. Sedih. Sobs.



Pengantin sedang mendengar khutbah. Kat Johor mak pengantin perempuan ada baca macam pesanan untuk anaknya. Sedih la time tu. Mak Intan ni baca tersekat-sekat berselang sedu-sedan. Sobs. Lagi.


Saat yang mendebarkan. Adik aku ni besar tau badan dia. Hahha. Pastu kuat berpeluh. So kami memang standby tuala untuk dia lap peluh.  Sekejap-sekejap dia lap peluh dia. Hahhaa. Aku respect kat kengkawan adik aku. Dah la datang dari Klang jugak sampai ke Segamat. Dok hotel pastu jadik pengapit pun bagus. Sentiasa dia lap peluh pengantin. Sekejap2 dia betulkan adik aku punya baju. Baiknye lah kawan. Kengkawan dia ni memang dah biasa dengan kami dari kecik sampai nak kawen sentiasa bersama.



Alhamdulillah selesai, dah boleh senyum sampai telinga. Kalau tak muka pucat lesi je.


Masa ni drama airmata lah. Mak nangis. Sobsssssss.. anak dia dah kawen. Mesti sedey. Tak pasal-pasal aku pun nangis.  Kawen dah adik aku. Kecik-kecik dulu selalu bergaduh dengan dia suka carik pasal.  Jaga bini tu elok-elok dah jadik suami ni.


Lepas nikah, makan-makan pastu ada malam berinai. Aku tak dapat tunggu sebab anak-anak dah tido. So aku balik, mana yang nak stay tu stay lah. Penat doww.. Ok sambung citer bersanding dan seterusnya next entry.  InsyaAllah.



22 December, 2011

Dah dapat beg free..yippie!

Amboi kalau barang free, siap lompat bintang Mama kan? 

Ingat tak entry dapat email dari Trudy & Teddy pasal one of the lucky recipient to receive bag tu? Kalo nak refresh, sila baca SINI. Kalo tak nak baca sudah, tak nak kawan!

Sementelah Sogo pun sekangkang kera je dari opis (eksen lagi ish ish ish), maka lunch hour tu pegi lah kejap. Sesambil tu boleh cuci mata sekali cewah... window shopping kata omputih. 

Tadaaa... ni lah rupa bag tu. 


Biasa je. Cotton, kecik dan comel.  Ada 2 color untuk dipilih. Tapi sebab yang satu lagi tu lebih kepada pink. Maka amik lah hijau/merah ni. Fair lah merah mewakili kakak, hijau mewakili adik. Fair n square giteww. Ok lah kan buat pakai keluar lunch time? Nak letak pampers Ipan kecik benor begnya. 

Terima kasih Trudy & Teddy, ada apa-apa bagi lah lagi.  Saya suke! *lompat bintang lagi*

21 December, 2011

19 December, 2011

Breakfast @ Old Town

Sesekali teringin nak breakfast kat luar di hari cuti.  Terbayang-bayang telor setengah masak tu..pergh dapnye. Macam kat umah tak boleh rebus sendiri kan? Saje mengade nak breakfast kat luar sementelah husband ada ni.

Kakak macam dah biasa je makan kat sini? Sampai-sampai kat meja terus amik kertas ngan pencil pastu tick tick ikut suka dia. Pastu "nah, iyah dah tulis. mama nak makan ape?" hahahaa anak oo anak.


Aku pandang keliling, Cina je ramai. Mana orang melayu? Orang melayu makan kat umah je lah oii.. goreng nasik sendiri ke beli nasik lemak tepi jalan, bancuh air teh o makan anak beranak. Ke belum bangun lagi? hahahaha..

Ipan makan telor setengah masak 2 bijik ok. Ingatkan nak share dengan dia order 2 bijik tu, sekali dia makan tak nak stop. Suap, nak lagi, suap nak lagi.  Eh abis? Huwaaa.. Papa, tolong order lagi pliss.. Mama belom dapat makan.


Kakak pulak makan tak abis. Selalu dia yang suka sangat telor.  Pastu dia sakit perut nak yak yak pulak. Nasib baik toilet bersih *___*. 

Makan telor ngan air kopi yang digembar-gemburkan sedap tu (sedap ke? biasa je. im not a coffee fan).  Papa order nasik lemak, tapi tak abis makan. Tak sedap katanya.


Lepas tu balik singgah kedai beli lauk. Kang tengahari nak masak. Takkan nak makan luar lagi?  Sendiri mau ingat kang Papa merajuk sape susah? Mamaaaaaa jugak.


16 December, 2011

Anniversary Dinner @ I-City

Mendapat invitation untuk dinner di Al-Rawsha, I-city.  Daripada suami lah kan. Masa tu dia on the way balik Klang,  dia sms "malam nanti kita dinner kat i-city dengan anak-anak".  Anniversary dinner tapi anak-anak tetap tidak dilupakan *____*.

Ini kali kedua kami makan kat sini, dulu pernah jugak sekali. Actually tak lah sedap sangat tapi suami suka makanan Arab dan nak bawak anak tengok lampu, 2 in 1 so ini lah tempat yang sesuai.


Sambil makan, boleh terus tengok lampu kat depan tu.  Dulu kami makan kat luar so lagi dekat ngan lampu. Tapi kali ni makan kat dalam sebab cuaca  macam nak hujan. Sebelum kami berlari dengan pinggan baik kami bersiap sedia makan kat dalam.


Aku tak tau nak makan ape so main order je, sekali yang datang camni.  Takut lak aku tengok 2 daging panjang tu. Hahahha.. daging tu rasa daging kebab. Papa makan lamb mandy, maklom la peminat kambing. Tapi tak amik gamba sebab aku tak suke kambing, haha dengki.


Aiskrim untuk anak-anak. Bukan senang nak control dorang makan aiskrim sebab aku pantang baju kotor ni. Tapi kesian kan takkan tak bagi makan pulak, so mulut aku kena la mainkan peranan. "dah dah bagi mama buat".... "eh kakak..baik2 amik sikit2"...."stop stop jangan banyak-banyak". hahahhha.. ko kalau keluar nampak mak yang memekak tak kira orang keliling tu ntah-ntah aku. Hahaha.. nasib baik suami tak kisah kot dia malu nak mengaku bini tak tau lah tapi tengok dia elok je duduk sebelah.


Anak dara kesayangan Papa ni. Tak boleh usik. Mengada meliuk lintuk ha. Tapi bab sound orang memang selamba. Mulut agak boleh tahan laser ni budak pempuan ni.



Papa kata, Iyah manja dengan Papa. Adik manja dengan Mama. Memang pun, budak lelaki ni sangat lah manja tido pun kena letak tangan dia kat muka Mama. Cepat nau besar adik ni nanti mama rindu adik masa baby. Huwaaaa...


Kat I-city sekarang dah ada macam-macam games. Salah satunya macam Eyes of Malaysia. Tapi belum function lagi sedang dalam construction. Masa kami ni pegi ramai sangat orang sebab cuti sekolah so malas nak jalan-jalan sangat sebab sesak.


Bawak anak-anak main sekejap, itu lah tujuannya pun. Adik dah mengantuk tapi nak main punya pasal tahan mata. Tapi menguap je keje dia hahahhaa sian.  Bahagian mainan untuk anak-anak ni kat bawah. Dekat ngan Snow walk.


Comel kan kereta kuda ni? Macam cinderella punya.  Anniversary dinner yang lebih memberi kegembiraan kepada anak-anak. Kerana perkahwinan selama 5 tahun ini lah yang membuahkan hasil kamu semua.  Puitis tak? Hahhahaha. Sayang kamu semua. Mmmuah!



14 December, 2011

Dah lama tak pergi Jako

Sesejak dah dok umah baru kan, lama tak keluar kalau weekend (yelah tu). Sebab syok kan melepak anak beranak kat umah. Keje umah banyak nak buat. Cewah. Tapi maksud tersirat sebenarnya, nak save duit. Duit dah banyak keluar macam air hujan masa nak masuk umah baru. Hahahhaa..eh tapi elok lah kan. Kalau tak asal weekend nak keluar pastu nak pegi shopping complex, pastu terbeli benda yang bukan-bukan.  Lagipun pening lah nak pegi shopping complex sekarang, orang ramainye lahai macam esok nak Raya Aidilfitri - ok tak perumpamaan ni? :P

Tapi hari tu (2 minggu lepas punye citer baru nak citer), Papa ada hal nak ke Jako. Jako tu ialah Jusco.  Anak2 aku sebut Jako. Jako pilihan kami tentulah Jako Bukit Tinggi. Dekat ngan umah. Aku kalo pegi Jako mesti lah tempat feberet...cer teka ape? Nichii? Audrey? (haha) Clarks? Padini? no no semua salah. Jawapannya ialah Brands Outlet! Sebab nak cuci mata kadang terbeli baju budak-budak. Pergh heaven nye... lawa-lawa, comel-comel!  Parking pun mesti dekat ngan pintu BO. Senang. Tepi pulak ada atm machine.. lagi lah senang! akakkakakkaa..

Anak-anak pulak kalo ke Jako, terus lah ingat nak main.  Memandangkan dah lama tak pegi, sampai ke Kids Playland tu .. "eh dah lain?" Nampak benau lama tak pegi.  Papa bayarkan entrance untuk 2 beradik tu, Mama kena masuk sekali nak monitor.  Papa pegi settlekan hal dia, Mama pun dok tepi tengok lah dua beradik tu main. 

Suruh Syirah main dalam rumah kecik ni. Ada dapur mini, cute je. Sinki, kuali, semua ada.  Tapi Syirah kan tak penah bercampur orang ramai-ramai camni, Mama pulak excited suruh main. Tetiba elok dia nak potong sayur tetiba ada budak Cina ni rampas pisau dia. Dia nangis lah. Aku suruh pegi amik lain. Dia nangis. Aku mak yang emosional kan, aku pegi mintak balik pisau tu kat budak Cina tu "hello, thats hers. You go play with others". Hahahhaha backing anak sendiri siap sound kat budak Cina tu. Mana lah anak tak berdikari ha.  Teruknye pangai mak.



Sebelum pegi masak kat dalam rumah yang ada dapur tadi tu, sila lah shopping sayur-sayuran, ikan, ayam kat supermarket ni ye.  Murah-murah je harga dia ;)



Oleh kerana dah menangis tadi, so dia tukar main kereta. Adik memang aku biarkan main kereta sendiri. Adik sempoi dah biasa ramai-ramai kan so dia ok je main sendiri.  Pastu mulut pun tak berhenti bercakap, menjerit. Semua orang dalam tu macam kawan dia dah. So you have to expect that anak-anak memang berbeza character mereka.


"Main sorang-sorang lagi best, Iyah beli sayur banyak, Mama"

"Ye lah nak, main lah".

Lepas tu, dua beradik nangis sebab takmo keluar dari situ. Ah sudah. Balik! Sebelum Mama jadi singa.


13 December, 2011

Bertemu selepas 10 tahun

Selalu tak terjadi kat korang, plan baik punye berbulan-bulan tapi akhirnya tak menjadi. Tapi bila tak plan, kalau dah rezeki Allah nak bagi. Sehari dua punya plan menjadi terus.  Penah?

Macam aku dengan kawan-kawan sekolej masa kat UiTM dulu. Kawan sebilik, sekatil sebantal (kalau takut ada citer hantu), sepinggan, sesuap semua lah. Mana kan sahur 3 pagi ke dining hall, ke sana ke mari sama. Study sama semua sama.  Walaupun semua amik course lain-lain. Rindu betul kenangan zaman belajar. Kalau nak diingat kenangan kat kolej Cempaka 2 tu memang best gile.  Best sangat can't even explain lah kiranya.  Lama betul tak jumpe, cari dalam facebook tak jumpa-jumpa. Contact number semua dah ilang.

Ditakdirkan Allah, satu hari kami terjumpa di facebook akhirnya, dan terus janji nak jumpa di hari Jumaat (sebab lunch hour lama).  Rupa-rupanya semua keje kat KL jugak, sekangkang kera office masing-masing tapi tak penah berjumpa.

Nandos, Sogo tempat janjitemu.  Bila dah jumpe nak jerit, nak nangis pun ade.  Ini baru 3 orang. Sebenarnya ramai lagi tapi yang ramai-ramai tu nanti kena arrange betul-betul.  InsyaAllah ada rezeki boleh lah buat reunion kolej Cempaka 2.

Yang lagi menarik, Linda lah yang introduce aku dan Papa.  Walaupun sebenarnya dia tak tau kami bercinta. Tetiba nak bertunang. Heheheh.  Apapun, thanks Linda. Pastu tambah best, Lin tu kawen ngan cousin aku. So Lin kawan merangkap cousin lah :)



Kawan-kawan roomate yang berkongsi suka duka, Linda dan Lin.  Appreciate this friendship so much. Rindu korang sangat! Nanti kita jumpa lagi.  Semoga ikatan ini terus berpanjangan. Amin.


12 December, 2011

Trudy & Teddy

Banyak citer tak ber'update' lagi ni. Citer Segamat, citer wedding reception kat Klang.  Tunggu gamba2 dari dlsr abang aku ni dah berkurun. Huhuhuwww...

Berbalik pada tajuk seperti di atas. Aku ada la gak belikan anak-anak baju Trudy & Teddy ni untuk certain function macam wedding ke, jalan-jalan ke. Sebab harga agak mahal even buatan Malaysia? Tapi bila sale kat Sogo, sila lah beli banyak-banyak.

Aku suka T&T sebab design dia comel, kaler dia soothing (light purple, light yellow, light grey, white) dan simple. Tak lah berkerawang lah kembang semangkuk lah.

Salah satu baju T&T yang Irfan pakai ni, kelaka tak? Rompers siap ada bow. Hahahha.


Jumaat lepas dapat email:

Congratulations!
You’re one of the lucky ones to receive Trudy & Teddy’s Floral Tote Bag for free. For gift collection, just drop by at Sogo KL from 15 to 31 December 2011. Our sales personnel will have your name and contact upon collection of gift. Thank you for following us on Facebook.

Regards
Trudy & Teddy


Yeay!
Nanti aku dah dapat bag tu, aku menunjuk-nunjuk share dengan kengkawan ye. Barang free, sape tak nak. Muahaha...

Bye.



09 December, 2011

Happy Anniversary, Sayang.



9 December 2006 - 9 December 2011 = 5 tahun. BARU 5 tahun =)

Syukur Ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semoga rumahtangga kami sentiasa sejahtera di bawah lindungan Allah swt, dimurahkan rezeki kami dan anak-anak dan bahagia dalam kesederhanaan. Amin. Doakan ye.

Kongsi sikit petua Ustazah Nor Bahyah untuk amalan suami isteri, Petua 8P:

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.  

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
  
5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’.
6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.