Advert




09 December, 2011

Happy Anniversary, Sayang.



9 December 2006 - 9 December 2011 = 5 tahun. BARU 5 tahun =)

Syukur Ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semoga rumahtangga kami sentiasa sejahtera di bawah lindungan Allah swt, dimurahkan rezeki kami dan anak-anak dan bahagia dalam kesederhanaan. Amin. Doakan ye.

Kongsi sikit petua Ustazah Nor Bahyah untuk amalan suami isteri, Petua 8P:

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.  

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
  
5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’.
6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

4 comments:

Farihah said...

happpy anniversary Farah. Moga rumahtangga kalian kekal hingga akhir hayat.

mama-syira said...

Amin, thank you Farihah! :)

Liza Hashim said...

Happy Anniversary farah.. moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. thanks kongsi tips dan doa kebahagiaan rumahtangga.. =)

mama-syira said...

Thanks Liza. Amin ya rabbal alamin.

Sama-sama lah kita ye :)