Advert




22 February, 2013

Saya ada baby baru.

Hari Selasa pagi, 5 Feb lepas, Opah call kata Acik Intan (wife kpd adik lelaki) dah kuar tanda.  Maybe dah nak bersalin.  Knowing Opah yang dalam segala hal dia nak kelam kabut, semua adik-beradik dia kol.  Ini pengalaman pertama untuk aku nak dapat anak sedara di sebelah saya. Kalo ikut belah husband, dah 2 anak menakan. Excited dia lain macam. Rupa-rupanya macam ni lah perasaan adik-beradik yang lain masa aku nak beranak dulu agaknya.  Patut lah muka masing-masing excited masa tu kecuali muka ku yang masam (sakit sebelum n selepas bersalin). Hahaha...

Lepas keje, baru sampai umah, Opah dah kol "mak nak gi tengok Intan ni, nak pegi sekarang".  Tak menyempat. Bila tanya Daud (adik lelaki) dia kata masa tu masih dalam wad biasa belum masuk labour room lagi,  maksudnya belum nak bersalin lah. Lepas maghrib, kami gerak ke hospital.

Kat waiting room KPJ Klang.  Hospital baru. Suke nyewwww.. Ha kau sekampung tunggu. Adik beradik semua ada ok. Kami memang camni, suka memeriahkan suasana. Dulu aku bersalin pun camni lah.. kecoh! Time ni Acik Intan dah ditolak masuk ke labour room.

Opah tak senang duduk. Ke hulu ke hilir..siap tanya kat kaunter nurse "tak boleh masuk ye labour room" hahahhaha... begitu sekali.



Tak lama kemudian, keluar lah baby yang dinanti-nantikan.  Baby boy seberat 3.15kg dilahirkan secara normal.  Baby ni akan panggil aku Mama.  Sementelah kakak yang sulung, anak-anak aku panggil Mak. Acik Intan akan dipanggil Ibu.  Takde maklong, maklang, makcik whatever...

Selamat datang Fareth Izzharif. Semoga kamu sihat selalu, jadi anak soleh kebanggaan Allah dan keluarga.
 

Rindu kat awak Zharif, sekarang dia kat Segamat. Nenek jaga kamu dan ibu kamu. Cepat balik Klang ye. Mama nak gomol.


4 comments:

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Tahniah! Aku skrg pantang tgk baby je terasa mcm nak pulak..hahahaha

Nina K's Luviee said...

follow u mama :)

mama-syira said...

Oja:
ewah ewahh.. zara dah ready nak jadik kakak ke? ekekke

mama-syira said...

Nina:
Thank you. already followed u :)