Advert




31 May, 2013

Aiskrim Goreng

Hari tu baca blog kak Fillanie, dia ajar buat aiskrim goreng simple gile. Itu yang teruja nak buat jugak sebab senang bangat.  Pastu cuaca lak tengah panas sekarang memang sesuai lah.  Buat ni weekend 2 minggu lepas.

Sediakan bahan-bahan seperti gamba di bawah. Tapi roti kena pakai banyak pastu agak membazir lah. Untuk satu bijik aiskrim goreng kena guna 2 keping roti.  Aiskrim bulatkan letak tengah-tengah.



Pastu doublekan roti dan tekap untuk bulatan. Guna lah cawan ke apa ke yang bulat. Sehingga roti tu terpotong.



Macam ni rupa lepas dah tekap dan terpotong.




Tukang tekap terdiri daripada........ ^_^



Lepas tu goreng lah, pastikan minyak panas tapi api perlahan je tau. 4-5 saat je cukup.  Jangan lama-lama nanti hangus hitam roti tu tak cantik, tak sedap.

Dah siap... masa makan leleh-leleh aiskrim nya.. hahahhahha dap u ols. Cuba lah!




29 May, 2013

Perkembangan anak-anak.

Assalamualaikum.

Lama tak citer pasal development anak-anak. Sian Irfan... dulu masa kakak, mama rajin update. Tang Irfan rasa macam takde pun iye..sorry Irfan. Anak sorang ye lah excited, anak dah 2..terus macam eh sama je macam kakak.. nanti lah..masa pun takde. Camtu lah lebey kurang alasannya...kikikiki. Anak 3 terus blog ni pun bungkus.

Kita start ngan Irfan dulu lah, sebab tadi dah kesian kat dia. Bagi dia chance k.

- Irfan ni orangnya peramah, banyak cakap dan rajin tegur orang. Totally different ngan kakak lah. Kakak kat umah je banyak cakap, kat luar diam. Irfan paling suka orang lelaki tua (atok-atok), dia boleh layan borak. Rasa macam tau je ikut sape..

- Irfan pelat. hehehe.. banyak cakap tapi pelat. So pandai-pandai lah nak paham. Kalo tak paham, sentap. Kuat merajuk.

- Soft spot Mama. Ye lah anak lelaki selalu rapat ngan maknya kan. Irfan ni kalo kita cakap "irfan tak sayang mama ye" terus datang "sayang sayang" cium peluk bagai. Lembut hati dia ni. Jangan lah cakap 'adui sakitnya mama' kemain concern lagi datang pujuk check mana sakit bagai. Mana mama ko tak cair kan.

- Dah boleh baca doa makan, doa tidur.

- Peminat setia ultraman. Tapi ultraman yang tak ganas lah. Ultraman manja. hahahahha..

- Still pakai pampers. Tapi on weekend Mama dah start toilet train. Sebab Syirah dulu 3 tahun dah pampers-free all the time. Syirah senang dulu dok ngan Opah. Ni dok ngan babysitter takkan nak mintak orang tu toilet train, takut menyusahkan. So far, dah boleh dah on weekend.

- Dah kurang makan. Masa kecik dulu kuat makan. Anak-anak ku jenis tak kuat makan lah.. kurus je. Takpelah janji sihat.

Ape lagi ek..banyak lah tapi tak ingat..sikit2 lah dulu mana yang ingat.


Syirah:

- Alhamdulillah dah besar, tahun depan dah nak darjah 1. Huhu.. mama susah hati sikit lah sebab access nak contact cikgu2 dah tak dapat macam kat tadika. Huwaaa..risau risau.

- Dah pandai tulis/baca. Macam kita kecik2 dulu start pandai baca, abis signboard sepanjang jalan nak baca. hahahhaa..

- Subject feberet ialah matematik. Kalo ada homework Maths, cepat je nak buat. Dia minat kan. Kalo tulis, malas sikit. Paling tak suka homework coloring. Sampai nangis-nangis nak siapkan. Boring kan mengaler tu. Hopefully suka sampai besar pandai maths/sains leh jadi doktor. Amin.. mama doakan.

- Banyak sangat doa-doa yang dia tahu yang kadang mama pun tak tahu *maluuu*. Terima kasih cikgu-cikgu yang ajar dia kat sekolah.

- Dah mandi sendiri, pakai baju sendiri, siap sendiri semua. Anak orang lain kecik2 dah pandai kan. Syirah ni lain sikit bila dok ngan Opah gini lah. Semua pun Opah buatkan. Kalo dengan Mama semua sendiri lah lagi pulak tahun depan dah darjah 1. Dah besar kak oii. Tapi bila kat umah Opah.. "intan payung.. " still lagi Opah mandikan padahal boleh je dia mandi sendiri.. hai lahhh..

- Sejak tadika, banyak makan sikit. Maybe sebab penat sekolah kan. Kat sekolah pun makan abis katanya. Makan ramai-ramai syok lah.

- Mulut dah macam orang tua lah dari dulu sampai skrg makin menjadik. Aritu dah nak tido "mama mama, sebelum mama ada baby dalam perut dulu..mama tak makan daging ye?". "nape kakak tanya". "ye lah sebab iyah kan girl, kalau tak makan daging..dapat lah baby girl". Hahahhahaha pandai lah kamu, mana dia tau petua nak dapat gender anak nih!

- Pastu ada sekali papa dia tgh merokok "papa..kalo merokok kan, nanti dalam hati papa hitam (dia penah tengok gamba kat kotak rokok), eh tapi papa kan memang hitam". Gulp! *mama tahan gelak*. hahahhaha


Alhamdulillah, adanya anak-anak ni pengubat duka lara kita. Penat balik keje, nampak muka mereka terus hilang penat. Terima kasih Allah pinjamkan anak-anak pada kita dan bagi kita peluang untuk merasai nikmatnya jadi ibu ni. Alhamdulillah. Allah dah bagi nikmat dan tanggungjawab ni, jangan pulak abaikan. Nanti kat akhirat kita akan ditanya oleh Allah. Takut. Semoga kita dapat membimbing anak-anak kita menjadi hamba Allah yang soleh & solehah. Amin.





23 May, 2013

Mother's Day bawak Opah makan.


@ Manhattan Fish Market, Setia City Mall.


Adik badik perempuan je yang ada.  Mak dengan Ucu.  Ucu dah keje so boleh top up belanja makan. Kihkihkih.. bila lagi nak merasa gaji Ucu. Yang lelaki sorang balik kampung isteri, sorang ada hal lain.  Saja bawak Opah makan kat luar sempena Mother's Day baru-baru ni.  Nak makan nasik, plis sebab lapa. Papa pun ada tapi kejap je Papa join lepas makan Papa kena gi ofis so kami perempuan (excluding Irfan kecik) je jalan-jalan after makan.

Kat Setia City ni tempat makan dia limited la.  So MFM je lah yang ok.



Opah kesayangan kami.  Selamat hari Ibu. Jasa Opah memang besar, sangat besar.  Ya Allah, peliharalah ibu kami sebagaimana beliau mengasihi kami ketika kecil, berikan beliau kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia akhirat. Amin.



 Anak-anak dan cucu-cucu yang diharapkan untuk menjaga Opah bila besar nanti. InsyaAllah.



21 May, 2013

Tortilla Chicken Wrap.

Satu malam di hujung minggu tu, pikir-pikir apa nak buat menu untuk breakfast esok? Boring lah kan asik nasik lemak, meehoon, roti.. emmmmmm malam dah pikir kan kalo jadik mak ni selagi mata tak pejam.

Pastu teringat ada beli wraps kat Sogo aritu. So google lah resipi nak wat tortilla chicken wrap. Tak penah buat lah katakan. So jom kita tengok cemana gaya nak buat.  Pejam mata pun bleh buat..tipu lah kan kalo pejam mata cemana nak buat keje..ahhaha itu bidalan.

Bahan-bahan dan cara buatnya seperti berikut:





Ayam ni korang rebus dulu dengan air dan bubuh garam sikit bagi rasa.  Pastu dah empuk, siat-siatkan ayam.  Lepas tu gaulkan dengan mayonis.  Camni rupanya.



Panaskan wrap dalam pan macam ni.  Jangan lama-lama nanti keras dah susah nak lipat.



Masukkan lah inti. Letak salad dulu, ayam yang dah digaul mayonis tadi pastu nak lagi sedap letak thousand island. 



Tadaaaaaaaa....dah siap.  Dah la senang, sedap pula. hahahhaha. Selamat mencuba! Erk, kenyang alhamdulillah.


15 May, 2013

Selamat Hari Ibu.

Syirah kata - "Mama, Aina (jiran sebelah umah) je yang boleh sambut Hari Ibu. Sebab dia panggil mama dia Ibu"

Hehehe.. 'Lurus' je budak2 ni kan.

Mama kata - "Hari Ibu untuk semua ibu, mama, mak, mummy boleh sambut".

Balik sekolah, tak sabar-sabar nak tunjuk kat Mama. "Iyah ada sesuatu untuk Mama"



Allah je yang tahu Mama sayang Syirah lagi banyak tau.

08 May, 2013

WW: Moment.




PRU13

Pilihanraya Umum kali ke 13 dah pun selesai. Perdana Menteri dan ketua-ketua menteri  dah angkat sumpah.  Sape yang dah menang tu, jalankan lah tanggungjawab seperti yang dijanjikan. Tolonglah amanah. Yang kalah tu duduk diam-diam buat post mortem.  Jangan jadi anjing menyalak bukit. Cewah cakap macam bagus je kan. Sebabnya pening dengan macam-macam cerita lepas PRU ni.  Puas hati, tak puas hati. Kalau rasa tak betul, pergi buat report polis tak perlu nak sebarkan macam-macam bukti yang belum tentu betul.

Alhamdulillah tahun ni bertambah matang, rasa meluap-luap nak pergi mengundi.  Lagipun peranan media sosial menambahkan lagi kemeriahan PRU kali ni.  Kalau yang elok takpe jugak. Ni sebok share video-video, gamba-gamba yang tak pasti kesahihannya.  Macam kita tau pulak kisah sebenarnya, main share aje.  Kalo salah, tak ke fitnah tu? 

Ni kalau cakap bab ni boleh emosi.  5 tahun sebelum ni ye lah belum matang, belum paham.  Sekarang takde la nak menceburkan diri dlm arena politik pun tapi at least kena lah paham cuma takde lah sefaham orang yg berada dalam bidang politik tu sendiri.  So ambil pendekatan tak payah tunjuk hebat sangat. 

Jadi lah macam Ustaz Haron Din dan TGNA sendiri, terima qada' dan qadar.  Allah kan ada. 


Saya keluar mengundi lepas zohor, takde lah seawal pagi. Sebab tau pagi tu mesti orang tengah bersemangat so akan ramai gile.  Lagipun takes turn nak tolong jaga anak-anakku. Solat zohor dulu , nak mintak petunjuk lagi :)  Pegi lepas zohor tu, takde beratur takde apa. 5 minit sahaja.  Alhamdulillah dipermudahkan. 


#inijariku jadi trending. 

Alhamdulillah takde 'Arab Spring' dan kejadian-kejadian buruk yang jadik.  Yang kecik-kecik ada lah kan..itupun sama-sama cipta provokasi.

Undi adalah rahsia.  Sebagai orang Islam saya pilih mereka yang Islam dan sebagai orang Melayu saya pilih orang Melayu.  Saya tidak memilih parti dan tidak memilih orang bukan Islam. 

Semoga siapa yang dipertanggungjawab itu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.  Kita tak payah lah berbalah, kita berdoa je.

Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).


02 May, 2013

KL Bird Park.

Ini kisah lama haha.. baru nak update. Sebab gamba2 dalam camera godang. Nak bukak lappy yg save gamba ni makan tahun. Jadi mari lah kita share sementara ingat.

Sampai-sampai je Papa ajak lunch dulu.  Masa tu baru pukul 11.30 pagi. Hehe..makan siap-siap kat Hornbill Cafe kat luar tu supaya bertenaga untuk explore kat dalam nanti, ecewah!

Mama ko sibuk nak snap gamba makanan..anak-anak dah tunggu nak makan heh



Syirah nak pakai tudung.. bagi lah kan takkan tak bagi. Practice.  Jalan sama-sama dengan burung merak yang eksen.



Burung merak ni asik ikut kami je sampai jauh dia ikut. 



Suka tengok gelagat binatang ni, kelakar tau. Yang ni pun bila orang nak amik gamba dia mula buat aksi mengepak. Kalo tak elok je duduk diam, tau plak orang nak amik gamba dia hahahaha..


Sesi pembelajaran..



Syirah dah mintak bukak tudung pulak, mama tak bagi tapi dah berpeluh-peluh kan. Kena lah pesan kalau nak pakai, pakai betul-betul. Ni kejap bukak.  Sempat la berenti ikat rambut anak jap. 



Ha dah kepenatan mama korang. Adik syok la dok dalam stroller. Tapi respect kat kakak. Nampak je kurus tapi aktif kemain tak penat langsung. Bukan jalan, siap berlari je keje. Alhamdulillah sebab walaupun cuaca panas tapi dalam tu penuh pokok so lalu bawah pokok redup je. Lama kot kami kat dalam tu memang betul-betul explore lah.. semua tempat kami pegi.







Anak-anak happy.. Mama pun happy untuk kecayangan-kecayangan.



Get ready nak tengok bird show pulak.



Pandainyeee dia..susun blok ikut kaler..



Pastu trainer tu panggil volunteer untuk tolong buat sama-sama satu game.  Mama suruh Syirah pegi. Dia angkat tangan, dia turun. Wah berani jugak anak dara ku. Ini lah masanya nak test confident level dia. 



Tapi hampa. Kesian. Kecik sangat, meja tu tak sampai tahap kepala dia so tak boleh tolong jadi volunteer. Its ok. Next time ye kakak!



Dari kul 12.30 sampai kul 3.30 kami kat dalam tu...keluar dari situ Papa ajak anak-anak dia makan ice cream pulak dekat Hornbill Cafe jugak.

Dia tak tau anak-anak dah ngantuk... sampai gini sekali. Makan ice cream sambil tido. Boleh?? Hahha irfan...irfan...



Gamba wajib kalo pegi KL Bird Park. Hehehe.. ada 8 ekor burung semuanya. Burung betul tau... nasib baik tak kena berak...hahhaha.  We enjoyed ourselves...especially anak-anak lah kan.  Yeay!