Advert




Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

23 May, 2013

Mother's Day bawak Opah makan.


@ Manhattan Fish Market, Setia City Mall.


Adik badik perempuan je yang ada.  Mak dengan Ucu.  Ucu dah keje so boleh top up belanja makan. Kihkihkih.. bila lagi nak merasa gaji Ucu. Yang lelaki sorang balik kampung isteri, sorang ada hal lain.  Saja bawak Opah makan kat luar sempena Mother's Day baru-baru ni.  Nak makan nasik, plis sebab lapa. Papa pun ada tapi kejap je Papa join lepas makan Papa kena gi ofis so kami perempuan (excluding Irfan kecik) je jalan-jalan after makan.

Kat Setia City ni tempat makan dia limited la.  So MFM je lah yang ok.



Opah kesayangan kami.  Selamat hari Ibu. Jasa Opah memang besar, sangat besar.  Ya Allah, peliharalah ibu kami sebagaimana beliau mengasihi kami ketika kecil, berikan beliau kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia akhirat. Amin.



 Anak-anak dan cucu-cucu yang diharapkan untuk menjaga Opah bila besar nanti. InsyaAllah.



15 May, 2013

Selamat Hari Ibu.

Syirah kata - "Mama, Aina (jiran sebelah umah) je yang boleh sambut Hari Ibu. Sebab dia panggil mama dia Ibu"

Hehehe.. 'Lurus' je budak2 ni kan.

Mama kata - "Hari Ibu untuk semua ibu, mama, mak, mummy boleh sambut".

Balik sekolah, tak sabar-sabar nak tunjuk kat Mama. "Iyah ada sesuatu untuk Mama"



Allah je yang tahu Mama sayang Syirah lagi banyak tau.

28 February, 2013

Overprotective Mothers.

..atau dalam bahasa melayu nya  - ibu yang terlalu melindungi anak-anak.

Aku lah salah sorangnya.  Mengaku ni. Kadang-kadang orang tak paham atau kata "over nye ko ni semua hal nak amik tau, nak sensitif, nak susah hati.." dan macam-macam lagi. Ada ke mak yang tak susah hati? Tipu sangat, semua mak macam ni.  Ye lah anak aku pun baru nak masuk 6 tahun. Contohnya lah, perihal Syirah buat pertama kalinya nak pergi 'trip' dengan kawan-kawan & cikgu ke KLCC tahun lepas. Ko tak kecut perut ke? Bagi yang bukan kategori macam aku, mungkin akan kata "alah biarlah dia nak berdikari atau alah diaorang ok punye".  Ye aku paham untuk melepaskan anak berdikari tapi perasaan risau setiap minit tu memang muncul dalam diri aku ni.  Semua ibu pun kot, tapi mungkin aku terlebih poyo.  Lebih-lebih lagi, anak sulung aku ialah seorang PEREMPUAN.  Anak lelaki mungkin tak serisau ini, mungkin ye, diulang MUNGKIN. In future tak tau. Sebab Irfan baru 3 tahun dan alhamdulillah babysitter dia sangat bagus so takde masalah untuk dirisaukan setakat ini.

Cumanya, sikit demi sikit aku belajar untuk menerima. Ye lah selari dengan umur anak yang makin membesar. Alhamdulillah dah dapat terima bila Syirah kena balik sekolah naik van sendiri (dulu tersangat risau sampai kakak van pun naik boring mama asyik call), kalau ada aktiviti/trip kat sekolah insyaAllah boleh dilepaskan but give me some time lah kan.

Macam baru-baru ni, Papa cuti. So mama pesan alang-alang cuti,tolong registerkan sekolah agama Syirah.  Bila papa call, "pa, ok tak sekolah tu?" "Ok? Ok lah..macam sekolahlah".  "Ye lah kawasannya ok tak? Toiletnya bersih tak?"  "Ya Allah, Papa rasa mama ni kena jumpe psikiatri lah, teruk sangat sampai hal toilet sekolah anak pun sibuk, dalam bahasa melayunya ini dipanggil gile meroyan". ntaha hapa gile meroyan orang lepas beranak lah! Teruk kan laki aku kata aku gile meroyan. hahahahhahhahampeh. Ye lah aku dah start pikir cemana anak aku nak gi toilet ni, si Syirah tu dah lah penggeli.  Kang dia tahan lak kencing berak kat sekolah. Kat tadika sekarang takpe lagi, 3 jam lebih je kat sekolah.  ha kan dah start dah mama ko ni..nak jadik risau tak tentu hala. fuhhhh tarik napas, lepas...istighfar.

So far, aku rasa aku menjadi overprotective mothers dalam hal-hal yang di luar jangkauan mata atau persekitaran aku.  Tapi kalau kat rumah, aku biasa bagi tanggungjawab untuk anak-anak contoh: masukkan baju sendiri dalam bakul, tolong sapu sampah, lap air tumpah, yang simple2 je. Anak-anak mungkin dah paham walaupun umur masing-masing baru 6 dan 3 tahun.  Setiap hari aku akan call Syirah tepat pukul 12.15 (waktu dia sampai rumah dari tadika).  Satu hari, aku terlambat call sebab sibuk. Pukul 2.30 pm baru aku teringat tak call dia lagi. Bila cakap hello je terus Syirah cakap "kenapa mama lambat tepon arini?".  Anak-anak pun dah adapt, dan sebagai mak aku rasa dihargai dan bangga. Of course! *mata kelip2 dan bersinar*.

Salah ke untuk menjadi overprotective mothers? Tak salah kawan2, tetapi di sini saya nak share sikit info yang saya dapat hasil pembacaan saya melalui internet.  Kesan-kesan kalau anda menjadi terlalu overprotective dengan anak-anak, saya copy je ni so malas nak translate, semua mesti paham BI kan ^_^:


•A child with an overprotective mother is never ever able to become fully mature. He ends up remaining a baby, who can never ever think for himself and is always on the look out for someone to depend on.


•A person with an overprotective mother will never be willing or able to shoulder responsibility. This is because since he was a child, he was neither given any responsibility, nor held accountable for anything.


•Individuals with over protective mothers cannot face any criticism, be it negative or positive. The reason is that they are used to being protected and pampered all through childhood.


•A child with an over protective mother gets used to too much pampering, care and concern. The result is that they are not able to have successful relationships otherwise, since they are not used to adjustments.


•Over protected kids grow up to be insensitive individuals, who can care only about themselves. The reason being that they have never ever been taught to care for others in return.


•An overprotective mother cannot digest the fact that her child can do mistakes also. For her, he/she is always right. Thus, she fails to see and rectify the faults of her children. 
 
 
Apapun, kita berpegang teguh lah pada Al-Quran.  Baca ayat kursi dan doa2 perlindungan untuk anak-anak setiap hari. Allah ada di mana-mana.  In the end, anak-anak hanyalah harta tak ternilai pinjaman Allah swt kepada kita. Sementara diberi amanah ini, kita jaga lah mereka sebaik-baiknya.

Note: Entry ini turut dikongsikan oleh blogger Farikh Manzora di http://farikhmanzora.blogspot.com/.  Saya sebagai penulis jemputan gitewww.. kelass..

27 July, 2012

Mari melipat kain.

Bestnye dah ada pembantu untuk lipat kain kat umah. Tapi kena sabarrrr banyak-banyak la masa nak ajar tu. Sebab anak dara saya ni, cane nak cakap ha.. kalo buat keje tu nak perfect2 je. Silap sikit marah..gitu..

Mula-mula, belajar lipat seluar dulu.



Betulkan seluar dulu, yang terbalik di bawak kedalam.



Pastu lurus-luruskan yang berkedut tu bagi licin.



Ha tu kakak dah start la tu nak ngamuk sebab susah nak bagi lurus. Mamat belakang tengah jalan tu pun sibuk gak nak lipat :P



Lipat kaki seluar dari 2 jadikan 1.  Adik tu gelak-gelak ape yang kelaka? Kacau kakak nak belajar.



Pastu lipat lagi, kalau seluar tu panjang buat la 3 bahagian, kalau pendek 2 bahagian. Paham tak kak? "pahammm" kakak jawab.  Adik masih lagi gelak tak sudah hahahhaaaa buat lawak la tu.



Belah kiri, hasil kerjatangan kakak. Lulus!  Belah kanan, hahahhaha adik punya. Tu lipat ke LEPAT dik?

Hai lah anak..anak..



09 March, 2012

Motherhood Expo 2012 @ KLCC

Unplanned agenda. Sejak zaman pregnant Syirah atau Irfan tak penah jejak ke mana-mana motherhood expo. Ye lah, selalunya orang yang pregnant yang suka pergi sini.  Betul telahan aku, masa pegi kebanyakan mereka membawa perut dan kebanyakannya i assumed baru anak pertama (sebab berdua laki bini takde bawak anak kecik lain, agaknya lah). Maklumlah excited *__*.

Ahad 2 minggu lepas tu sebenarnya nak gi umah baru Maksu Syirah (adik Papa) kat Mindef.  Baru pindah. Lepas tu Papa ajak lunch kat KLCC.  

Irfan @ Bens KLCC.


Orang lain semua dah lapar, makanan semua orang dah sampai. Tapi Syirah tak bagi makan sebab dia kata makanan dia tak sampai lagi. Kena tunggu makanan dia sampai baru dia boleh baca doa makan.  Kesian orang lain.

Syirah tengah baca doa makan sekuat-kuatnya. Meja sebelah menyebelah nak tumpang Amin kan pun boleh... hehehe



Anak dara saya kan diet. Hanya order nachos. Dia nak keropok, nachos la jawapnye..mana ada keropok lekor ke keropok mony kat sini.



Lepas lunch, tak tau nak gi mana. Nak duduk tengok air pancut cuaca panas. Mama "papa..kat sana tu ada expo motherhood, nak gi boleh tak? tengok-tengok je" (sambil buat muka comel. Comel kew?).  Papa "boleh la jom". Hehehhe cucuk jangan tak cucuk..



Mommies out there mesti dah biasa pegi, benda ni every year banyak kali kan. Aku baru fes time ni pegi. Takde lah menarik pun. Tapi banyak lah benda yang boleh dibeli, one stop centre.  Brand-brand yang dikenali Pigeon, Pureen Avent, Graco, Momslittleones, MyBBstore, Susuibu.com, Dynas Nursing Attire, etc etc. Dari baju, wet tissues hinggalah ke stroller, kereta mainan. Avent pun murah jugak tapi beratur nak bayar tersangatlah panjang. Tak dapat nak rembat puting botol banyak-banyak. Budak2 ni guna puting botol sekejap je dah berlubang-lubang. Depa pegi gigit.. adoi la..




Ini je yang aku beli. Satu pek RM20. Ikutkan nak beli lebih, tapi sape nak bawak? Murah kan. Pampers macam petpet. Brand Malaysia ni.



Dengarnya, this weekend ada lagi motherhood expo tapi kat Midvalley. Not sure.

01 March, 2012

Barely Supermommy

Am currently hooked reading Dr. Halina's blog.

Mesti korang kenal, wife of Malaysian 1st astronaut. Tak minat pun Sheikh Muzaffar tu. Tak baik berprasangka kat orang kan. Ingatkan mereka ni moden ataupun berlagak. Tapi lepas baca blog Dr. Halina, mereka sederhana je. 
 
Hantar anak pun nursery biasa je.

Kalau nak tau, korang baca lah sendiri.  Sangat teruja baca kisah dia bersalin dalam air. 

Here's the link of Dr. Halina's blog -->  http://barelysupermommy.com.  Happy reading!