Advert




08 May, 2013

PRU13

Pilihanraya Umum kali ke 13 dah pun selesai. Perdana Menteri dan ketua-ketua menteri  dah angkat sumpah.  Sape yang dah menang tu, jalankan lah tanggungjawab seperti yang dijanjikan. Tolonglah amanah. Yang kalah tu duduk diam-diam buat post mortem.  Jangan jadi anjing menyalak bukit. Cewah cakap macam bagus je kan. Sebabnya pening dengan macam-macam cerita lepas PRU ni.  Puas hati, tak puas hati. Kalau rasa tak betul, pergi buat report polis tak perlu nak sebarkan macam-macam bukti yang belum tentu betul.

Alhamdulillah tahun ni bertambah matang, rasa meluap-luap nak pergi mengundi.  Lagipun peranan media sosial menambahkan lagi kemeriahan PRU kali ni.  Kalau yang elok takpe jugak. Ni sebok share video-video, gamba-gamba yang tak pasti kesahihannya.  Macam kita tau pulak kisah sebenarnya, main share aje.  Kalo salah, tak ke fitnah tu? 

Ni kalau cakap bab ni boleh emosi.  5 tahun sebelum ni ye lah belum matang, belum paham.  Sekarang takde la nak menceburkan diri dlm arena politik pun tapi at least kena lah paham cuma takde lah sefaham orang yg berada dalam bidang politik tu sendiri.  So ambil pendekatan tak payah tunjuk hebat sangat. 

Jadi lah macam Ustaz Haron Din dan TGNA sendiri, terima qada' dan qadar.  Allah kan ada. 


Saya keluar mengundi lepas zohor, takde lah seawal pagi. Sebab tau pagi tu mesti orang tengah bersemangat so akan ramai gile.  Lagipun takes turn nak tolong jaga anak-anakku. Solat zohor dulu , nak mintak petunjuk lagi :)  Pegi lepas zohor tu, takde beratur takde apa. 5 minit sahaja.  Alhamdulillah dipermudahkan. 


#inijariku jadi trending. 

Alhamdulillah takde 'Arab Spring' dan kejadian-kejadian buruk yang jadik.  Yang kecik-kecik ada lah kan..itupun sama-sama cipta provokasi.

Undi adalah rahsia.  Sebagai orang Islam saya pilih mereka yang Islam dan sebagai orang Melayu saya pilih orang Melayu.  Saya tidak memilih parti dan tidak memilih orang bukan Islam. 

Semoga siapa yang dipertanggungjawab itu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.  Kita tak payah lah berbalah, kita berdoa je.

Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).


1 comment:

farikh said...

Stuju bab sharing sharing tu kak, semak pala otak membaca nya.