Advert




25 June, 2013

Happy Father's Day, Papa.

Hari tu dah hari Mama, kali ni hari Papa pulak. Kesian Papa, dia tanya Syirah "hari tu Iyah buat kad untuk mother's day. Ni father's day, takde kad untuk papa ke?" Huhuhu...

Ada orang kata tak patut adakan Mother's Day or Father's Day...itu bukan ajaran Islam.  Aku suka ambik pendekatan - Islam itu Mudah dan Indah.  Memang hari-hari kita patut berkasih sayang tapi ape salahnya ada satu hari khas yang mana kita bawak mak/ayah kita makan, bercuti dan ada sambutan yang lebih dari hari-hari biasa.  Restoran, hotel pun ambik peluang untuk bagi diskaun, buffet lunch, dinner..etc.  Just my 2cent.

Alah, kitaorang bukan celebrate apa pun. Kebetulan hari Sabtu tu hantar Papa ke Subang Airport, papa kena gi Penang.  We ols suka gi Subang Airport sebab aman, damai, cozy.. anak-anak suka lari-lari kat dalam tu.

Syirah dah boring Mama amik gamba, dia dah tak sabar nak tengok aeroplane kat tingkat atas. Adik baru bangun tido tu yang mamai termenung.



Lepas Papa check-in, ada masa lagi untuk lepak kejap. Mama plan nak gi minum belanja Papa sempena Father's Day. Kami masuk Cafe Barbera, last pegi airport ni takde lagi cafe Barber ni. Syirah sebok nak makan kat situ. Cafe ni serve pastries, biskut, roti, macam2 jenis coffee, latte, camtu lah. Sesuai untuk kami hi-tea petang tu lah kiranya.  Sebabnya lunch tadi dah makan nasik kat umah .

Ni air latte chocolate Mama punya.  Yang belakang tu beria makan, pastu gigit sikit dah tak nak.  Tak sedap benaunye.



Papa punya.   "Papa order air apa ni, halal ke?"  Ye lah kan pelik je rupa. Macam dah rupa air memabukkan. Sebenarnya tu  air mineral berkarbonat.  Hehehhe.. n tak sedap.


Scones..



Papa kepada anak-anak ku.. Semoga Papa menjadi Papa yang terbaik untuk anak-anak.  We love u.  Happy Father's Day. Thank you belanja. Eh bukan mama kata nak belanja? ahahahha..Papa dah gi bayar dulu.  Teruknye Mama. Ok next time  :P



17 June, 2013

Happy 3rd Birthday, Muhammad Nor Irfan!

Alhamdulillah. Irfan dah pun menginjak ke usia 3 tahun pada 12 Jun lepas.  Sekejap sangat masa berlalu. Rasanya baru lagi Mama bawak balik Irfan dari hospital.  Rupa-rupanya anak Mama dah besar. 

Doa untuk Irfan. Amin amin..ya rabbal alamin.



Birthday cake, by auntie Anis.  Thank you Anis. Sedap dan cantik.



Birthday Irfan jatuh pada hari Rabu. Hari bekerja kan. Mama dah tanya papa awal2 masa weekend birthday Irfan tu Papa ada tak. Sebab nak gi makan-makan. Maklom la suamiku busy bawah sikit dari Perdana Menteri herherher.. Papa kata dia kena gi Penang. Huhu sedeyy..So nak tak nak, buat terus malam birthday Irfan. Walaupun penat bekerja, mama gagahi juga. Mama amik hapday sebab kalo tak memang tak sempat lah.

Konon-konon nak makan kat Pizza Hut kat area umah je, tapi kenangkan Opah tak makan pizza hut..kesian pulak. So tanya-tanya adik beradik. dorang suggest Restoran Jemari kat Seksyen 7 Shah Alam. Semua agreed, ok lah lepas maghrib kita jumpe, giteww..  Diskas dalam group whatsapp adik beradik. Senang. Tapi apa-apa hal kena tanya Papa jugak sebab dia yang belanja..hehehhe.. Sebenarnya terpulang lah pada orang nak celebrate birthday cara macamana.  Pada aku, lebih kepada nak menggembirakan anak-anak.  Simple beli kek satu slice bagi kat dia pun takpe kan. Kalo budget lebih boleh la buat kenduri ke party ke.  Macam aku, macam dah jadi annual event lah untuk celebrate birthday anak-anak bukan secara besar-besaran, cukup dengan ahli keluarga je.  Tujuan lain nak belanja family dan makan ramai-ramai tu kan best.

Gamba makanan.. kami ambik set. Set untuk 6 orang RM119.  Tapi kami lebih 6 orang so tambah nasik dan lauk-lauk lain. Air tembikai satu jug RM30. Alhamdulillah sedap. Ambience restoran ni cantik, tenang dan aman.
 



Sian, dah 10 hari tak makan dia ni.




Doa dulu.



Mak ngan Opah. Yang berdiri tu Acik Su.  Despite weekday, semua orang available. Yeay....





Mempersembahkan.... Happy Birthday to You...Happy Birthday to You...Happy Birthday to Irfan...Happy Birthday to You..




Irfan malu sangat..semua orang nyanyikan dia. Pastu nak menyorok kat ketiak Mama.



Anak Mama dah besar. Sob sob...huwaaaaaaaaa. Semoga Irfan jadi anak soleh ye sayang. Mama selalu doakan.



Excited dapat kek superhero favourite dia - Ultraman.



Irfan dah 3 tahun.



Us.  ♥ ♥ ♥



Thank you Mak, Anyah ngan Acik Su bagi hadiah. Yang lain-lain masih berhutang hadiah. Muahahhaa...




Family.. thanks sudi memeriahkan majlis. Thanks Papa sebab belanja.



Tahun ni Mama berkesempatan tempah cenderahati berupa surah Yasin dan Alfatihah yang handy untuk kawan-kawan rapat Mama & Papa.  Dorang suka sangat bila dapat. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat untuk mereka pastu dapat la pahala sikit untuk Irfan. InsyaAllah. Amin.

Happy birthday anakku, Muhammad Nor Irfan bin Norazmi.




11 June, 2013

WW: Perli mama gemok atau nak adik baru?

Hahaha papa punya kerja. Suka korang eh. Nak kena ni!




06 June, 2013

Syirah dan kawan-kawan beriadah.

Trip tadika Syirah ke taman riadah.  Dah lama jugak trip ni baru teringat nak update. Gamba semua pinjam dari FB Tadika Intan Bestari.  Pinjam ye..(thanks anak Cikgu Sandra yang rajin snap gamba dan juga pembaca blog ini hewhewhew)

Mula-mula nak berangkat baca doa naik kenderaan dulu. 




Dah sampai tu beratur dalam kumpulan supaya senang ingat kawan-kawan dan anak-anak tak hilang.  Suka sangat tengok anak-anak macam ni kan... tenang jiwa. Rasanya kalo ada duit nak bukak taska lah.. keje hari-hari tengok kanak-kanak ni bahagia rasanya.



Bersenam.  Mama spotted Syirah, there... hehe



Semangat. Suka lah tu dapat keluar sekali-sekala. Tak lah duduk dalam kelas je.



Tujuan trip ni ialah untuk mendedahkan anak-anak dengan alam sekitar dan hargai makhluk ciptaan Allah di sekeliling kita.  Ni tengah tengok semut agaknya. Semut bawak makanan. Kagum sungguh lah tu.  MasyaAllah.. cakap camtu.



Sorang satu kutip daun.. ni kelas lain ni bukan kelas Syirah.



Alhamdulillah thanks cikgu-cikgu sudi bawak anak-anak kami semua ni. Balik tu dia pulak lah mengajar Mama daun itu, ranting ini, bla bla.... kita dengar je lah dengan tekun dia bersemangat citer. Hehhee...

04 June, 2013

Sesungguhnya...

Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa.

Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.

Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah Malaikat. Dia juga Manusia.

Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama.