Apa yang aku buat, aku pasang youtube pastinya alunan pilihan dari Abdulrahman Al Sudais. Sesambil buat keje, dengar dan baca terjemahan. InsyaAllah lama-lama mesti boleh hafal kan. Kalau baca maksud surah ni, takutnya hari kiamat. Huhu..
Advert
27 September, 2013
Hari Jumaat, jom baca (dengar) Surah Al-Kahfi.
Apa yang aku buat, aku pasang youtube pastinya alunan pilihan dari Abdulrahman Al Sudais. Sesambil buat keje, dengar dan baca terjemahan. InsyaAllah lama-lama mesti boleh hafal kan. Kalau baca maksud surah ni, takutnya hari kiamat. Huhu..
04 June, 2013
Sesungguhnya...
Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.
Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah Malaikat. Dia juga Manusia.
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama.
08 March, 2013
Kucing - haiwan kesayangan Nabi Muhammad.
Aku pernah baca jugak yang kalau kita bela kucing, akan dimurahkan rezeki kita. Dan kucing-kucing ini akan mendoakan kesejahteraan kita! MasyaAllah.
Pasni aku tak nak kasar dengan kucing lagi. Sebab aku pasti, Ciko mendoakan kami sekeluarga. Sebab kan aku rasa tenang lah bila balik umah sekarang, dulu silap sikit marah kan sebab penat balik keje. Aku rasa lah. Mungkin ye bukan tidak. Wallahu'alam. Lagi satu, kalo kita berkasar anak-anak tengok cemana? Kalo anak kita tiru? Nak anak perangai elok tapi maknya tendang kucing.
Terima kasih Ciko, terima kasih Allah.
13 February, 2013
28 November, 2012
Jadi isteri untuk redha Illahi.
24 September, 2012
18 June, 2012
Mencari hidayah..
18 May, 2012
Bukan Kerana Isteri/Suami atau Anak-anak, tetapi kerana.....
Ni nak share artikel Encik Zaid Mohamad, pengasas Smart Parenting. Mungkin lepas baca ni korang boleh rasa lega, ikhlas dan tak stress lagi.
Pilih untuk melakukannya bukan kerana suami/isteri/anak-anak, tetapi kerana Allah, kerana Allah sememangnya suka kepada mereka yang suka membantu dan memberi. Bila kita berfikiran sebegini, insyaAllah kita tidak akan berasa tertekan lagi, sebaliknya berasa seronok untuk menggembirakan mereka.
Dan percayalah, pasti Allah akan membalas usaha kita dengan meletakkan kepuasan dan kegembiraan dalam diri kita pula!
13 April, 2012
Ujian Itu Rahsia Allah
p/s: cuma bab anak-anak je aku belum mampu untuk bertabah.
31 January, 2012
Pesanan Untuk Orang Cantik
Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!
Jadi mari kita bermuhasabah diri kita.
11 November, 2010
Solat Dhuha
Kalau ada waktu kat ofis tu, sempat jugak turun sekejap buat 2 rakaat. Tapi tu lah selalunya lalai. Yang aku perasan, bila dah start buat tanpa tinggal tu akan rasa satu kelegaan, ketenangan. Aku jumpa artikel ni masa browsing semalam n nak share kan artikel untuk bacaan bersama dan rujukan aku bila lupa nanti :P
Waktu
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Catatan:
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…
Sumber: http://nursyirah.wordpress.com




