Advert




20 September, 2013

Dialog anak-anak.

Anak-anak dah semakin membesar.  Dah boleh ajak berborak macam kawan-kawan kan. Mama bukan apa, suka nak simpan dialog2 tu dalam blog sebab nanti boleh baca dan mengimbas balik bila mereka dah besar. Preciousssssss...

Dialog 1
Kami ternampak orang kerdil masa tengah beli groceries kat supermarket. Syirah & Irfan terkejut dan nampak macam takut.  

Syirah : Mama, nape org kerdil tu jalan macam penguin?

Mama : Allah yang jadikan semua tu, kakak.

(Ok tak jawapan Mama? Tak tau nak jawap ape).


Dialog 2

Irfan : Papa nak gi mane tu? 

Papa : Nak keluar jap.

Irfan : Papa nak isap lokok (rokok) la tu. Nanti papa batok ha camane? Uhuk uhuk batok camtu ha camane camane?

Mama : Good boy Irfan. 


Dialog 3

Dalam kereta. Irfan tumpahkan cornflakes.

Mama : Irfan tolong kutip kemas dik.. habis kotor kereta mama.

Irfan : Ala mama la....

Mama : Irfan tak sayang mama ke tak nak tolong mama.

Irfan : Sayang... tapi Irfan penat.

Mama : Bertuah punya anak.


Dialog 4
Sedang tengok vcd kawen Papa Mama di satu hari minggu yang indah.

Irfan : Nape mama tak bawak kita pegi kenduri ni kakak?

Syirah : Masa ni kita kat syurga lah Irfan.


Dialog 5

Irfan suka cium perut mama. Pastu kuar lah soalan pelik.

Irfan : Nape perot mama banyak daging?

Mama : Ye lah kakak ngan adik duduk dalam perot mama sampai perot mama jadik besar sampai banyak daging. 

Syirah : Oooo... sampai jadik besar.

Mama : diam lah kak.



5 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Hahahaha :D hadoilaa dialog budak2 ni... Kelakar sgt & jujur bercakap :-)

mama-syira said...

Anak2 la penghibur secara 'live' utk kita kan Erin.. hehehee

Anis Rahim said...

hahaha....anak2..anak2...cerdik sungguh....xsabar nak tunggu qaseh membesar cam ipan n syira....huhu...

Anis Rahim said...
This comment has been removed by the author.
Anis Rahim said...
This comment has been removed by the author.