Salam.
Entry makanannnnn....yeay! Kali ni western food.
Restoran ni ada cawangan di Damansara dan Shah Alam. Yang kami pegi ni kat Seksyen 7, Shah Alam. Yang dokek ngan umah la ye tak.
Malam Sabtu beberapa minggu lepas (biasalah citer kat sini semua basi hahaha) nak gi makan meatball ngan beger bakar. Terasa-rasa di tekak tingin bebenau kalah orang ngandung. Tapi kedai tu tutup akibat krisis ketiadaan air. Maka, kami berwhatsapp adik beradik untuk menukar destinasi.
Sehinggalah terjebak di Big Brother ni. Kami suka cari makan sekali-sekala kat luar ramai-ramai, sebab satu; nak lepak ramai-ramai yang masing-masing sebok nak jumpe kalahkan umah jauh-jauh. Sebab kedua; nak bawak Opah keluar. Sian Opah hari-hari terperok kat umah. Tapi nye, takleh bawak jauh-jauh sebab nanti Opah tak larat lama-lama. Ayah Cik n family takde sebab balik kampung.
Muka Opah malas nak senyum. Restoran cozy dan interior not bad. Service cepat.
Mari kita cekidaut makanan apa yang kami order. Sila lah jamu selera.... lalalallaa.... Ni mama punya. Mushroom creamy pasta, something like that lah namanya. Lupa. Sedap tak tipu!
Sebab teringin nak makan meatball, order meatball pastu share ramai-ramai. Portion amat lah besar, masa order kemain masa makan tolak-tolak masing-masing sebab dah kenyang.
Chicken chop Opah punya. Opah kata tak berapa ummmphh.. Chicken chop ni kalau nak sedap, yang penting kuah dia tu. Kuah dia tak berapa sedap.
Hamek besau gile cawan teh o. Harga dia RM3.50 secawan.
Dessert.
Overall: makanan sederhana, portion besar, service mantap, harga agak pricey.
Alhamdulillah. Muka puas hati dapat makan sedap, kebetulan hari tu Mama berhari raya puasa enam Syawal. Hehehhee...
2 comments:
separuh muka saiz cawan tu kak
Sikit lagi boleh jadik dulang dik oi
Post a Comment