Advert




27 September, 2013

Hari Jumaat, jom baca (dengar) Surah Al-Kahfi.

Hari ni (selalunya) tak sempat baca.

Apa yang aku buat, aku pasang youtube pastinya alunan pilihan dari Abdulrahman Al Sudais. Sesambil buat keje, dengar dan baca terjemahan. InsyaAllah lama-lama mesti boleh hafal kan. Kalau baca maksud surah ni, takutnya hari kiamat.  Huhu.. 



Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang 

Keimanan: Kekuasaan Allah SWT untuk memberi nikmat kehidupan pada manusia melebihi biasa: dasar-dasar tauhid serta keadilan Allah tidak berubah untuk selama-lamanya; kalimah-kalimah Allah sangatlah luas meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak sanggup untuk menulisnya. Kepastian mengenai datangnya hari kebangkitan; Al Quran adalah kitab suci yang isinya bersih daripada sebarang penyelewengan dan kepalsuan. 



1 comment:

Unknown said...

Salam...

Thanks for sharing....