28 September lepas, hari lahir Opah yang ke 63 tahun. Alhamdulillah walaupun Opah tak berapa sihat, tapi masih boleh bangun, makan dan berjalan. Syukur. Sementara masih ada, kita bahagia kan mak kita kan.
Plan ni kami buat antara mama, ayah ngah, ayah cik ngan ucu. Sebab yang lain semua birthday jatuh bulan September. So, nak buat untuk Septemberian sekaliannya. Senang buat kat umah Opah je dan kebetulan hari Sabtu. Buat Sabtu malam semua orang ada kecuali Papa (laki i kan dah kata, busy bawah sikit dari Najib hehehe).
Pembahagian tugas dipersetujui, ayah cik buat bbq. Biasalah dia kan pakar masak.
Rezeki kami hari tu. Alhamdulillah. Ayah ngah beli satay. Air cocktail bagi ucu yang sponsor maklom la orang baru keje tak nak lagi bagi bajet besar sangat. Tunggu tahun depan noooo..Mama? Kek RV tu mama yang sponsor. Kikiki...
Ayah cik buat mashed potato sedap giler!
Tugas yang takyah kuar duit, anak-anak tolong baca doa ok. Muka masing-masing dah berlinang sebab berkejar berlari sampai berpeloh.
Si kenit ni pun tunggu nak makan... ye ye je padahal awak mana boleh makan satay lagi.
Opah diapit oleh birthday-birthday girl yang lain. Semua ni Septemberian. Ya Allah, semoga Opah sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beramal ibadat kepadaMU. Untuk yang lain-lain pun sama.
Opah dan cucu-cucunya.
Ni hadiah untuk Opah dari Syirah. Dia yang pilih sendiri dan mintak tolong mama beli. Katanya "Opah dah lama teringin tapi ucu asyik lupa belikan, iyah nak bagi sama sabun mandi opah dengan bedak opah". Tak kira lah hadiah tu pada kita tak seberapa, tapi 'rasa' yang Syirah ada tu, priceless.
Alhamdulillah anak, semoga sentiasa lah kenang jasa orang tua lagi-lagi Opah yang jaga kakak dari kecik. Pandai kakak, mama sayang kakak.
Happy birthday Opah.
No comments:
Post a Comment