Advert




Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

04 February, 2013

Hadiah Anniversary ke-6 untuk Mama.

Saya adalah sangat happy tetapi malu.

Thank you suami ♥♥


30 January, 2013

6th Wedding Anniversary at Pullman Putrajaya (2).

Maaf lah ye baru nak sambung episod ha.. iklan bertahun hehehe...

Papa sampai lambat dari Cherating, dah dekat kul 9 malam. Kami bertiga beranak dah kelaparan.  Terus Papa ajak dinner kat restoran dalam hotel je.  Food wise biasa-biasa aje, harga standard hotel lah.. mahal kan.  Tapi portion besar.


Alhamdulillah, kami dapat complimentary anniversary cake dari pihak hotel.  Sedap bangat fruit cheese cake nya.  Kek ni actually petang tu pihak hotel dah hantar kat bilik.  Malam tu baru kami celebrate anak-beranak dalam bilik.


Amboi muncung Mama yang paling tajam.. beria nau..Semoga rumahtangga kita kekal bahagia dan dirahmati Allah hingga akhir hayat.  Gaduh tu biasa lah nak wat cemana..kalo tak gaduh takde la perkataan PUJUK dalam kamus. Kan kan.. kalo tak pujuk cemana nak manja, kalo tak manja cemana nak dapat hadiah..eh lelebih plak...


Mama takde idea and duit pun tak berapa nak ada, so itu je lah yang mampu bagi kat Papa.  Kasih sayang je mama bagi k Papa? haha


Pagi tu, anak-anak tak mandi lagi dah turun breakfast.  Budak-budak takpe jangan mak bapak budak tak mandi turun breakfast tak senonoh sangat rasanya.


Lepas breakfast, menggelupur nak mandi pool.  Sebab apa tau, pool sama level dengan bilik kami.  Keluar masuk memang akan melalui pool tu yang tak menahan tu. Pool kat atas... so nampak building lain di sekitar hotel.



Papa tengah melayan anak-anak mandi. Cantik kan building hotel ni..



Manakala Mama melayan feeling sambil kaki melunjur atas kerusi malas berpayung putih. Gitewww...





Lepas bersiap dan check-out..kami jalan-jalan dalam hotel sebelum balik.



Main kat tepi tasik buatan..


Bye-bye Pullman. Tak cukup 1 malam rasanya.. Papa nak tambah lagi 1 malam tapi mama yang tak nak.. takpelah maybe next time.  Till we meet again. Begitulah cerita bulan madu kami yang ke-6.  Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas nikmat kurniaNya.


Info:  saya book hotel online through asiarooms.com 3 hari sebelum. Dapat harga RM320 incld. breakfast. Price may vary depends lah ye...

22 January, 2013

6th Wedding Anniversary at Pullman Putrajaya.

Memang menjadi kebiasaan tetiap tahun kami akan celebrate wedding anniversary kat mana-mana hotel selalunya yang dekat-dekat aje.  Yang penting tak nak kat tengah-tengah bandar. Tahun ni plan nak jauh sikit, tak la jauh sangat paling jauh ke Colmar Tropicale je cadangnya tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya kami memilih Pullman Putrajaya Lakeside Hotel. 

Alhamdulillah rupanya pilihan Mama tepat. Poyo tak. Hotel ni jauh dari hiruk pikuk bandar walaupun kat Putrajaya, dan berhampiran ngan PICC.  Yang penting, ada tasik by the side of the hotel.  Konsep hotel ni (bangunan) bertemakan etnik Melayu, India, Cina dan Borneo.

Kisahnya, mama drive sendiri dari Klang ke Putrajaya dengan dua orang kenit ini.  Papa last minit kena attend meeting kat Cherating dengan bos dia.  So sebab hotel dah book, kena lah pegi jugak hari Jumaat tu check in. Papa bila habis meeting sampai Jumaat tu baru bos dia hantar terus ke hotel Pullman.  Allah Maha Besar sepanjang perjalanan dipermudahkan, paham-paham la jalan kat Putrajaya ni one way je.  Perjalanan mama ngan anak-anak smooth sailing dari Klang ke Putrajaya tanpa sesat! Hehehh...cayalah! *muka belagak idong kembang kempis*

Dah sampai. View sekitar hotel sangat cantik. Anak-anak kat luar pintu lobi hotel. 


Ini konsep Borneo kot?



Irfan kat tepi pool ikan-ikan banyak sangat. Ni of course konsep bangunan etnik Cina. Kawasan hotel luas memang jenuh gak nak berjalan.


Lepas tu, jalan-jalan tepi tasik.. scenery mendamaikan.. walaupun tasik buatan tetapi SubhanAllah cantik.



Alah alah alah..suka tengok gamba ni. Macam sweet je. Beria dua beradik ni berborak meluahkan isi hati kew? Hahahhaaa



Dah penat jalan-jalan, tak masuk bilik lagi ni lepas check-in tadi. Beg pun tak amik lagi ada kat bell boy hahahha selamba tinggal. Ok jom naik bilik! Yabeda beduuuu..


Bilik tak besar sangat, just nice kata omputeh.  Yang best, ada jakuzi dalam bilik! Aku ni kalo pilih hotel, kalo boleh dalam hotel nak carpeted.  Takmo lantai je nanti sejuk nak pijak pastu kalo kena tido bawah, tak sakit sangat badan.

Ewah... kemain lagi anak-anakku posing.



Mama pun apa kurang nya... hahahhahahhaa bagi chance lah woi


Jakuzi tepi katil.. tepi tingkap. Kalo honeymoon sila tutup tingkap tu kot nak mandi naked suami isteri pun ape ada hal. Yang ni anak-anak je lah naked mandi hahahha


Irfan tengah intai mama. Suka la tu. Happynya tengok anak2 happy. Time ni Papa belum sampai. Mama layan tv kaki melunjur atas katil sambil makan mister potato tgk anak-anak mandi jakuzi. Walahhh.....nikmat.


Dah letih mandi, bagi susu.... tidoooo.

To be continued...



27 November, 2012

Konvokesyen Anak Sulung.

Kena tau mention 'anak sulung' di situ. Sebab 1st experience, dia tak pernah rasa lagi perasaan dia cemana. Hahahaha..

Berkobar-kobar mama kau gosok baju cecantik, kilat kasut bagai. Adik pun kemain bergaya.  Kena kejut pagi2 sebab nak sampai kat hotel pukul 8.30 pagi.  Konvokesyen Tadika Intan Bestari kali ke -12 telah berlangsung pada 17 November di Hotel Crystal Crown, Klang. Kelas anak mama, konvo kat hotel! Mama dulu kat padang sekolah tadika je eh ke tak konvo? Sebab tak abis tadika.. ^_^



Mama biasalah kalau dalam jadual kata 8.30 pagi, kul 8.30 tu mesti dah ada kat situ. Walaupun tau yang orang lain mesti tak punctual punya.  Dah register semua, kena tunggu parents lain register dah kul 9.30 baru start.  Huhu nasib baik anak2 dah sarapan. Sempat suapkan Syirah lagi roti kat backstage. Ko gaya2 mak artis i rasa. Pegi bawak roti ngan air mineral cari anak belakang pentas.. suapkan. Takut anak i lapar! Masa suapkan Syirah tu kengkawan dia tengok je, nak disuapkan sekali ramai sangat, pegang roti sekeping je pun. Sian korang semua.. sob sob... maafkan auntie.


Lepas ucapan bagai, anak-anak 6 tahun dah tunggu kat pintu  masuk utama siap berjubah.  Cikgu-cikgu jalan kat depan pegang bunga manggar, diiringi alunan selawat dan muzik macam konvo UiTM, anak-anak ni diarak masuk. Seriously nak menangis (dah menangis).  Touching nye..ni baru konvo 6 tahun ni dah rasa sedih sangat. 


Untuk anak-anak 4 dan 5 tahun, upacara penyampaian piala tak berarak dan tak pakai jubah sebab diaorang belum dikira habis belajar lagi. Next year ada lagi.  Next year takut nangis.. hahahaha...Nama Maira Nur Insyiraah diumumkan yang pertama sekali. Mama assume Syirah dapat no 1 lah kot.


Nak tunggu show lambat jugak. Lepas makan baru mereka keluar.  Comel sangat semuanya.



Ada 3 lagu. Lagu Bahasa Inggeris 2 buah, lagu satu lagu Arab.  Mata semua arah sana sebab teacher suruh pandang dia ikut teacher takut silap langkah.



Dah selesai, Alhamdulillah.  Kakak belajar rajin-rajin tahun depan nanti boleh dapat Anugerah Tokoh Pelajar. Mama doakan. Amin.



Mama dapat lucky draw! Dapat la naik pentas amik hadiah.. yeay dapat toaster. Kat umah memang takde toaster lagi.  Rejeki...



07 August, 2012

Birthday Mama hari tu.

Kesian. Birthday bulan 6, celebrate bulan 7, update bulan 8.

Restoran Murni. Ada banyak cawangan tapi kami pegi yang paling hampir dengan umah iaitu kat USJ. Taklah hampir pun memandangkan yang lain lagi jauh. Dah lama teringin nak makan kat William. Tengok orang post gamba makanan ngan air dia, best-best.  Restoran Murni ni sama macam William. Yeay dapat akhirnya pegi di hari jadi saya ^_^



Pelbagai jenis dan warna air.


Dan juga berpuluh2 jenis makanan dalam menu sampai tak tau nak pilih.  So ini lah pilihan kami. Itupun tak snap semua gamba makanan, ini yang sempat je lah ye.

Teruk kan aku post gamba makanan bulan2 posa camni? Maafkan saya.



Yang paling kanan sekali tu namanya roti Beckham. Dalam dia sardin dan campur ada ayam. Tak sedap sangat. Sebab terlampau banyak bahan.



Tiba-tiba datang kek dari belakang. Surprise lah kononnya hahahaha.... tapi agak terkezut gak la tak sangka ada kek bagai.



Berduet tiup lilin, amboi siap tiup lilin dah tua tua ni.



Terima kasih Papa belanja makan kat sini, terima kasih bagi surprise kek.



Terima kasih semua yang join memeriahkan majlis.  Terima kasih Allah kerana bagi peluang untuk hidup merasai nikmatMu. Alhamdulillah untuk semuanya.



03 August, 2012

Cotton On Kids

Last weekend hari Ahad kami bukak posa kat Setia City Mall, Setia Alam. Shopping complex baru kat Klang #abis lah Papa. Hahhaa...

Sebenarnya nak gi Charles & Keith kat situ nak tengok handbag, sekali belum bukak daa...opening soon on August.  Gile banyak kedai kat Setia City Mall ni. Mata Mama dah bersinar-sinar <-- Papa kata.

Reserve tempat kat Nandos dulu pastu jalan-jalan sambil tunggu waktu berbuka.  Sebenarnya nak citer kat sini ada Cotton On Kids u olssssss... ha mama kau dah menggila kat sini. 

Jom cuci mata!

Antara baju-baju yang berkenan.  Skirt camni Mama suka sangat, sesuai la untuk budak pempuan yang kecik.  Macam penari ballet rasanya. Yang ni sweet gile, yang gaun tu sleeveless lah, boleh pakai ngan cardigan :)




OMG! Kenapa comel sangat baju ni? Siap bagi singlet kat dalam sebab leher baju ni luas sangat. nangessssss tengok kecomelannya



Korang tak tau ke shopping baju budak ni adalah satu stress therapy yang sangat berkesan. Mak-mak mesti tau. Hahaha siap nak buat disclaimer.  Ye ye korang sure paham. Korang pun mak. Baju anak RM70 berkenan..zasss terus amik bayar. Baju sendiri RM50..uii mahalnye, takpelah lain kali lah.  Itu biasa terjadi ye kawan-kawan.

Ok sambung.  Yang ni ranggi sikit.. cantik woi cemana ni.. *mata bersinar lagi*



Ya Allah yang ni mama sangat berkenan. Cardigan ni kaler off-white ada gold dust sikit. Sesuai pakai dengan semua kaler baju. *meleh air liur*




Korang ingat orang dewasa je boleh pakai skinny jeans kalerful?  Budak-budak pun ada tau! Kaler light purple tu cantik, eh pink tu pun cantik.. oren pun...agagagaga...



Dalam banyak-banyak baju dalam kedai ni, baju gaun ni paling mama berkenan di hati tersemat di sanubari gitu. Simple tapi sebab dia lengan panjang.  Pastu rasa macam orang British pulak pakai baju camni. Sweetnyeeeeeeeeeeeeeee.... Suka yang kaler hitam nampak elegant. Pink pun ada tapi boring lah perempuan asyik2 pink.



Berita sedihnya nak bagitau, baju boys memang tak banyak pilihan. Yang ada pun tak berkenan langsung. Sian boys kan..

Mama shopping yang mana? Biarlah rahsia hihihihi. Ok lah Mama nak sambung therapy.  Anak-anak boleh tengok tv, disediakan dalam kedai Cotton On Kids ni.