Advert




22 January, 2013

6th Wedding Anniversary at Pullman Putrajaya.

Memang menjadi kebiasaan tetiap tahun kami akan celebrate wedding anniversary kat mana-mana hotel selalunya yang dekat-dekat aje.  Yang penting tak nak kat tengah-tengah bandar. Tahun ni plan nak jauh sikit, tak la jauh sangat paling jauh ke Colmar Tropicale je cadangnya tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya kami memilih Pullman Putrajaya Lakeside Hotel. 

Alhamdulillah rupanya pilihan Mama tepat. Poyo tak. Hotel ni jauh dari hiruk pikuk bandar walaupun kat Putrajaya, dan berhampiran ngan PICC.  Yang penting, ada tasik by the side of the hotel.  Konsep hotel ni (bangunan) bertemakan etnik Melayu, India, Cina dan Borneo.

Kisahnya, mama drive sendiri dari Klang ke Putrajaya dengan dua orang kenit ini.  Papa last minit kena attend meeting kat Cherating dengan bos dia.  So sebab hotel dah book, kena lah pegi jugak hari Jumaat tu check in. Papa bila habis meeting sampai Jumaat tu baru bos dia hantar terus ke hotel Pullman.  Allah Maha Besar sepanjang perjalanan dipermudahkan, paham-paham la jalan kat Putrajaya ni one way je.  Perjalanan mama ngan anak-anak smooth sailing dari Klang ke Putrajaya tanpa sesat! Hehehh...cayalah! *muka belagak idong kembang kempis*

Dah sampai. View sekitar hotel sangat cantik. Anak-anak kat luar pintu lobi hotel. 


Ini konsep Borneo kot?



Irfan kat tepi pool ikan-ikan banyak sangat. Ni of course konsep bangunan etnik Cina. Kawasan hotel luas memang jenuh gak nak berjalan.


Lepas tu, jalan-jalan tepi tasik.. scenery mendamaikan.. walaupun tasik buatan tetapi SubhanAllah cantik.



Alah alah alah..suka tengok gamba ni. Macam sweet je. Beria dua beradik ni berborak meluahkan isi hati kew? Hahahhaaa



Dah penat jalan-jalan, tak masuk bilik lagi ni lepas check-in tadi. Beg pun tak amik lagi ada kat bell boy hahahha selamba tinggal. Ok jom naik bilik! Yabeda beduuuu..


Bilik tak besar sangat, just nice kata omputeh.  Yang best, ada jakuzi dalam bilik! Aku ni kalo pilih hotel, kalo boleh dalam hotel nak carpeted.  Takmo lantai je nanti sejuk nak pijak pastu kalo kena tido bawah, tak sakit sangat badan.

Ewah... kemain lagi anak-anakku posing.



Mama pun apa kurang nya... hahahhahahhaa bagi chance lah woi


Jakuzi tepi katil.. tepi tingkap. Kalo honeymoon sila tutup tingkap tu kot nak mandi naked suami isteri pun ape ada hal. Yang ni anak-anak je lah naked mandi hahahha


Irfan tengah intai mama. Suka la tu. Happynya tengok anak2 happy. Time ni Papa belum sampai. Mama layan tv kaki melunjur atas katil sambil makan mister potato tgk anak-anak mandi jakuzi. Walahhh.....nikmat.


Dah letih mandi, bagi susu.... tidoooo.

To be continued...



No comments: