Advert




15 April, 2009

Tips anak tido awal


Wwowowo tajuk macam Paediatrician mana lah yg nak bagi ceramah ni. Bukan ape, ramai kengkawan ofis mahupun bukan ofis yang tanya "Syirah malam selalu tido kul bape?". Jawapan aku "Kul 8.30pm, paling max leh consider 9pm". Replied by others "huii awal nya.. " atau "bagusnye dia tido awal" dan lain-lain.

Aku bukan lah terer pun, anak baru sorang ye puan-puan. Tapi berbesar hati lah sangat nak share camne Syirah leh tido awal.

1. Kena start seawal baby lagi -Syirah memang dari 3 bulan i.e. lepas pantang dah tido ikut time yang tertib. Malam pun dia bangun sekali sahaja. Alhamdulillah. Waktu tido ni hari2 kena konsisten takleh ubah supaya dia tau waktu-waktu camtu ialah waktu tido.

2. Kena strict - kita sebagai parents kena strict sikit lah. Jangan diikutkan sangat anak tu main sampai pukul 2-3 pagi. Boleh nak main tapi ada had nya. Macam aku lah kan, sampai umah pun dah pukul 7.30pm.. ni lah time nak peluk2 gurau2 ngan anak. Masa yang sikit tu lah peluang untuk main2 ngan Syirah, borak2 semua pastu terus tidokan dia. Kalo Syirah nak keluar bilik pun tak bagi ape tah lagi nak mengangkat kepalanya dari bantal. mUahahha...

3. Jadikan rutin - Hari-hari tido time tu. Tapi masalahnya kita ni kan nak gi jalan lah, makan luar lah, shopping lah malam2 buta tu. Tu yg anak2 tak biasa sebab tak rutin. Itu sebab jugaklah kalo kawan2 ajak kuar malam memang No No jawapannya. Sorry sangat2. Penah sekali dulu berbuka posa (berbuka sure lah malam kan) dengan kawan2, kelam kabut je nak balik cepat. Itupun Syirah dah tertido dalam stroller pukul 8.30 pm. Sampai umah dah 9.30pm terus boom atas tilam. Tapi kalau perlu/terpaksa, sekali sekala takpelah. Mana tau ada kenduri malam ke, wedding malam ke. Kan. Trivia: percayakah anda Syirah tak pernah keluar malam, paling malam pukul 9.30 pm? Kesian anak aku.. takpe tunggu besar ye.

4. Suasana bilik - tido mesti nak gelap kan..takpun suram gitu. Pastu kita senyap lah. Takya la pasang tv pulak. Tapi selalunya aku time baring2 nak tidokan dia tu, cakap2 lah sikit kadang nyanyi2 kecik ke..lama2 dia ngantuk. Maklum la suara mama dia tak sedap.

Itu lah sikit sebanyak yang aku praktikkan. Tapi yang paling senang rasanya, jadikan rutin je lah waktu tido tu. Nanti kita tak ajak tido pun dia yang ajak kita. Macam dialog ni "mama..babam..mama babam" sambil tarik tangan kita pastu buat suara sedih sgt. Tu Syirah lah tu dah ngantuk.

Ni aku quote from majalah Pa & Ma:-

Adalah penting untuk memastikan si kecil mendapat tidur yang mencukupi. Hasilnya supaya si kecil ceria dan bertenaga. Manakala kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang mencukupi akan berasa letih dan mempunyai masalah perkembangan dirinya termasuk menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian dan memahami pembelajaran, bahkan dia dengan senang membuat ragam.

Lagipun, bila anak tido awal..senang kita nak buat kerja lain. Keje ape? Korang jangan pikir bukan-bukan ye. Ni mesti otak dah pikir lain ni.. nampak kuning je tu. Kerja lain contohnya basuh kain ke, masak dinner untuk husband ke. Aku sebab nak tengok tv dengan aman tanpa gangguan. Hahha..kalo Syirah ada mana dapat nak concentrate.

Harapan memang lah tinggi. Kita buat lah yang terbaik. Harap-harapnya bila Syirah biasa tido awal dan tak biasa keluar malam sampai ke besar. Tak lah susah hati Mama nanti.. maklum la anak dara. hehhee..

14 April, 2009

Glamer la dia


Tu encik yang belah kiri sekali tengah menerima sumbangan tu.. husband siapa lah tu ye? Nak mintak autograph bleh tak? Kuang kuang kuang....

13 April, 2009

Memperkenalkan..

Hai..nama saya Syirah. Saya nak citer pasal aktiviti saya pada hari weekend. Bila Mama dah siapkan saya mandi, saya pun pergi main kuda ala-ala kuda kepang ni. Kaler lime green sangat menarik hati.





Bila dah boring main kuda tu, saya pun gi lah cari games lain yang lebih mencabar minda. Saya main Bead Roller Coaster ni.. tapi saya tak main sgt. Saya lebih suka tengok orang, maklum la saya ni memang prihatin a.k.a kepoh (mama kata). Tengok tu sampai nak tembus saya tengok orang lain main. Seronok sangat dapat tengok ramai kawan-kawan kat situ.




Pastu saya masuk dalam bilik Mama.. cantik kan bilik Mama? Ada cermin besaaar sangat. Saya selalu tumpang bilik Mama untuk berangan. Bercakap sorang-sorang depan cermin, tengok muka saya yang comel..(perasan) sambil berlakon jadi princess.



Haaa ni la bilik saya. Malam-malam sebelum tido saya guling-guling atas katil ni. Bantal dan tilam yang empuk buat saya tido lena setiap malam. Tak jatuh katil pun. Saya suka cover bantal saya yang bunga-bunga tu nampak girly.. ni saya posing untuk tatapan semua.




Saya suka giler cupboard ni. Warna pink lembut sangat...memang sesuai dengan saya. Ni Mama simpan semua baju-baju saya..termasuklah stokin, pampers mamy poko (opps) dan barang-barang perempuan yang lain.





Mama cuba-cuba bergambar depan cermin bilik saya. Sebab cermin bilik saya ada ukiran flowery, bilik Mama takde. Kat depan cermin ni lah saya selalu mekap.



Teka yang ni bilik siapa? Warna soft green.. katil siap ada bumbung tau. Macam dalam khemah. Katil pun cute je. Ok tak boleh teka ya.. ni lah bilik adik Syirah. Dia boy. Hehehe...




Kotak-kotak yang ada dalam bilik adik Syirah, ni untuk letak segala macam toys, books. Dan boleh panjat-panjat jugak atas tu main terjun-terjun.. tapi Mama marah.


Ok lah Syirah dah lapar nak makan dulu. Penat lah main tadi. Dahaga pulak. Minum air oren jap.




Pastu makan meatballs...ada 10 bijik. Kuah dia sedap sampai menjilat sudu.. (mama yang makan banyak). Meatballs ni memang best!



Pencuci mulut Mama buat kek Daim ni. Walaupun manis, tapi rasa dia sedap giler.. sebab ada almond dalamnya. Memang sedap lah..


Happy betul Syirah hari ni. Maklong beli rantai merah bagi kat Syirah sebagai present (ye lah tu)..sangat sesuai rantai ni untuk Syirah, bleh la pakai gi jalan-jalan dengan Papa nanti. Yahooo...


Last but not least, Syirah punya toys baru... gajah biru. Kawan kepada Wonder Pets. Haha.

p/s: Tak salahkan berangan, harap jadi kenyataan. Amin.

10 April, 2009

Hilang!

Ok tak deco umah baru ni? Komen?

Nak yang simple-simple je. Ni cukup lah. Tekan sana sini.... tetiba blogroll kawan-kawan tepi tu dah hilang!! Hahaha padan muke aku!

Sekarang tengah nak configure balik nih..nak kena cari balik link-link kawan-kawan.. kalo rasa nak drop kat sini lagi dialu-alukann...kalo tak sudi..takpe.. (sambil tunduk)

K lah.. nak repair lagi nih..

09 April, 2009

Buat Seorang Isteri

This is so touching and made me cried. Tak sangka pandai husband aku buat puisi. Sedih ek.

Buat seorang isteri
Andai dapat aku memiliki kemewahan akan ku jadikan mu permaisuri di
mahligai dan akan ku jadikan kau seorang ibu kepada anak2nya.Tapi
apakan daya,
Walaupun hati ini sentiasa sunyi dan sepi tanpa insan tersayng yang
dapat menemaniku disisiku dan sepi tanpa mainan maja bersama puteri
sulungku,namun aku pasrah dan sentiasa berharap semuanya akan
berkahir.Tapi aku rasa bertuah kerana dia seorang yang tabah dan
seorang ibu pandai menjaga puteri kesayanganku
Buat seorang isteri.......
Apa jua keadaan yang berlaku aku ingin kau tahu aku amat menyayangi
dan merinduimu.Semoga keperitan yang aku tanngung selama ini akan
berakhir
Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan Allah satu hari nanti. Amin. Sayang gile kat awak berdua!

08 April, 2009

Jemput minum Chocoholic

Kat cafe ofis tempat aku kerja ni , dalam menu beverages dia ada satu air ni. Nama dia CHOCOHOLIC. Sape yg keje kat sini tau lah kan? Korang penah try? Kadang-kadang kalau teringin aku beli lah, nak beli selalu sangat takleh. Mahal doww RM4.80 untuk segelas air [after diskaun - harga sebenar RM6]. Bagi aku la, orang lain kaya mesti dia kata murah jer! Air ni coklat + pisang. Erkk? Macam mak aku lah korang ni.. mak aku bila sebut air campur pisang dia kata "eiii yang bukan-bukan je". Aku ni peminat pisang, whatever to do with pisang..i'm loving it! Muahahha...

Pastu kan last weekend, aku kat umah teringin nak minum air tu. Tengok ada milo, ada pisang.. so aku buat lah. hehehe.. humban kan je air milo yang dah siap bancuh, seketul pisang & air batu dalam blender. Pastu tuang dalam cawan... siap lah ari chocoholic yang sedap mabeles! Yang dicedok dari idea cafe ofis.

Dalam masa 1 hari, 3 kali aku buat... boleh?? Ni ha rupa ia dah siap walaupun nampak tak menarik tapi rasa dia sedap tau...wah siap puji diri sendiri. Jemput minum...

06 April, 2009

Nekad berdua naik komuter

Ni plan redah dan nekad namanya. Dah lama teringin nak bawak Syirah naik komuter tapi dah 2 minggu Papa tak dapat balik sebab kena keja (tapi takpe Papa kata pasni nak amik cuti panjang ..yahoo). Mama nekad je pegi berdua dengan Syirah… sebenarnya takut sebab sekarang kan ramai orang jahat. Keluar rumah berdoa banyak-banyak.. tapi kenapa ntah aku ni kalau betul-betul nak buat something tu memang nekad je. Bukan tak pernah bawak Syirah jalan-jalan berdua tapi selalu naik keta sendiri je.

Kami 2 beranak telah pegi naik komuter ke Subang! Opah pun diam je tak terkata dengan plan Mama. Bila tanya Papa dia kata 'ok tapi baik2'... sebenarnya tak bagi tapi sebab dia rasa bersalah tak balik, so dia bagi dalam keterpaksaan...itupun sekejap2 call, sekejap2 call tanya kat mana.

Drive dari rumah park keta kat stesen komuter, pastu naik tren gi Subang. Ingatkan nak gi Subang Parade tapi jauh sangat tak berani nak jalan berdua dengan Syirah so kitaorang gi Carrefour je, tak jauh sangat.
Syirah behave je dalam tren.. tu yang senang bawak dia jalan

Sampai Carrefour, Syirah dah bising nak mamam. So gi Kenny Rogers yang paling dekat nak jalan..tak larat ah dukung Syirah. Dia tak nak jalan lagipun sian dia ngantuk. Makan, gurau-gurau.. lambai2 staff Kenny Rogers yang tanya “berdua je kak? Ni anak sulung ke kak”. Nape dik tak caya eh ingat ni adik akak ke? Wakaka…

Time makan pun dok diam je tapi tangan merayap nak jatuhkan pinggan..haip

Menu seperti berikut. Banyak Syirah makan.. alhamdulillah. Tengok minah tu dah ngantuk siap landing kepala atas meja. Ni masa untuk berangkat ni..lagipun dah janji dengan Papa sekejap je. Motif utama nak bawak Syirah naik komuter je.

Oppss ada orang jual gaun cantik-cantik, rambang mata… ni mesti beli ni. Wahh MESTI tu yang tak tahan tu. Sehelai RM10 je, cadang nak beli lapan belas helai tapi kuatkan iman amik 2 helai saje. Comel gile gaun cotton semua. Nanti nak beli lagi....

On the way dari Subang, Syirah dah tertido dalam dakapan Mama. Mama dukung masuk dalam car seat pun Syirah still terlentok. Sampai umah, dukung bawak masuk bilik..dia tido lagi. Sian nya anak aku penat sangat. Tido sampai petang budak ni..


Apa pun, puas hati dapat bawak Syirah naik komuter...harap Syirah happy. Mama sayang Syirah sangat-sangat.