Advert




19 February, 2013

Happy Birthday Papa @ Windmill.

3 Februari 2013 genaplah usia Papa, 33 tahun. Dah tua rupanya. Hehehe.. Memang mama plan nak belanja Papa makan.  Tapi takut jugak kalau weekend tu Papa outstation.  Alhamdulillah tak outstation. Malam tu ajak Papa ke Aeon Bkt Tinggi. Kita cari tempat makan yang cozy, aman, tak crowded dan paling penting romantis muahahahaa.. Romantis lah sebab candle light dinner.

Windmill pilihan Mama. Kita makan steak malam ni.



Kami amik set je senang. Ada starter, appetizer, soup & bread, main dish pilih nak steak apa, air, buah & ice cream. Set macam ni harga RM69.90+.  Anak-anak tak perlu order sebab kami sharing. Itupun makanan tak terhabis.




Happy birthday kepada suami dan papa kami yang tersayang. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan merahmati Papa selalu.  Terima kasih untuk segala-galanya.



Sesungguhnya, kami saaaaaaayang Papa!


15 February, 2013

Fun Fair.


Dulu kekecik, ada jugak mak abah bawak pegi funfair.  Zaman tu funfair ni kira trend lah. hahaha...  Zaman ni nak jumpe funfair pun susah. 

Baru-baru ni kami nampak ada funfair belakang Giant dekat umah.  Hari-hari lalu tapi tak berniat nak singgah.  Satu weekend tu tak pegi mana-mana sebab memang berhajat nak duduk rumah kemas umah dan segala-galanya rumahku syurgaku lah kiranya.  Tapi kesian pulak kat anak-anak weekdays dah la tak ke mana-mana.  Hati terdetik (ewah) dan teringat pasal funfair. Usulkan kat Papa "pa, pas maghrib kang kita gi funfair yg nampak aritu nak? sian budak2 tak ke mana".  Papa jawab "ok".  Yeayy! Ni mama yang cakap yeay bagi pihak anak-anak. Anak-anak tak dibagitau nak pegi funfair takut tak jadik dorang akan frust. So bawak je naik keta kata nak pegi kedai. 

Dah sampai, excited 2 beradik. "Kita kat mana ni Mama?"  Nampak playground besar ada pelampung bentuk dinosaur. Irfan takut. So dia dok jejauh.



Naik kereta pergi Missippi. Hahah.  Penah bawak dorang sekali dulu pegi funfair tapi daif sangat funfairnya. Dengan buruk, tak kukuh takut nak bagi anak-anak naik. Yang ni keretapi kukuh, bersih, comel untuk budak2, panjang lak tu.



2 beradik ni je naik. Dapat jadik drebar dok depan sekali pulak kemain lah happy.



Nampak tak Syirah? Naik sorang-sorang.  Dia kan berani sikit. Irfan? Nanaakkkk tatot.  Heh.



Mengayuh sampai di malam hari.  Bukan pandai sangat kayuh pun, abang yang jaga tu tolong tolak belakang pakai kayu. Hahahhaa..



Nak jugak naik menatang ni. Sekali nangis sebab tinggi sangat dan ramai orang tengok. Tak sampai 10 saat, Mama amik dukung turun. Syirah syirah...



13 February, 2013

07 February, 2013

Bertemu orang Moscow.

Menunggu orang Moscow dan orang seksyen 7, Shah Alam :PP



Yeay baby Moscow dah sampai.  Last jumpe masa Zara dalam perut lagi. Sekarang kamu dah besar ye Zara.  Alhamdulillah dapat kita berjumpa masa kawan kami Oja dan family balik bercuti awal bulan Januari haritu.  Oja nak makan kat Chillis so kami dating kat Chillis, Empire Subang.

Zara yang comel dan bambam. Boleh tahan aktif anak dara ko kan Oja.  Tak padan dengan maknya yang lemah gemalai hahaha..



Auntie Kerun buat ape lah tu sampai Zara garu kepala dibuatnya?  Kerun masih lah tetap dengan kelam-kabut dia tu.  Heehhee sorry Kerun tapi kalo ko takde tak happening..



Walaupun Oja je yang jauh di mata dekat di hati, tapi yang bertiga lain tu susah sangat nak berjumpa.  Especially Kerun lah, busy memanjang mengalahkan perdana menteri kekdahnye. Anis pulak kat Shah Alam sibuk gak dengan kerja-kerja membaking dan membeading dia.  Aku sibuk dengan anak-anak huhuhu...Masing-masing nak catch up banyak benda.  Rindu u ols semua..kekecohan tetap seperti dulu muahahahaa...

Masa study kat UiTM dulu ini lah antara kawan-kawan saya yang susah senang bersama.  Masa hari nikah/wedding pun dorang yang banyak membantu.  



Alhamdulillah semoga silaturrahim ini kekal sampai bila-bila.




05 February, 2013

JJCM. Malas masak.

Bila hari keje, pagi-pagi masak lauk dulu sebelum pegi keje. Untuk Opah ngan Syirah, sian kadang-kadang Opah tak larat masak. Lauk simple-simple je.

Malam aku tak makan diet, tinggal nak pikir apa suami nak makan.  Ini satu masalah harian gak ni pikir menu malam. Kadang tapau lauk siap, balik reheat. Kadang makan luar. Kalau larat, masak. Gitu lah hidup wanita dan ibu bekerja seperti saya dan anda semua. Tak gitu? Tapi rupa-rupanya kami ni makan luar weekend je selalunya. Sebab hari bekerja penat nak keluar, ye lah sampai umah pun dah malam. Lagipun sebab pagi dah masak, lauk tu simpan sikit untuk buat dinner. Yang makan nya pun sorang je iaitu papa. Anak2 dah siap makan umah opah/babysitter. Huhu..

Bila dah makan luar, rajin amik gamba. Tapi jarang nak share, apetah lagi cuci. Jadi marilah kita lump sum kan je hehehe..
Tony Romas, Setia City Mall. Lama dah, weekend bulan lepas. Papa tingin nak makan steak.



Sharin Low, Harbour Place. Dekat ngan umah, tempat feberet Papa sebab Papa suka shark fin sup & itik panggang kat sini.


Tempat feberet Syirah pulak. Chicken Rice Shop. Kat sini lah satu-satunya tempat Syirah boleh makan nasik habis licin!


Pizza Hut, Giant. Lepas shopping groceries tingin nak makan eskrem.


Ada lagi tempat2 makan lain, lain kali share mana tau korang boleh dapat idea nak makan mana. Tapi kena masak jugak ye, dapo kena berasap. Takut nanti orang kata kita ni asik makan luar je. Kalau suami ok, apa salahnya. Maklom la ramai sangat yang busybody dalam dunia ni.



04 February, 2013

Beza anak sulung dan nombor dua.

Syirah

Anak dara dah besar dah 6 tahun, tahun ni.  Last lah sekolah yang boleh cikgu tengok, cikgu pay attention. Next year dah start 'berdikari' dalam erti kata sebenar.

Mulut pun semakin 'berbisa'.  Lain macam sikit dia ni.  Mulut dah tentu macam orang tua satu hal, kadang-kadang tu menyakitkan hati ayat yang keluar dari mulut dia.  Kalau kita tak dengar, "mama ni tak dengar ke Iyah cakap..cuba mama pandang Iyah kalau Iyah cakap".. perghhh...Tapi kat dalam rumah je lah, luar rumah PENDIAM orangnya. PENDIAM ok..kelaka pulak mama rasa.

Ada satu hari dia main-main sambil cakap "babibu", Mama dengar terus paling muka pandang dia dengan pandangan tajam.  Tak sempat cakap dia dah jawab dulu "itu pelajaran lah, mama tak tau ke". Hahhahaha masalahnya Mama pun tak cakap ape lagi. Bila tanya balik "Iyah tau ke babi tu ape?"  "Tau..itu pig". Ooo tau rupanya..hahahhaha

Kalau Mama marah adik, eh dia yang berlari dulu amik rotan bagi kat Mama. "Mama nah rotan, adik tu nakal".  Dari nak rotan adik, kang kamu sekali Mama rotan. 

Keras hati memang tak berubah lah kan.  Kalo marah dia, dia akan diam dan muka pandang tempat lain.  Buat-buat tak dengar, jadik batu.  Selamba habis...memang tak berkesan marah. 

Tapi kalau mintak tolong atau suruh, dia buat cepat. Tolong angkat kain masuk dalam bilik, kemas mainan lepas main, susun selipar tepi pintu..dia akan ingat lain kali.  Kemas mainan lepas main tu kalo adik yang buat sepah tak nak kemas, dia paksa n marah adik suruh kemas "adikkkk kemas balik lepas main" sampai menangis lah adik tu dia buat.  Tapi dia kemaskan jugak kadang-kadang, selalunya dia jawab "adik yang buat sepah, bukan Iyah". Hai lahhhh berkira..

Irfan

Yang ni mamat manja ni tidak dinafikan lagi lah kemanjaannya. Kalau dengan mama, keje nak berpeluk cium je.  Tak kira kat mana.  Peluk lah, cium lah pipi mama ni bertalu-talu padahal tengah tengok tv kat umah hahahhaa..macam tak jumpa seploh tahun kekdahnye.

Kalau kakak kena marah takde perasaan, si Irfan ni kita cakap "amboi biasa dia" punnnn dah nangis berjurai-jurai airmata macamkan kena pukul. Lembut sungguh hatinya.

Mulut bising di dalam dan di luar rumah. Peramah. Kalau sesapa tegur, dia layan borak baek punye.

Ikut je apa kakak buat. Kakak ke dapur, dia ke dapur. Kakak masuk bilik, dia masuk bilik. Cuma nya tu lah kakak suka menyakat, keje nak menangis je si Irfan ni. Tu yang mama selalu jadik tarzan. Korang kan suka mama jadik tarzan bagi satu taman dengar suara mama kan.





Hadiah Anniversary ke-6 untuk Mama.

Saya adalah sangat happy tetapi malu.

Thank you suami ♥♥