Advert




02 September, 2013

Celik Momz with Prof. Muhaya.

Seminar Celik Momz telah berlangsung pada 30 Jun (Ahad) lalu. Punya lah lama, hari ni baru nak update. Bukan apa, konon-konon nak kumpul segala isi penting dari seminar tu tapi tak terbuat-buat. Dari tertangguh, baiklah buat je entry. Isi-isi seminar tu, i bagi dalam point form je lah ye. At least dapat berkongsi  mana yang mampu.  Ilmu yang ada takleh simpan, share nanti dapat pahala lagi banyak.

Start seawal 9 pagi hari Ahad, kat Dewan Banquet Shah Alam.  Ikutkan dok kat umah lagi best tapi apa salahnya sekali sekala hari minggu diisi dengan mencari ilmu. Dah la ilmu pun cetek.   

Bawak Syirah sekali, Irfan tinggal dengan Papa yang willing nak jaga.  Walaupun mama sebenarnya nak bawak Irfan sekali..huhu kesian Irfan.


Syirah duduk kat nursery dengan kawan-kawan lain, kat tingkat bawah dewan je.  Punya lah eksen, bila register and hantar.. bye bye Mama pun tak.  Padahal mama dia sekejap-sekejap turun tengok. Hahhahaa..


Seminar ni anjuran Prof Muhaya.  Jemputan dia; Wardina dan Dr. Atiyah (anak Prof Muhaya). Antara info-info yang dapat dikongsikan bersama daripada ketiga-tiga penceramah dirangkumkan semua sekali ye:

  • Pertama & paling penting sekali : BERSYUKUR. Buat lebih dari yang patut/sunat.
  • Solat berjemaah.
  • Refleksi diri.  Muhasabah diri.
  • Senyum selalu. Niat sunnah bukan budaya.
  • Konsep minda: minda sedar & minda bawah sedar.
  • 95% minda bawah sedar menentukan kehidupan. Sebab tu kita digalakkan bercakap-cakap dengan anak perkara2 positif semasa mereka sedang tidur.
  • Ibubapa jangan LABEL anak-anak. Elakkan guna perkataan JANGAN. 
  • Semua orang ada MAGNET diri. Buat baik dengan orang, semua orang akan buat baik dengan kita. Kita beri, Kita dapat.
  • Sebelum marah anak, marah diri sendiri dulu. Anak kita cermin diri kita.
  • Amalan ahli syurga: minta maaf sebelum tido, ziarah orang sakit : 70 ribu malaikat mendoakan kita (doa orang sakit dimakbulkan Allah).
  • Keibubapaan yang baik itu berbaloi, di dunia dan di akhirat.
  • FRAME: Make yourself good, you're the best. Tulis kata-kata positif tampal di bilik anak-anak untuk dia tengok dan lekatkan dalam kepala.
  • Perkara pertama untuk diajar kpd anak-anak ialah IMAN dan TAUHID. Bagaimana? Melalui Al-Quran. Ceritakan.
  • Anak degil - jangan marah.  Kita melutut setinggi paras dia, explain dan peluk.  Kalau marah dia lagi degil dan memberontak.
  • Ibubapa perlu terlebih dahulu mantap iman, untuk membentuk anak yang beriman. 
  • Important of TOUCH. Pegang, belai dan peluk anak-anak selalu. 
  • Lepas solat, pegang kepala dan dada anak.  Berdoa dengan kuat "Ya Allah jadikanlah anak2 ku orang yang soleh...." etc etc. Depan mata anak-anak bagi dia dengar kita berdoa untuk mereka.
  • Vocabulary yang selalu kena ada dengan anak-anak : MASUK SYURGA, AHLI SYURGA.
  • Suruh anak-anak hafal surah Al-Kahfi. Ayat 1-10 pun ok.  
  • Kalau anak selalu sakit, MUHASABAH DIRI. Itu sebenarnya satu WAKE UP CALL untuk parents.  Kadang-kadang anak-anak sakit akibat kesalahan ibubapa.
  • Positive words before tido, kalau negative words akan tertinggal dalam kepala.
  • Kalau anak berebutkan perhatian.  Boleh cakap "sayang, sekarang mama nak ajar kakak buat homework, lepas ni turn adik pulak ye".  Wujudkan HOUSE RULES.


Sebenarnya banyak lagi info lah kawan-kawan, sebab 1-day seminar kan, isi penting banyak.  Ini je yang mampu saya catit dan ingat. Surah-surah banyak tapi baca je lah Al-Quran kan. Hehehe. Actually masa 1 jam terakhir untuk FAQ tu pun banyak info. Melalui soalan-soalan audien dan jawapan-jawapan yang diberikan pun kita boleh simpan dan ambik banyak ilmu.

InsyaAllah boleh pergi banyak lagi seminar-seminar macam ni lagi akan datang. Tazkirah/usrah/konvensyen pun sekarang dah banyak dianjurkan,  boleh lah join kan. Tak terhad untuk parenting. Cuma bagi yang ada anak-anak kecik, kalau event tu sediakan nursery.. sangatlah bagus. 

Dunia dah akhir zaman.. ilmu dan amalan tak banyak. Yang mana boleh kita tambah, kita usahakan.  Bukan untuk diri sendiri, untuk anak-anak dan keluarga kita jugak. Sama-samalah kita ye.

Syirah sibuk nak jumpe kakak Puteri. Dia suka dengar lagu-lagu nasyid kumpulan anak Nora ni namanya Voices of Ummi.



Last but not least, terjumpa Wardina masa nak gi toilet. I respect the way dia menuntut ilmu.  Banyak membaca, cara dia terapkan ilmu-ilmu akhirat untuk anak-anak, walaupun dia sibuk.  InsyaAllah kita pun boleh.





29 August, 2013

Raya kat Klang pula.

Sabtu malam sampai Klang, esok Ahad terus adik-beradik roger beraya.  Ye lah, sementara cuti kita cover berziarah sedara mara. Itu lah tujuan hari raya kan, kalo takat dok rumah je buat ape.  Setahun sekali je pun.  Mujur lah sedara mara belah aku ramai kat Lembah Klang.. mostly kot. Shah Alam paling ramai lah.

Opah dan cucu-cucu. Cucu lagi sorang tak balik lagi dari umah neneknya kat Segamat.


Hari raya keempat baru Mak dapat bagi duit raya kat anak-anak buahnya. Amboi kemain korang kan berebut-rebut nak salam.  Lepas dapat sampul terus campak kat mama, tak heran. Dorang ni tak reti lagi duit ni.. 


Ucu, 1st time bagi duit raya. Baru keje lah katakan..hahahhaha



Atok Mamak (adik Opah) yang kat Sg Petani beraya dengan kami tahun ni. Seminggu sebelum raya dia dah sampai. Seronok budak-budak ni sebab atok mamak rajin melaya, buat lawak semua.  


Tok Teh.  Bapak sedara Opah. Kira pangkat moyang pada Iyah & Ipan. Satu-satunya atok sedara yang masih ada.  Yang lain semua dah meninggal dunia.  Hari raya pada aku, tak meriah tanpa orang-orang tua.  Sebab orang-orang lama ni banyak kenangan bersama dorang..kalo mereka dah takde, tak rasa raya.  Tahun ni memang tak rasa raya langsung bagi aku.  Sebab orang-orang tua semakin kurang, pergi menyahut seruan Illahi.



Sisters.  




Rumah yang ke empat untuk hari tu kot.. sampai berlengas.  Rumah Pak Ngah kat Shah Alam. Tapi best kan dapat beraya ramai-ramai. 



Ini hari lain, beraya kat Shah Alam lagi. Banyak lagi umah mak sedara, cousins yang tak sempat cover. 



Ayah Ngah, Irfan & Papa.  Alhamdulillah dua-dua anak jenis tak banyak kerenah kalau beraya sehari suntuk  pun. Time tido, dorang tido.  Budak-budak ni senang je, janji perut dia kenyang, cukup susu, baju selesa.. ok je. 



20 August, 2013

Raya 2013 - Raya di Baling dulu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Mintak maaf zahir batin.

Memandangkan lemau nak update blog, kita mulakan dengan gamba ketupat palas. Tahun ni turn raya kat Baling dulu.  Sampai-sampai kampung hari Rabu pagi, dah siap dah ketupat palas nenek. Weee sedap gile. Orang utara kan raya makan ketupat palas, rendang, serunding. 



Gamba family sebelah Kedah.  Tak cukup korum. Adik yang bongsu beraya rumah suami kat Melaka.  Nenek sedih je. Raya kat Baling rumah adik-beradik satu halaman, sebelah-menyebelah je. Pagi raya tu dah round dah abis.  Family sini pulak tak beraya umah sedara-mara sangat. Dok umah je..boring jugak.



Family kecik kami.  Tema royal blue tahun ni.  Sorry lah ye buat caption je malas nak citer. Citer raya semua orang sama je kan. hahhaha 



Raya ni, kanak-kanak lah paling happy.





Dapat makan durian yang sedap-sedap.  Kat umah nenek tu ada beberapa bijik durian takde orang makan, aku balik kampung je habis licin semua. Hahha so tau lah sape 'hantu' nye.




Syirah, Irfan & sepupu-sepupu kat kampung, beraya umah nenek menakan.



Raya yang simple.  Alhamdulillah.  Syukur lah dapat menikmati Syawal lagi. 

Tema entry kali ni: Pemalas lipas.


01 August, 2013

Ihya' Ramadhan

Salam 22 Ramadhan. Tak sampai seminggu je lagi kita dah nak tinggalkan bulan keberkatan ni. Apa yang kita dah buat? #selfreminder

By the way, tadika kakak Syirah ada buat program Ihya' Ramadhan. Setiap tahun dalam bulan Ramadhan sekolah dia akan buat program ni.  Sangat bagus program untuk mendekat anak-anak tentang keberkatan Ramadhan, solat terawih, berzikir, bertadarus & macam-macam aktiviti kerohanian lagi.  Alhamdulillah, terima kasih cikgu-cikgu yang rajin melayan anak-anak kami.  Ye lah anak-anak ni kena bermalam. Program 2 hari 1 malam. Semua cikgu kena uruskan - berbuka, solat, mandi, sahur.  

Syirah duduk depan sekali, tengah kusyuk dengar kawan dia bercerita.



Solat berjemaah setiap waktu sembahyang.  Gamba pinjam dari facebook cikgu Sandra :)



Petang tu, lepas balik keje Mama sempat singgah nak tengok kakak sekejap sambil hantar juadah untuk anak-anak berbuka.  Alhamdulillah happy dia.. tak kisah nak tido situ dengan kawan-kawan.  

Masa ni baru lepas solat Asar, tengah duduk berzikir sambil tunggu waktu Maghrib.  Sejuk hati Mama tengok ahli-ahli syurga ni semua..


Esoknya, hari Khamis. Mama purposely ambik cuti semata-mata nak ambik anakanda tercinta balik dari sekolah. Sebagai dorongan untuk dia lepas berjaya bermalam kat sekolah. Tapi ramai jugak ibubapa yang tak ambik, anak-anak balik sendiri dengan van sekolah. Sedih jugak tengok, sebab kena angkat beg dan barang-barang bermalam sendiri. Lagi sedih bila tengok orang lain parents ambik, dia semua sendiri..dia nangis. Ramai jugak yang tetiba menangis. Kesiannya, sampai aku pun nak nangis tengok.  Mungkin parents pun tak dapat cuti or tak boleh ambik. Tapi pada aku, luangkan lah sedikit masa tu untuk anak-anak sementara dia kecik ni.. nanti bila dah besar tak dapat peluang camni.  Rugi..

Untuk Syirah yang berumur 6 tahun pada aku kira kecik untuk bagi bermalam..kira nya macam kem motivasi kalo kat sekolah menengah. But Syirah did it!

I am a proud mom.



19 July, 2013

Shopping raya sebelum puasa.

Salam.

Hari Selasa, sehari sebelum kita puasa tu Papa ngan Mama cuti. Papa cuti sebab baru balik dari outstation, Mama pulak sebab kakak ada program Jom ke Masjid.  Memandangkan halfday je program kakak dan papa pun dah janji nak bawak shopping raya sebelum ramadhan, maka kita lunaskan hari tu. Konon-konon lah kan dapat melunaskan hihihi... knowing mama ko ni kalo pilih barang tak tentu terus beli. Makan masa, tak caya tanya papa ngan auntie Ila hahahhaa

Mama respect orang yang boleh pegi kedai, pilih-pilih kenan terus bayar. Ok je. Senang je. Kalau lah mama boleh jadik camtu. Masalahnya tak boleh.  Mesti lama and tak puas hati, nanti pergi lain kali bla bla...huuuu

Adik siap-siap dok dalam stroller, sebab mama dah bajet time dia nak tido kejap lagi.  Kakak rajin nak tolong tolak.  Kat Setia City Mall ni, banyak kedai. Sebab nak gi H&M sekali..baju budak2 situ not bad.



Apa-apa hal, isi perut dulu. Just nice sampai tu lunch time.  Tengok balik gamba makanan time bulan posa ni memang lah mengundang perut berbunyik. Nyum nyum...Delicious! Makan kat Delicious.



Saya antara salah seorang manusia yang sebelum makan, pasti amik gamba makanan. Hahaha.. Eh, tapi takpe, saya ada geng. Suami saya pun begitu juge. Tak menahan laki ku amik gamba steak dia. Tapi dia kadang-kadang je lah, yang selalu tu saya yang buat.  *tutupmuka*



Anak-anak share makan fish n chips. Lapa ye...sian.



Aktiviti wajib.  So memang dah prepare duit syiling sebelum pegi...



Alhamduilllah dengan rezeki yang ada, dapat lah beli secara sederhana apa yang perlu. Untuk anak-anak je lah yang lebihnya, papa mama selai pun jadik lah.

Tapi itu pun, tak dapat semua untuk anak-anak. Kena pergi Sogo gamaknya..hahaha kan dah kata Mama ko memang camni.  Lagipun sian kat Papa dah tak larat nak ikut, dah la dia baru sampai dari Kedah. Thank you Papa belanja shopping. Untuk anak-anak papa jugeekk.


18 July, 2013

Ramadhan Kareem 2013

Alhamdulillah.  Diberikan kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan lagi tahun ni.  Syukur Ya Allah.

Ramadhan bulan mengumpul pahala berganda-ganda. Buat sikit, ganjaran banyak. Nak buat ngan tak nak je lah itu tanya diri sendiri. Jangan nak salahkan syaitan pulak, syaitan dah kena kurung. #muhasabahdiri#

Alhamdulillah hari ni dah 9 hari kita berpuasa. Kalau ikutkan fasa ramadhan 10 pertama adalah RAHMAT.  Macam ni:

•Fasa Pertama - Rahmat Allah.

•Fasa Kedua - Keampunan Allah.

•Fasa Ketiga - Bebas daripada Api Neraka Allah.

Keutamaan 10 hari pertama Ramadhan.

Pada 10 hari ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari diturunkan rahmat daripada Allah kepada manusia.Pada 10 hari pertama ini juga kita akan mendapat limpahan pahala dari pelbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.

Keutamaan 10 hari pertengahan Ramadhan.

Fasa kedua ini Allah banyak memberikan maghrifah atau ampunan .Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyakkan zikir dan meminta ampun agar semua dosa-dosa kita diampunkan dan taubat kita diterima Allah s.w.t.

Keutamaan 10 hari terakhir Ramadhan.

10 hari terakhir ramadhan ini adalah yang paling dinanti natikan orang soleh dan yang beriman kerana pada 10 malam terakhir inilah turunya Lailatul Qadar sehingga disebut dalam Al Quran tentang kehebatan malam lailatulqadar.Pada 10 malam terakhir ini juga pintu-pintu tertutup rapat.

So setakat 9 hari ni, setakat mana peluang yang kita dah grab? Rugi kan rasa kalau tak penuhi dengan amalam sebab pahala berganda. Ya Allah rugi sangat rasa tapi kadang memang tak buat pun.  Jangan sibuk makan je bulan puasa ni. Sibuk menu apa, makan apa.  Kalau ada anak yang dah berpuasa, yes itu perlu kita fikirkan sebab nak support dia. Kalau fikir perut sendiri, makan je lah yang simple-simple.

Setakat ni (untuk diri sendiri), Quran baru nak masuk juzuk 3. Sempat ke nak khatam? Mesti ramai yang dah nak dekat abis kan. Jeles jeles.  Terawikh alhamdulillah kat umah je dengan suami. Anak-anak seakan memahami, dorang kadang-kadang ikut kadang-kadang main sendiri.  Bukan lama pun 8 rakaat, campur isyak 4 rakaat. Surah pendek-pendek ok je tak sampai setengah jam.  Teringin sangat nak terawih kat masjid, tapi keadaan beranak kecil belum mengizinkan.  InsyaAllah. Alhamdulillah jugak bulan puasa sebab bangun sahur sama-sama dapat lah jemaah Subuh dengan suami.

Untuk mak-mak, paham kita ni banyak kerja. Nak masak, tengok anak, kemas, lipat kain. Takde peluang nak beramal ibadat lebih.  Takpe, jangan gusar... ganjaran Allah tetap ada. Kita masak berbuka untuk family pun berapa banyak pahala?  Syurga tak jauh kan, bawah telapak kaki kita je :)

Selamat berpuasa dan beribadat.

08 July, 2013

It's my Birthday.

Alhamdulillah diberi peluang lagi oleh Allah swt untuk bernafas di dunia sementara. 

Alhamdulillah dikurniakan suami, anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan yang baik, budiman yang menyayangi diri ini. Syahdu lak rasanya.  Di usia yang semakin bertambah, takde apa yang perlu dimintak atau diingatkan melainkan untuk menambah amalan sebagai bekalan di hari akhirat.

Semoga dengan segala nikmat-nikmat ini Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik untuk beribadat kepadaMu, berbakti untuk suami, emak dan anak-anak dan tingkatkan iman mudah-mudahan hambaMu ni istiqamah jauh dari kemungkaran dan dekatkan ku dengan syurgaMu.


Terima kasih sahabat-sahabat,  Ila dan Kak Ila yang buat surprise birthday 26 June,
during lunch hour.




Terima kasih officemates dan bosses yang belanja kek waktu petang hari yang sama.



Malam pulak, suami bawak dinner untuk celebrate birthday mama dengan anak-anak. 
Kad daripada suami dan anak-anak. Ya Allah syukur.




Dalam masa sehari, sampai 3 kali diraikan dah tua-tua camni kan. I am blessed Ya Allah.


Esoknya, ada lagi orang belanja lunch kat De Chiangmai Thai Restaurant, Sg Buloh. 




Terima kasih yang wish kat FB jugak..


 

I am a happy wife, a happy woman. Sesungguhnya aku bersyukur yang tak terhingga padaMu Ya Allah atas segala nikmat, rahmat, diberikan keluarga dan kawan-kawan yang sebegini. Engkau rahmatilah mereka dan berkatilah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Amin.