Advert




02 September, 2008

Coklat vs Kuih

Mana satu best?
Dua-dua pun best. Lagi-lagi kalau yang bagi tu orang yang special kan. Hikhik. Encik Azmi selalu bagi coklat Ferrero Rocher time dia balik. Kadang-kadang dia letak dalam beg aku, kadang-kadang dalam drawer. Oohh penah sekali, letak atas katil time aku balik Kedah. Encik Azmi memang suka wat surprise. Aku memang tak reti, kan penah mengaku dulu.

Jumaat lepas, dapat lagi. Tapi yang ni tak surprise dah sebab Encik Azmi dah kol awal-awal cakap "dah lama tak bagi coklat kat Mama kan?". Tapi tempatnya still surprise sebab masa balik keje bukak drawer meja solek tu ada coklat. Thank you! Mmmuah. Ok dah abis citer coklat.

- Siap kotak love..-

Kuih cucur jawa. Penah dengar? Aku pun sejak kawen dengan orang Kedah ni baru tau. Ni kuih orang kedah kot. Sedap, aku suka sebab mak mentua yang selalu buatkan. Time aku balik Kedah je, dia mesti buat. Kalo tak balik pun, dia kirim kat Encik Azmi suruh bagi aku. Kirim bukan sikit2, banyak ok. Tapi itu lah mak mentua aku rajin masak. Apa aku nak makan je, dia buatkan. Untung tak? :P

- Ni lah rupa kuih cucur jawa.
Dah abis makan separuh, kalo tak penuh -

Tima kasih untuk suami dan mak mentua ku. Dua-dua sedap!!

2 comments:

shafa said...

kuih jawa...??
1st time tgk..
mst sedap kan...

mama-syira said...

sedaaappp...slurrpp