Advert




28 June, 2009

Bintang Sidewalk Cafe

Masa kitaorang balik dari Genting hari tu, on the way balik dah kul 2pm. Singgah lunch dulu sebab nak masak dah malas kan sebab penat. So abang aku suggest makan kat Seksyen 7, Shah Alam. Sebelah dengan Pasaraya Bintang tu ada cafe nama Bintang Sidewalk. Tempat dia memang la cozy... jom kita cekidaut... layannnn...


Menu teramat banyak..sampai tak tau mana satu nak makan/minum

Dalam banyak-banyak tu, nasi ayam yang aku pilih. Lagipun nak share dengan Syirah, dia suka nasi ayam.
See, sangat ibu mithali tau..

Papa mesti aim kambing..


Laksa semangkuk besar ha.. maklong punya


Opah makan western you.....

Mee bandung pilihan Ayah Ngah

Air ni cantik tapi tak tau sedap ke tak.. tak sempat rasa aritu


Nape kah aku terkejut? Tengah nak ngapp ayam


Papa: Pastu superman pun datang untuk selamatkan orang yg kena langgar tu
Ayah Ngah: (betul ke ni..cam tak caya je)

Semua tengah melayan kerenah Syirah...

Overall, makanan di situ tak la sedap sangat. Sedang-sedang je. Perlukan improvement. Cewahh.. nak try boleh la, tapi nak datang lagi.. mumkin tidak. Sib baik Ayah Ngah yang belanja...selamat...muahahhaa..

26 June, 2009

Birthday Mama-Syira

Hari ni birthday saya tau.

Takde sape nak wish ke? Hehehe

Papa orang pertama wish, nak jadi orang pertama punya pasal, kul 11.59pm dah masuk sms Papa. Hehe.. Thank you cayang..

Kawan-kawan yang lain yang wish, tima kasih banyak.

Dah bertambah usia ni harap makin bertambah segala-galanya.. amin.

25 June, 2009

Album di Genting Awana

Jom lah tengok album gamba ni. Weekend lepas kami sefamily berehat di Awana Genting :)


View dari apartment kami

Bangun tido je dah nak posing..sejuk tak Syirah?


Bilik tido kami

Ruang tv dan tempat makan
Sebelum gi jalan, nak amik gambo dulu


Mama tengah beratur nak beli tiket naik Skyway



Tengah tunggu turn naik Skyway..beratur panjang beb!


Syirah tak heran dekat clown.. ingatkan dia takut..


Mama dengan clown yang over
Dah dalam Skyway.. woohooo


Opah tengah tahan takut.. sian Opah kena paksa naik. abih takkan nak tinggal. sib baik ok.

Keterujaan Mama..

Sian anak aku kena buli..

Suka la dia dapat naik goyang-goyang

Pening woohh naik ni...

Syirah punya pasal, Mama buat-buat la cool

Ayah Ngan ngan Ucu tengah melawan pengganas.. muka tak ganas pun! ceh.

Syirah ngan Maklong


Macam honeymoon daaaaaaaaa


Percaya tak, kitaorang tak beli makanan sepanjang kat sana sebab mahal. So dah siap2 bawak spegeti.


beserta lauk-pauk. tinggal masak nasik je.

PIC OF THE DAY: Time ni kitaorang tak perasan Syirah dah tertido. Masa tengok balik dalam camera baru tau. Boleh pulak aku snap pic ni tak perasan anak tido. Syirah ni tak pandai meragam sampaikan dia tido tegak pun kami tak perasan. Sorry Syirah...

Kat tempat games dalam hotel Awana. Orang lain tak balik lagi dari main kat atas puncak Genting.
Yang tinggal Opah, Mama, Papa ngan Syirah.

Kena la bawak minah ni jalan-jalan kat bawah

Naik tren lah, ape2 lah... layankan..


Anak Papa... berkepit je. Cubit montot kang..(montot anak ye bukan bapak)

Menikmati suasana petang...hmmmm nyaman

Syirah kat luar lobi Awana

Jalan-jalan lagi kat golf course

Dua beranak yang happy...

Group photo before leaving

Ok itu je yang sempat diupload. Overall, sangat happy dapat berkumpul sekali sekala camni. Selain dapat menggembirakan semua orang, dapat jugak rehat2. Adiosss...


24 June, 2009

Selamat Hari Papa

Lambat nak wish papa tapi dah sms awal-awal hari tu. Selamat Hari Papa untuk suamiku dan Papa kepada Syirah. Semoga terus menjadi Papa yang suka menyakat, suka geletek n tarik hidung orang, kadang-kadang banyak keje terus tension. Pastu ingat janji-janji Papa. Ok. Kami sayang Papa.

Nak letak gamba mengades-ngades ni bagi melambangkan keakraban kami. sila jeles. kahkahakaha..

p/s: sambut Father's Day kat Awana Genting. Nanti kita story mory.


19 June, 2009

Syirah in action



Style senyum terbaru Syirah - mulut muncung-muncung..haha
I love this smile..
Sekian sahaja aksi-aksi Syirah dan Papa tumpang posing dalam 4WD baru Ayah Cik. Tak bergerak pun takpe, janji dapat naik. Orang bisnes punya kereta stok lori sebab nak bawak barang-barang.

17 June, 2009

Happy Birthday Anis :)

Entry kali ni pun pasal celebrate birthday. Kali ni birthday lagi sorang kawan baik aku dari zaman belajar kat UiTM dulu iaitu Cik Anis. Dia single n available tau . Hehe...
Sebenarnye event ni dah lewat sebulan dari birthdate Anis yg sebenarnya. Birthday Anis sepatutnya 12 Mei tapi sebab byk sangat komitmen lain, terpaksa lah ditunda ke sebulan lepas tu. Tapi takpe yang penting kita celebrate jugak kan... (eh aku bengang betul dengan laptop ni! b*&%h betul...) *iklan*
Anis buat kat Brisik Cafe, Jaya One,PJ. Makanan indonesia. Sedap lauk2nya (ke sebab free?).. pastu ambience pun best ditambah lagi meja kitaorang kat sudut tepi tu so boleh buat cam umah sendiri. Borak kuat2, gelak besar2 dan tumpahkan air pun tak malu sangat (kerun Rasa macam kat Bali sebab muzik Bali berkumandang. Bunyi gamelan. Lagi best, Syirah sangat behave tak buat hal dan boleh 'ngam' ngan auntie2 semua. Siap borak2 sakan lagi.

Apa kata kita tengok gamba2 je sebab aku tak sempat nak type panjang lebar. Last but not least, thanks to Anis for the treat. Sangat sedap. Thanks jugak kat korang semua sebab tolong aku jaga Syirah. Kerun n Oja yang tolong angkatkan stroller. Hehhee.. Korang best. I love u all.