Advert




02 June, 2009

Tak susah nak bersyukur

Kawan-kawan, pagi tadi aku keluar ke tempat keje awal dari kebiasaan. Selalu aku keluar kul 6.50 pagi drive keta ke stesen komuter. Pagi tadi, luar biasa awal iaitu 6 pagi aku dah keluar sebab ada keje kena buat kat ofis.

On the way aku drive tu, dalam kegelapan subuh pagi... dengan takde kenderaan yang lalu-lalang, aku ternampak sorang perempuan. Bukan sorang tapi sebelah tangan mendukung bayi dan sebelah tangan lagi memimpin budak kecik yang jalan pun tak berapa nak betul. Baru pandai berjalan rasanya. Gaya macam nak pergi hantar ke rumah babysitter. Ya Allah... aku nak stop keta nak tumpangkan tapi terlajak lepas tu tak berani pulak nak tumpangkan orang tak dikenali sesuka hati. Zaman sekarang yang banyak kes modus operandi yang tak diketahui ni kan, berjaga-jaga lah jugak.

Tapi serius, aku kesian gile! Kesian kat budak 2 orang tu. Pagi-pagi dah diheret jalan kaki bila mak ayah nak mencari sesuap nasi. Mungkin dia baru je bangun tido..atau masih rasa mengantuk nak tido tapi terpaksa dikejutkan oleh maknya. Aduiii kesian ya amat, terus airmata mengalir. Kalau lah ada orang jahat apa-apakan diaorang? Mana ayah dia eh? Nape ayah dia tak hantarkan? Motor takkan takde, at least? Jalan kaki ni pagi-pagi..kecik lagi.. siap gosok2 mata. Arghhh siannnnnn.....Lain kali kalau aku nampak lagi, aku rasa nak berenti lah. Nak tanya. Ok tak agaknya? Tak mungkin orang jahat, situ kawasan kampung je.

Dari kisah tersebut, aku memanjatkan syukur tak terhingga ke hadrat Allah bila aku tak perlu nak kejutkan Syirah awal-awal pagi. Boleh biar dia tido dengan lena sebab tinggal dengan Opah sendiri. Syukur bilamana Mama ada kereta nak bawak Syirah pergi mana-mana, takyah jalan kaki di subuh hari macam anak orang tadi. Alhamdulillah, aku selalu kesian kat Syirah kalau dia tak dapat apa-apa tapi anak orang lain lagi kesian. Mungkin kisah pagi tadi bagi pengajaran kat aku jugak supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

4 comments:

NeenaAnuar said...

yup betol tuhh... kite nie selalu lupa yg mana... kalau kite rasa kite susah... ade org lagi susah dari kite.. kalau kite rasa kite senang.. ade org lagi senang dari kite... so better kite pandang org yg bawah pada kite so that kite akan lebih muhasabah diri..... and jgn lar kite pandang org yg atas pada kite kerana kite akan alpa dan sentiasa tak puas hati ngan apa yg kite ade...

Mya said...

huhu... baca pun dah sedih.. :(

mama-syira said...

Neena,
sangatlah betul pernyataan ko tu. jangan nak compare dengan orang yang 'lebih' dari kita. tq for sharing :)

mama-syira said...

Mya, kalo tengok lagi sedih.. menangis terus.