Advert




11 June, 2009

SS14 '01 Reunion - Group W

Citer ni dah agak basi. Derna ngan Neena dah lama citer dalam blog masing-masing. Aku je yang ketinggalan. Tak sempat memang bz tahap gaban.

Nak dijadikan cerita, akhirnya plan Anis dan aku berjaya bilamana kitaorang dapat mengumpulkan walaupun tak semua tapi majoritinya dapat hadir. Bertempat di Nailis Place, Taipan USJ kami dapat get-together setelah lebih kurang 8 tahun tidak berjumpa. Sejak grad dulu lah yang last. Tapi macam aku selalu sangat jumpa Anis, Kerun n Oja. hehehe. Derna pun sama (dah satu opis..ekekke). Yang lain-lain tu memang tak jumpa dah.. masing-masing banyak lah cerita terkini dan sensasi, macam Kelly nak bertunang dah tak lama lagi. Weeewiiitt..

Alhamdulillah misi untuk berjumpa berjaya. Kami plan untuk buat sesuatu yang lebih gempak tapi itu kena tanya Neena. Baik-baik tau...dia garang kalo korang nakal-nakal :P hahaha.. Rindu sangat kat kawan-kawan semua, rindu kat kenangan lama during study time. Ye lah boleh dikatakan group W ni rapat antara satu sama lain sebab kitaorang remain in the same group selama 3 tahun belajar. Whatever it is, TOGETHER WE UNITE AS A FAMILY!


Doorgift yang ada macam2... done by Cik Anis

Antara yang terawal sampai.. harus lah posing dulu

Syirah nak order ape? Auntie Anis belanjer..

Sehati sejiwa katanya.. hehe

Syirah jumpa kawan baru, ni anak Fendi

Kemain lagi dengan kak Icha, ni anak Yati

Papa jaga Syirah bila Mama tengah huhahuha dengan kawan2..TQ darling

"bestnye ko Kelly nak tunang dah.. kitaorang pun teruja ni"


kecoh jadinya bil sesekali berjumpa


Derna as Cashier for the day.. hehe

Group photo!!

Majlis start kul 5.30pm berakhir dalam kul 8.00pm...dalam kereta Syirah dah merengek nak nenen.. pastu tukar baju tido dia terus tido dalam keta.. hehehe.. see, anak aku tido mesti nak awal. Korang, nanti kita jumpa lagi ye kalo panjang umor dan murah rejeki!!

1 comment:

Mama_Aqish said...

masukkan lah anak u contest TUTU tu mana tau ada rezeki leh menang