Advert




01 June, 2009

UiTM Di Hatiku

Semalam, ada kenduri kawen jiran sebelah je dengan umah. Of course lah kena tolong kan, walaupun aku banyak tak tolong..ada anak kecik maaa... anak-anak dara lah kena wat keje. Muahaha best tul dpt ngelat camni.

Semalam juge, dalam kul 2 petang tu pulak, aku kena bergegas pegi Shah Alam, kena amik jubah. Jubah ape? Tunggu hari Rabu nanti. *wink wink*. Pastu kan aku tak tau nak letak Syirah kat mane, wah letak tu.. sian anak aku. Dlm rumah aku memang takde orang nak mintak tolong, sian pulak kat mak. Semua bz kat umah kenduri. Papa Syirah tak balik.. so aku terpaksa hangkut Syirah sekali gi Shah Alam nak amik jubah tu.

Sesampainya kat Menara, aku tergamam. Mak aihh ramainye orang!!! Beratur panjang giler, pastu panas (walaupun dalam bangunan). Aku terkedu ni, sebab bawak Syirah..camne aku nak q panjang-panjang, Syirah pulak cam nak tido je. Dalam 10 minit aku berfikir, aku tak masuk pun dalam barisan panjang tu sebab aku tak sanggup. Aku dok tepi bagi Syirah main-main tangga dulu, sambil aku cari idea. Pikir nak call adik aku soh dtg amik Syirah ke nak pegi umah makcik aku kat Sek 7 untuk tolong jaga Syirah..macam2 aku pikir. Memang helpless time tu.

Sesungguhnya Allah tu Maha Kaya, aku ternampak pakcik security tengah jaga barisan panjang tu, aku pegi kat dia, "Pakcik, bleh tak saya terus pegi depan? Saya bawak anak ni, berdua je ni..takde orang nak pegang dia". Pakcik tu leh pikir dulu yg aku kelakar tu "emmmmm orang ramai ni dik". Hahha pakcik oh pakcik sebab orang ramai giler lah saya mintak tolong jasa baik pakcik. Then, datang pulak budak pompuan pregnant tanya soklan sama cam aku. Alhamdulillah pakcik tu bagi kitaorang berdua ..eh eh berempat (including Syirah ngan baby dlm perot) naik dulu.

Bila dah naik tu rupanya kena beratur jugak walaupun tak panjang but still kena beratur. Pastu dlm 5 minit beratur tu, ada sorang staff UiTM panggil aku.. "mari sini, mari sini" Dia bawak aku ngan Syirah masuk office berhawa dingin yang sangat nyaman! wahhahaha udara udara! Tak sampai 3 minit dia settlekan form aku semua pastu dia suruh turun bawah amik jubah.

Maka aku ngan Syirah turun pulak ke bawah untuk ke bilik amik jubah. Kat sini takde beratur panjang. Masuk line je terus masuk bilik jubah tu, budak2 kat situ punya lah baik. Dia nampak aku dukung Syirah je.."kak kak, meh saya amikkan jubah akak. Nah kerusi duduk dulu..." Amboi 5 star service lah.. dah lah adik-adik tu handsome-handsome, baik pulak tu. Pastu sorang lagi staff yang baik hati suruh aku turun kat tangga yang paling dekat, orang lain tak dibenarkan lalu situ, aku je dia bagi.

Alhamdulillah dalam masa tak sampai 1/2 jam selesai urusan. Kalau tak, aku budget dalam 2 jam baru settle kot. Kesimpulan dari kisah semalam yang hangat ni, aku bersyukur kerana staff-staff sempena konvo UiTM bagi service yang sangat baik pada orang-orang yang memerlukan cam aku. Syukur jugak bawak Syirah kan, penyelamat! Hehe. Sib baik dia tak mengamuk walaupun panas+mengantuk.

Semata-mata nak amik benda ni, nak tengok aku pakai..tunggu lagi 2-3 hari.. Semestinya UiTM Di Hatiku...

7 comments:

mummysya said...

jgn lupa...

Kami nak nengok, kalo boleh possing dgn syira sekali tau...

Farihah said...

Farah...
nak congrates awal2 la..
Congratulation ye Farah..dah degree dah..tak seperti diriku ini..*sob...sob*

mama-syira said...

Shikin, akan ku pastikan gambo ade... memang impian konvo mesti ada anak tu..haha

Farihah,thank you very much :) aler jangan la cakap gitu. mana nak tau in future kan..

AdanyaKauUntukku said...

congrats..tiba2 akak tersantap..sob sob

mama-syira said...

Kak ILa, jangan begitu..marilah kita happy2..

Mya said...

wah congrates2... :)

mama-syira said...

Mekacehh Mya ;)