Advert




10 August, 2009

Belajar menulis

Syirah sekarang dah sampai ke peringkat yang nak start menulis. Dinding rumah sudah ada yang tercela. Tak pasal-pasal Mama kena beli cat nanti sebab Opah kata buruk dinding umah dia. Bukan takde buku ngan pensil...tapi dia tetap berkenan kat dinding. Budak-budak kan?

Bila dapat tahu anak dah nak start menulis, parents yang prihatin macam kami (uwekk) pun cari lah alternatif lain yang buatkan dia nak menulis selain buku ngan pensil. Makanya, anak kesayangan telah mendapat Aqua Doodle daripada Papa tersayang beliau. Best eh budak2 sekarang, apa nak dapat sekelip mata macam magic. Mama dulu takde menda2 ni semua nak oi....universiti gak peginye. Takpelah, rezeki anak. Alhamdulillah.

Tadaa.. ni lah rupa bentuknya Aqua Doodle tu. Bleh beli di pasaraya berhampiran anda, harganya RM49.90.


Jangan risau, ada instruction kat belakang kotak. Dalam kotak ni ada sekeping kain putih bergamba di tepi2 macam border, dia tulis ABC. Di tengah-tengah pulak ruang kosong untuk menulis. Disertakan sekali sebatang pen yang dakwatnya memerlukan anda mengisi air ke dalam pen tersebut. So memang tak bahaya untuk kanak-kanak. Sebab ink nya hanyalah air sahaja. Pastu bila tulis atas kain tu, akan kering sendiri. Takyah nak padam guna rubber ke, ape ke. Ok clear?

Papa suruh tulis lah Syirah. Opah dia ajar celup tangan dalam air pastu tekan atas kain tu. Lantaklah. Beria-ia dapat benda baru, duduk pun tak nak, siap cangkung. Tapi sekejap je lah excitednya. Pastu dah boring, dia tak heran dah....huhuhu. Once in a blue moon dia cari lah balik tu. Ikut mood dia.


No comments: