Advert




20 August, 2009

Selamat Datang Ramadhan

Ramadhan datang lagi... tak sabar nya kan? Satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Sebab bulan Ramadhan meriah sebab banyak bazar Ramadhan dan bila malam semua masjid/surau penuh. Bestnya dapat pergi terawih tapi kalau niat terawih kalau untuk bermeriah, tak boleh. Lagi pulak dah 2 tahun tak dapat terawih kat masjid sebab ada anak kecik, kat rumah nak buat malas. Buruk perangai. ish ish.. ye lah lepas buka posa, nak mengemas, layan anak.. bla bla tup tup dah penat ngantuk sume pastu tido. Esok nak bangun awal pulak untuk sahur. Tahun ni nak cuba usahakan.

Di kesempatan ini, nak mohon maaf pada semua kengkawan atas salah silap perbuatan mahupun perlakuan. Semoga kita dapat sama-sama merasai keberkatan Ramadhan kali ini. Jom kita review semua pasal puasa sebelum kita nak melangkah ke bulan Ramadhan 1 hari lagi!!

Faedah Puasa
a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin

b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan

c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin

d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah

e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji

f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri

g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan

h) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sunat-sunat puasa
a) Makan Sahur serta melambatkannya

b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis

c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa

d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar

e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan

f) Membaca Al-Quran

g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan


Perkara makruh ketika berpuasa
a) Berbekam

b) Mengeluarkan darah

c) Berkucup

d) Merasa makanan

e) Bersugi selepas gelincir matahari

f) Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa

b) Makan dan minum sepanjang hari

c) Muntah dengan sengaja

d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja

e) Keluar darah haid & nifas

f) Gila

g) Pitam atau mabuk sepanjang hari

h) Murtad


Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
a) Musafir

b) Sakit

c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak

d) Tua


Keistimewaan Bulan Ramadhan
a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b) Allah merahmati orang yang mengimaninya
c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d) Iblis dipenjarakan
e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.


Menghormati Bulan Ramadhan
a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.

b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa ketika berbuka puasa:
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

source: http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/puasa.htm

No comments: