Advert




07 August, 2009

Kawanku kawen

Wedding yang telah berlangsung seminggu yang lalu. Kawan baik aku ni nama Hajar, kenal masa buat part time study dulu. Dulu dia sibuk takde boyfriend lah ape lah, tapi tup tup after konvo je dah kawen. Alah Hajar, kalo dah jodoh tak ke mana.

Aku drive ditemani co-driver Syirah je pada hari tersebut. Majlis berlangsung kat Dewan D'Kelana, Kelana Jaya. Sib baik dokek yo dengan umah, kalo jauh harus tak dapat pegi. Syirah behave di dalam keta dan seterusnya behave di tempat kenduri. Kenduri pun dalam dewan besar berhawa dingin so nyaman dan lapang.


Konon-konon nak jumpe kengkawan lama time part time study tetapi hampeh. Semua dah balik..teruk betul la dorang ni kata nak jumpe. Yang ada di kala itu hanya lah Farha, Riza dan Ila. Vah vah Ila sudah bawak baby barunya. Dapat gak aku menggeram kat Laila Adrianna (nama baby). Tak padan dengan pantang 41 hari ko Ila ye... ape ada hal kan. Sihat walafiat kedua-duanya.


Newly proud Mummy Ila (pasni sila bukak balik blog hehe)

Eh tak citer pasal pengantin. Hajar manis berbaju kebaya kaler orange lembut ala-ala peach kot. Cantik baju dia..i loike. Hajar ni selamba orangnya. Tak pernah mekap so bila jadi pengantin nampak lain sangat la muka dia. Siap panggil husband dia 'psst psstt'. Ko ni kot ye pun..... hahaa..tapi tak dapat bergamba dengan pengantin lelaki sebab sibuk berjumpa kawan masing-masing.

Selamat Pengantin Baru to Hajar and hubby. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Harap ko suka lah dengan hadiah aku yang tak seberapa itu. Cecepat mengandung...ha direct baru best. Alhamdulillah dan Tahniah.

2 comments:

Ary Arif said...

ha...eaa ingat, yg pernah blaja same2 tu kan??

mama-syira said...

ha'ah, dulu kak dina bawak eaa study tu dengan dia sekali..