Advert




29 September, 2009

Kehilangan lagi..

Baru je seminggu atok meninggalkan kami, Opah pula menyusul. Ni Opah kat kampung Ulu Yam. Nenek sedara tapi dah anggap macam nenek kandung sebab dari kecik dia jaga kitaorang. Masa aku kat tadika pun dia tunggu.
Ingat tak entry Pergi Tak Kembali? ada gambo Syirah dengan moyangnya. Rupa-rupanya itu lah gambar terakhir.

Opah pula 'pergi' ikut atok selepas seminggu. Patut lah arwah ada cakap kat anak-anaknya "mak nak ikut abah korang ni". Dalam masa 2 minggu, 2 kehilangan. Can u imagine? Padahal Opah takde la sakit pun. Cuma sakit orang-orang tua je lah. Memang mereka sehidup semati. Arwah Opah meninggal dunia 2 hari sebelum Raya. Hari Jumaat, kami semua sekali lagi bergegas balik kampung di Ulu Yam. Perasaan sukar diungkap dengan kata-kata. Nampaknya hari raya kami dah tak meriah sebab kat kampung Ulu Yam dah takde sape nak gi ziarah.

Am speechless.


Arwah Opah memang happy orangnya.. gambo seminggu sebelum puasa

3 comments:

NeenaAnuar said...

Al-Fatihah....

Takziah buat ko sekeluarga Farah.. harap2 ko tabah menghadapi ujian Allah nie...

mama-syira said...

thanks Neena.

c a b b i e n a said...

alFatihah
semoga opah & atok ditempatkan dikalangan yg beriman...