Advert




27 January, 2010

Pastamania

Korang penah makan kat Pastamania? Tak banyak kot outlet dia kat Malaysia. Kat Jusco Bukit Tinggi ada. Walaupun dah beratus kali lalu lalang tapi tak penah pulak terasa nak masuk.
Nak dijadikan citer, ibu mengandung ni teringin nak makan risotto. Bukan calang-calang punya mengidam, terus nak makanan Itali konon. Risotto yang aku idamkan ni aku penah makan kat restoran yourchef.com kat Bank Rakyat, Jalan Tangsi sana. Masa pegi lunch dengan officemate haritu, rerupanya dah tukar management la. Risotto takde dah dalam menu! Hampa saya.
So weekend masa Papa balik, kenen la pegi Pastamania selepas diberitahu oleh Puan Ramlah kat situ pun ada risotto. Excited ni nak tunggu risotto. Gemuk kan saya? Makan tanpa henti kecuali masa tido.



Makcik kenit ngan Papa dia ni pilih order sikit punya lama. Tah hape yang dibeleknya menu tu. Dah la berkepit je. Kemain lagi hangpa no...


Conquer menu.. macam tau sangat baca kan. Syirah nak makan ape? Dia jawab "mama..jom la, Iyah dah enyangg". Syirah yang kenyang, Mama lapar tau. Sebenarnya agenda dia nak main goyang-goyang (ala games yang masuk duit syiling pastu ko naik la kuda ke, ape ke tu)

Mushroom sup dia sungguh creamy.. sedap. Lemak berkrim. Itu Syirah punya. Tapi Mama yang habiskan. Ngeeee..



Ni lah rupa risotto kat Pastamania. Malangnya rasa dia tak sama macam kat yourchef.com. Tak sedap. Pulak tu aku pregnant ni takleh makan ayam. Finally. tak luak pun. Tapau bawak balik. Huhuhu. Papa punya pizza. Ok boleh diterima tekak.

24 January, 2010

POTONG!

Akhirnya, setelah berkali-kali di'sound' oleh Opah yang tak tahan melihat rambut cucunya berserabai, Syirah dibawa ke kedai gunting rambut. Dah biasa gi kedai nyonya ni so takyah cakap banyak dia paham la nak potong rambut budak pompuan.

Takut gak memula tu. Tapi tengok Syirah relax je, so Mama pun lega. Nyonya ni pulak kemain bising mulutnya... pandai la mengambil hati budak supaya tak takut. Kejap je potong tak sampai 10 minit, siap! Dah rambut pun halus nipis.

Tadaaa! Ni lah hasilnya. Rambut bulat Syirah. Hehhe.. nampak kemas sikit dari sebelum ni. Nanti dah besar sikit, kita bela rambut panjang sikit baru nampak gegirl, ok Syirah?

18 January, 2010

Belacan @ Tanjung Dawai

Ni kisah hujung tahun lepas. Lagi? Ye ye lambat sangat citer nya. Tapi at least keluar jugak. Korang tau tak Tanjung Dawai tu kat mana? Ada apa kat sana? Ok mari kita telusuri bersama.

Tanjung Dawai terletak di Sungai Petani, Kedah. Kawasan tepi laut tempat nelayan. Makanya, kat sini adalah lubuk ikan masin, udang kering, belacan dan pelbagai lagi hasil laut. Tempat makan yang popular (ikan bakar) pun ada kat sini. Tapi tak sempat makan lagi, mungkin lain kali.

Deretan kedai dia ala-ala kat Pasar Payang Terengganu. Tapi tak la besar macam Pasar Payang. Sederhana besarnya. Gambar kat bawah ni Syirah bukan tido tapi mengada kan, dalam kedai pun nak berdukung siap pejam mata. Eksen ye dengan Mama! Wah tetiba marah tanpa sebab. Takkan Mama nak dukung gak kot?


Akak kedai ni baik, peramah & pandai layan customer.. ater beli banyak kan. Kasi service baik punyee.. laju je amik kan barang berdesup, timbang-timbang sap sap soi siap. Dia tokey, husband dia pembantu. Camtu pulak ye..

Orang dok sibuk shopping, dia pun nak jugak pilih. Tah ape keje dia senyap-senyap je tu. Budak ni senang, bawak jalan ok je. Padahal baru nak terlelap dalam keta dah kena kejut. Bangun terus ceria. Macam astro ceria.

Sesi membungkus dan Papa tengah ready nak kuar duit. Akak ni bagi extra keropok-keropok free. Alhamdulillah rejeki.



On the way nak balik, singgah jap Pantai Merdeka. Korang mesti penah dengar lagu Cinta Pantai Merdeka, baru ku tau sini datang ideanya. Time ni panas terik tapi sebab sian kat Syirah nak tengok bot. Singgap jap je bagi dia tengok laut ngan bot. Pastu ada buai pulak. Feeling bercanda tapi panas ya amat. Tak sampai 10 minit pastu tak tahan dah...


Begitulah kisah Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka yang sempat kami singgah masa bercuti kat kampung hari tu. Kalau korang sampai ke sana, nak bawak balik ole-ole untuk mak.. boleh lah. Macam aku, stok udang kering dan belacan masih banyak. Senang nak masak nasik goreng ke atau buat perencah lauk.

15 January, 2010

Radix Fried Chicken

Korang penah dengar tak nama restoran ni? Aku penah dapat email pasal ni suatu ketika dulu. Restoran ni ada kat Sg Petani, Kedah. Time balik kampung ujung tahun lepas, teringat pulak. Kebetulan pergi ziarah pak menakan kat Sg. Petani so ajak Papa cari restoran ni.

Radix ni kepunyaan HPA. Ayamnya tentulah menggunakan ayam organik. Rupa-rupanya Radix ni bukan setakat fried chicken, dia ada rangkaian yang lain seperti Radix Oriental Cuisine, Radix Bakery House dan lain-lain. Sementelah nak try yang fried chicken, kami pun menonong je lah pegi kedai yang dituju setelah diberi tunjuk arah oleh sepupu ku melalui sms.
Radix bertema oren, jadi sangat lah oren di dalam kedainya. Restoran ni jugak bertema Islamik. Semua pekerja memakai baju hitam dan bertudung. Sangat sopan dan manis. Eh yang bawah ni bukan pekerja, ni adik aku. Nak amik gambo deco belakang tu ha.
Aku masa ni sudah lapar dan ketidaksabaran untuk memakan ayam. Ada 2 jenis ayam goreng: spicy & herbs. Herbs? Erkk..macam ubat je. So harus lah amik yang spicy. Beli set terus, tapau sebab nak makan kat umah pakcik. Harga dia lebey kurang KFC jugak.

Aiskrim untuk si kenit Syirah. Macam tau-tau je dalam ni jual aiskrim. Dia tunggu ngan Papa dia dalam keta, siap pesan "mama..akim akim". Tengok lah nama aiskrim, very the syariah compliance kan. Aiskrim Toyyibah namanya. Sedap tak sedap? Tengok lah gambo Syirah makan.


Sayang seribu kali sayang.....kawan-kawan semua jangan marah. Oleh kerana sibuk berborak sambil menghidang dan menjamu selera dengan RFC tu, aku terlupa terus nak amik gambo nya. Sorry bebanyak. Tapi kalau tanya bab rasa tu kan, aku prefer lagi KFC. Radix ni ok-ok saje. KFC sehingga menjilat jari. Hehehe.. kalo nak try pegi lah nun di Sg Petani.

12 January, 2010

Model Secret Recipe


Suka pulak gambar ni. Macam model lak anak aku ha (sesekali perasan). Tak, aku yang perasan sebab aku yang snap gambo ni masa tengah makan kat Secret Recipe hari tu. Lama dah. Rasa macam pro pulak amik gambo ni. Padahal digi cam cikai sajok. Gambo ni original tidak diedit.

Minah tu pun bukan main posing masa mama nak amik gambo ni. Biasalah dia kan dari sebesar tapak tangan dah asyik bergambo je. Sampai satu tahap kita kena marah bila amik gambo dia.

Bye.

04 January, 2010

Ulu Legong Hot Spring

Kolam Air Panas Ulu Legong terletak di daerah Baling. Kebetulan dekat dengan rumah nenek kat kampung, so masa balik kampung cuti yang lepas, kami pun amik peluang pergi. Tapi kalau nak pergi, mesti lah malam takkan nak mandi air panas siang hari? Mau la terbakar kulit.

Dulu masa baru-baru kawen pegi, tempat ni tak cantik lagi. Sekarang dah semakin maju, banyak perubahan. Dah ada chalet untuk disewa, dah bersih, banyak premis makanan dan tentu-tentu lah ramai orang kan.


Maksu, nenek dan Ucu main rendam-rendam kaki je. Nak masuk badan takut. Kat sini ada 3 atau 4 kategori kolam. Bermula dengan kurang panas sehingga lah pada yang panas mendidih.



Mama jadi camerawoman je malam tu. Papa tak bagi pegi dekat kolam, dia kata licin nanti tergelincir. Tapi aku degil pegi jugak..hehe. Papa tak bawak baju tapi basah gak la dek penangan menjaga anak. Gamba ni Syirah tengah nak buat PEACE tapi tak siap-siap. haha.



Syirah mandi kolam khas untuk budak-budak. Panas jugak not bad, tapi Syirah selamba je. Suka lagi ada lah macam tak nak naik. Siap berenang kuak butterfly.


Ha ni lah kolam yang paling panas. Takde sape pun pegi mandi dalam tu. Sebab panas ni sampai berasap-asap. Ada berani?


Dalam kolam yang paling panas ni, ada lumut hijau ni. Memang dibiarkan lumut ni sebab orang buat ubat. Masa mandi lumurkan sekali dengan lumut ni. Ramai orang datang mandi kat sini sebab berubat untuk lumpuh, sakit sendi, macam2 lagi. Datang berkhemah lagi tau jangan tak tau.


Dah lepas mandi kolam, kena bersihkan badan dengan air paip. Time ni dah pukul 9 lebih, selalunya Syirah dah tido tapi sekali seumur hidup..bagi lah dia rasa. Tapi masa otw balik dalam kereta, nenen terus tido. Memang letih ngantuk sangat lah kononnya.

Oh, jangan risau ye tandas untuk mandi dan salin baju pun disediakan.



Kolam Air Panas ni dibuka 24 jam. Bayaran untuk masuk bagi dewasa RM4, untuk kanak-kanak RM2. Untuk keterangan lanjut, tengok sini http://www.mdbaling.gov.my/web/guest/tempatmenarik. Mai pakat pi Baling!