Advert




16 August, 2010

Cabaran Ramadhan

Salam Ramadhan kawan-kawan. Sekejap je dah 6 hari kita berpuasa. Tak sabar nak raya dengan family member baru! :)

Weekend haritu tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat TV9, ada bincangkan topik 'Cabaran Ramadhan untuk Lelaki'. Cabaran apa ye? Bagi aku, kaum perempuan yang banyak cabaran dan dugaan bila bulan puasa. Lebih-lebih lagi bila dia adalah isteri, ibu dan pekerja. Meh nak list sket:

1. Bangun awal pagi siapkan sahur.

2. Kes aku: Bangun awal pagi siapkan sahur dan menyusu anak.

3. Masak untuk berbuka.

4. Kalau tak masak pun, sibuk fikir dan beli juadah bukak puasa untuk suami dan anak-anak.

5. Sambil berbuka, sambil jaga anak. Kes anak nangis (macam aku), kalo sempat dapat lah makan kuih, kalo tak teguk air dulu.

6. Bagi yang breastfeed, kena fikir pasal susu badan yang dah terjejas pengeluarannya. Kena fikir makanan nak tambah susu. Dah la puasa kan. Demi anak.

7. Penat kat ofis, penat buat keja umah. Takpe..cabaran.

8. ..dan lain-lain lagi.


Begitulah kalau dah jadi mak ni, semua benda kita nak fikir. Tu yg lelaki kata remeh, tapi tidak untuk kita.

2 comments:

akpfapaf said...

tambahan farah
Even kalo kita tak boleh puasa pun sbb 'uzur' kan..tp still kena bangun tuk siapkan sahur tuk suami dan anak2 kan..pastu kena tggu derang sudah makan dan kemas serta basuh balik pinggan mangkuk tu..hehehe

mama-syira said...

Farihah,
ye betul. dialu2kan tambah kalo ada lagi. sebenarnya banyak lagi tapi nak jadi ibu mithali. penat2 pun buat ye tak.