Advert




18 December, 2010

Momen Indah Seorang Mama

Bila tengok muka anak-anak tengah tido, syahdu je rasa. Lebih-lebih lagi bila masa siang tadi kita marah dia. Rasa menyesal, sedih, semua ada. Kan kan.. sape jadi mak dia paham la perasaan ni.

Tengok adik beradik ni tido alahai...Kakak takmo tido atas katil, nak tido dengan adik kat bawah. So far takde kes kakak terhimpit adik lagi. Agaknya automatik tido pun berhati-hati je bila tau ada adik kat sebelah. Kadang Mama dok kat tengah, sempit sikit lah time nak bagi adik nyusu. Abih dah semua nak kepit celah ketiak Mama.

Doa - WAKTU ANAK SEBELUM TIDUR (LEBIH KURANG 10 MINIT SEBELUM TIDUR)
a) Baca Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain.

2. WAKTU ANAK SEDANG TIDUR (Baca ayat-ayat di atas kemudian buat seperti di atas)



2 comments:

abiummi_khalish said...

huhuhu...sayu plak tengok anak-anak ko tu...mmg indah momen seorang mama...:-)

mama-syira said...

Ye lah ummi khalish.. semoga kita sama2 jadi ibu yg terbaik