Advert




28 April, 2011

Malu tapi Mahu.

Rezeki kan. Dapat beg comel sangat. Beg tu ada mak ngan anaknya. Hadiah dari officemate yang pemurah. Kak Nurul a.k.a Datin Nurul nama dia. Sampai je ofis "Farah, ada plastik bawah meja. Amiklah". Aku "Ha? Biarla plastik tu kat situ". "Tengok la dalamnya" Kak Nurul paksa. Bila bukak je "ekk eiiii bestnye berapa hinggit?" . Aku bertanya penuh inesen.


Ye lah aku kirim dulu kalo dia ada nampak beg cantik2 belikan, nanti aku bayar tapi jangan mahal-mahal, aku kata. Kak Nurul ni beg dia hari-hari tukar ikut tema baju. Jenama jangan cakaplah, gucci, ferragamo, coach, prada. Original la takkan tipu dah Datin. Sekali Kak Nurul kata "tu hadiah lah, happy secretaries day". Ooooo hadiah. Aku terima dengan redha. Hahaha. Tapi Kak Nurul kata "untuk letak barang-barang Syirah ngan Irfan tau kalau pegi outing". Ha? Tak kira, nak pakai jugak pi ofis. Suka sangat sebab besar dan kaler dia pun i like.


Ni anak beg tu. Aku letak handphone dan duit.



Ni mak dia, comel tak. - pandangan depan.



Pandangan belakang



Kena la amik gambo brand dia dekat-dekat camni? Agak sakai.



Actually ni dapat dulu sebelum beg. Weekend hari tu ngendeng kat husband. Ni beli pakai duit sendiri campur tolak suami top up. Yang pasti, bila kat umah iphone ni terus jadi hak milik Syirah. Dia pegang tak bagi orang lain, sebab main game! Bila dia dah tido baru Mama dapat pegang. Tak tau lah tepon sape sebenarnya ni.



27 April, 2011

Weekend yang simple.

Biasalah hujung minggu. Nak menggembirakan hati anak-anak, nak bagi anak tengok dunia luar sambil mak boleh cuci mata tengok baju/kasut baru di pasaran. Tengok duit dalam wallet, eh takpelah tutup balik sebelum terjebak yang bukan-bukan.


Bayar RM8 untuk kakak, adik free takyah bayar. Main lah puas-puas dalam Kidz playland, Jusco Bukit Tinggi ni. Anak-anak sudah siap berpyjama sebab dah petang pun sampai sini.



Kakak dah boring agaknya main kat playland ni, ke sebab takut nak main. Maklumla tak biasa dok nursery, jadinya bila orang main tolak-tolak kakak sudah ketakutan. Terus tak nak main. "Mama, iyah nak main kaler-kaler je lah". RM8 lagi dikeluarkan untuk sekeping lukisan kartun sambil bagi dia ralit mewarna. Biar dia buat sendiri takmo tolong kang kalo mama tolong, mama yang stress bila kaler tak betul-betul. Hahaha..




Sebelum sampai sini sebenarnya sudah berjanji setia mau dating sama-sama Mummy Ila. Dapat gomol Lea sekejap pun jadik lah.



Weekend yang simple.

26 April, 2011

Minimalis

Minimalis = mudah dan ringkas.



RUANG TAMU.



BILIK TIDUR.





DAPUR.

Bestnye berangan. Ok lah nak carik gamba lagi pastu save pastu berangan sampai leleh-leleh air liur. Pastu nak tido kang letak tangan atas dahi berangan lagi. Mana tau jadi kenyataan. hehehee...


22 April, 2011

Perkataan pertama

Semalam mc demam menggigil. Akibat bengkak susu. Dah pam, dah bagi Irfan susu, kurang bengkak tapi sakit still ada sampai sekarang. Korang ada tak cara nak hilangkan sakit ni? Sakit satu badan.


Sebelum terlupa nak update sikit pasal Irfan, dia punya mulut bising sangat sekarang. Opah dia kata ada harapan mulut kuat bebel gak ni. Aik takkan lelaki pun kuat bebel dik? Jangan la..cukup la kakak dengan Mama je. Nanti Papa yang pening.


Irfan dah pandai sebut Mama..Mama. Diulang sekali lagi MAMA. Hehee. Jangan jeles Papa. Dulu masa Syirah, Papa adalah amat berlagak bila perkataan pertama Syirah ialah Papa. Sekarang bagi can Mama pulak ye. Sekius me. Nak menitik airmata (dalam hati) bila Irfan kuar perkataan tu dari mulut dia.


Selain Mama, Irfan jugak pandai sebut perkataan tatataata atau etetetetete. :P


Yang terbaru! Irfan akan cakap "daaah dahh" bila lepas menyusu dan "aba aba" bila dengar azan. Cepat jugak budak lelaki ni nak bercakap.


Itu je lah nak citer. Bye.


20 April, 2011

I-City lagi..dengan tujuan lain.

Korang tau lah kan i-City tu apa. Tempat lampu warna-warni tu. Standard la gamba kat i-city mesti bergambo dengan lampu. Syirah muka tak ikhlas je, tak pandang camera. Sebab dia pegi sini bukan nak tengok lampu. Syirah datang sini ada tujuan lain...



Sebelum tu singgah makan dulu kat restoran Al-Rawsha ni kat dalam i-city. Sekarang dah banyak tempat makan dalam i-city.




Berlatarbelakangkan gemerlapan cahaya lampu-lampu.




Kakak menikmati coklat cookies homemade by Auntie Anis. Cedapnye! - kakak kata. Sempat auntie Anis tunggu kami kat entrance i-city semata-mata nak bagi Syirah ngan Irfan biskut fresh from oven ni. Tima kasih banyak Anis. Memang sedap.



Appetizer - Falafel nama makanan ni. Orang melayu kata begedil. Pastu kami order nasi beriyani kambing dan kebab. Semua ok lah 5/10 kalo dari segi rating. Wah. Ko sape kan nak bagi rating bagai. Masterchef? Gitu.








Kat i-city sekarang ada pameran reptilia. Masuk RM5. Pastu kat luar korang leh naik kereta kuda jugak. Tak tau lah berapa kena bayar. Syirah kan pencinta haiwan. Sok besar katanya nak jadi doktor veterinar. He he he.




Ni lah tujuan utama nak ke i-city! Naik keretapi ni. Hahaha. Tadi takde mood, dapat naik ketapi terus senyum sampai telinga. 10 pusingan ketapi ni pusing. Naik pening dibuatnya. Janji happy ok lah tu. [dapat gak Mama merasa naik ketapi ni, kalo takde Syirah malu jugak nak naik].




Ok lah kak, jom balik dah kul 9. Adik nak tidow. Bye bye ketapi. Nanti Iyah datang lagi tau! - Ewah suka-suka je kakak.






19 April, 2011

Hidup ini mesti ada cabaran



Kehidupan seharian kalau sama je, mesti boring kan.


Dulu masa belum kawen, aku sambung part time study kat UiTM untuk dapatkan degree. Sebab rasa boring bila balik keje tak buat apa. Maklumla single lagi. Bila sambung study, lepas keje pegi kelas sampai kul 9.30 malam. At least dapat belajar benda baru dan jumpa kawan-kawan baru. Tetiba rindu kat kengkawan PLK. Ape kabar korang ye.


Selalunya, sampai umah kul 10 malam. Penat giler. Kadang makan pun tak lalu. Buku memang terlangkup terus tak tengok hahhaa. Sampai la dah kawen, mengandung perut dah cecah meja pun, gagah jugak pegi class ni. Penah amik exam selepas pantang pakai stokin, semua orang pandang. Ye lah jalan macam Jepun. Comel je. Belum lagi balik kelas malam tengok anak (baby kecik lagi) dah tido. Ya Allah sedih, ni cabaran emosi nama nya.


Kisah cabaran terbaru, malam tadi nak bawak Irfan gi klinik sebab batuk dia tak baik-baik. Dulu masa anak sorang, berdesup je drive sendiri pun takpe. Sementelah anak dah 2, kena la mintak tolong orang drive. Ajak la adik pempuan aku. Memula ok je. Tiba-tiba......bila nak sampai dah dengan klinik, temperature keta naik mendadak. Pastu kecehhh (side effect bunyik enjin mati) terus stop keta tengah jalan. Adoi la peluh2 aku gabra. Kalo sorang takpe, ni dengan 2 orang budak kecik.


Aku terus mengambil langkah keluar dari keta dan dukung Irfan cari orang untuk tolong. Sementara adik pempuan aku tunggu kat keta dengan Syirah. Time tu dah kul 7 lebih, jalan dengan kendong anak peluh2 tapi workshop pulak tutup. Kol asben bagitau apa yang terjadi. Walaopun dia jauh bukan boleh buat ape, tapi saja nak bagitau kang tak bagitau derhaka pulak. Kol adik lelaki (nasib baik ramai adik badik) mintak tolong datang. Aku teruskan perjalanan kaki dengan pegi ke klinik. Jauh jugak dari tempat keta tersadai tadi nak sampai ke klinik ni. Peluh jangan cakaplah mencurah-curah dah la pakai baju busuk (baju dari siang tadi).


Kat klinik, aku kol adik pempuan aku soh tunggu jap. Tengok-tengokkan Syirah sama. Risau pulak aku tinggalkan diaorang berdua kat tepi jalan tu malam-malam. Bila nama Irfan dipanggil, masuk jumpa doktor tanya macam-macam, dah sudah amik ubat bayar bil segala, aku terus kuar jalan kaki balik pegi kat keta. By the time, adik lelaki aku pun dah sampai dengan abang aku sekali.


Rupa-rupanya kipas keta tak pusing, so bila bukak aircond dia sudah panasss. Air pun kering kontang. Fuhh nasib baik tak terbako keta aku. Risau kat anak-anak je yang penting. Dah sejuk enjin, baru kami pulang.


Sebenarnya nak kongsi pasal cabaran ni memang banyak. Cabaran kat tempat kerja ke, cabaran dengan hubungan kawan-kawan ke, macam-macam. Tapi takkan semua nak diceritakan ye tak. Simpan sikit untuk diri sendiri. Orang kata berdikari tu perlu supaya tak terkontang-kanting. Tapi ada jugak orang kata jangan terlalu berdikari. Ada benda kita kena 'buat-buat tak tahu' supaya takde yang mengambil kesempatan. Apa pun, cabaran baaaaanyak mengajar erti kehidupan. Kalau penat sangat sampai nak pengsan, pandang muka anak-anak - automatik terus relieve, lega, gembira. Eh, luahkan dalam blog camni pun lega jugak. Hidup perlu diteruskan!

18 April, 2011

Bergelimpangan

Aku tak tau nape lah anak-anak tido gini sekali. Ni tido petang ni tau bukan malam. Kang ada lak orang kata mak dia tak berperikemaknosiaan.


Sesungguhnya, aku hanya memerhati. Bukan tak alih, dah alih bagi cantik tido kepala masing-masing atas bantal. Tapi sekejap je lah 'cantik'nya. Pusing-pusing jadi lagu ni gak. Adik punya kepala pegi landing atas bantal peluk kakak.

Bagai dilanda garuda. Tetiba adik pegi pusing pulak atas bantal. Kakak pun sama naik tu. Berlawan-lawan korang ye. Takpelah, janji tido ikut keselesaan masing-masing. Dah, Mama pun nak tido. Ceh.



15 April, 2011

Terima kasih

Rezeki hari Jumaat minggu lepas. Dah la dapat set McDonald, top up dengan icecream lagi. Top up lagi dengan hadiah! Harum mewangi lah nanti dengan adanya lilin wangi tersebut. Lagi best, special delivery terus ke meja oleh tuan si pemberi hadiah.


Semoga dimurahkan rezeki Kak Ila sekeluarga, gara-gara cabutan bertuah hari tu. Terima kasih banyak. Terasa diriku begitu berharga. Ahaks :P



Bukan kopi janda.

Aku rajin beli supplements, tapi tak rajin makan. Kejap makan, kejap lupa. Tapi takut sakit, takut gemuk, selalu letih. Bila ada orang offer buatkan air yang lagi pure khasiatnya, harus kita amik peluang yang ada. At least ada orang tolong remind. Kalau nak harap diri sendiri.. nan ado! Thanks to Erin yang bagitau dan tolong simpankan air ni bila akak tu datang. Pastu Erin akan inform 'Farah, jamu nya dah ada. Boleh datang minum sekarang'. Hehe..


Air ni adalah campuran daun pegaga dan daun parsley. Daun pegaga korang mesti tau kan memang sangat bagus. Aku tak pandai makan ulam so bila dapat minum camni ok lah. Rasa air ni sedap, manis-manis buah. Rasa macam air tembikai pun ade.


Pegaga

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.


Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas. Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.


Boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.


Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.


Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka.


Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.


Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal. Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.


Daun Parsley


Daun parsley kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut.


Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah. Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.


Parsley juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak. Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita bersihkan buah pinggang kita.


13 April, 2011

Masih belum

Semalam Irfan genap 10 bulan. Terlupa nak wish dia. (macam dia paham). Hehe.


Irfan dah 10 bulan tapi sampai sekarang aku masih boleh sembahyang. Sejak pregnant (tak masuk pantang) aku masih belum.... paham tak belum apa? Alah korang ibu-ibu yang baca mesti paham. Takkan ada bapak-bapak yang baca blog aku? Ada ke?


Kira dah setahun lebih la ye. 9 months (pregnant) + 10 months (umur Irfan) = 19 months iaitu 1 tahun 7 bulan. Wow bestnye.


Yang pasti aku tak pregnant anak no 3 ye. Itu sudah pasti. Sebab resultnya -ve. Hahaha. Harap-harap sampai bulan puasa pun masih belum. Boleh puasa sebulan. Macam last year dapat puasa penuh.


Orang kata sebab breastfeed. Mungkinlah kot sebab sampai sekarang masih breastfeed. Alhamdulillah.


Takutnye nanti bila bulan mengambang datang, macam tak tau nak pakai camne. Tipu nye. Tapi bila FREE camni, best betul rasanya.

12 April, 2011

Marilah Bergoyang

Bukan dangdut lah.


Ni menan machine yang kena masukkan duit 50 sen tu. Syirah panggil tu GOYANG. Sebab bila naik kan badan bergoyang-goyang. Favourite Syirah ni, pantang nampak dia macam menggigil nak naik, tak boleh tidak. Macam ketagihan pun ade.


Sekarang adik pun dah start berjinak-jinak. Ni semua ajaran bapaknye.


Naik goyang Garfield, dah muka Irfan pun cam Garfield. Hahahaha.


Tengok muka Syirah penuh perasaan bawak van Chibi Maruko Chan. Berlakon sangat kakak. Syabas anakku!
Penumpang dia dah mengantuk time ni.

Tompang lalu, maknya pun nak posing gak..walaopun...


HAPPY BIRTHDAY IRFAN! Genap 10 bulan 12 April. Cepatnye!


Bayi dalam beg


Tajuk kasi gempak. Macam muka depan metro. Padahal content tak related.

Gamba Irfan dengan muka bangun tido, bau masam sedap dicium (terutama bahagian leher dan mulut), sengih-sengih camtu. Berat je kaki nak melangkah pegi keje. Hangkut gi office kang baru tau. Muahahhaa.


Ok dah tu je nak citer. Keje manyak ni nanti kita sambung.


08 April, 2011

Esok Sabtu, lusa Ahad.

Kot-kot la ada yang rindu nak tengok muka Irfan. Di hari jumaat yang mulia menuju weekend sebab weekend Mama malas nak update blog. Juga ditujukan (macam ucapan Sampaikan Aidilfitri) especially untuk Auntie Anis yang katanyer suka sangat tengok Irfan dan Auntie Oja yang jauh nun di Russia.


Untuk tatapan semua... memula bagi gamba tak payah cover malu. Tengah menguap baik punye.



Pastu gamba cheeky pulak. Ok cukup lah 2 dulu ye.




Last but not least, kita tengok gamba supermodel tengah beraksi spontan. Rugi tak tengok.


>

>

> >

>

>

>

>

>

>

> >

>

>

>

> >

>

>

>

> > >



Selamat berhujung minggu! Semoga semuanya baik-baik aje!

07 April, 2011

Yeay saya bertuah!


Nampak tak nama mama-syira kat tangan Alieyah dalam gambo atas. Pinjam gambo dari empunya blog merangkap penganjur cabutan bertuah iaitu...... Ibu Alieyah & Fahim - Kak Ila.

Tak sangka bertuah jugak, padahal masa drop komen kat blog Kak Ila tu dah last menet. Saja lah suka-suka memeriahkan majlis katanyer. Alhamdulillah kalo dah tertulis rezeki tu, insyaAllah. Wah gitu.

Itupun Kak Ila mesej haritu tanya nak pilih hadiah yang mane? Hah? termangu-mangu. Tak sempat jenguk blog Kak Ila masa tu. Bila tau, terus baca. Siap boleh pilih hadiah tu. Hehehe.


Terima kasih Alieyah sebab tangan bertuah tu telah mencabut blog auntie ni. Terima kasih banyak Kak Ila. Semoga murah rezeki sekeluarga. Terima kasih jugak pada CT yang tak bertanding tahun ni. Tetiba.

06 April, 2011

Dulu almari, kini katil

Kalau ada yang masih ingat, dulu masa pregnantkan Irfan, mengidam almari putih untuk Syirah kat Ikea. Tapi tak jadi beli kat Ikea, beli yang macam ni.


Sekarang tak mengidam ye puan-puan, jangan buat spekulasi. No no no. Cuma aim nak beli katil pulak untuk Syirah. Berkenan dah lama sangat yang ni. Sementelah kalo ada rezeki Syirah nanti ada bilik sendiri :)


Lalalala...berangan tu free kan? Tapi ni nak harap menjadi kenyataan. Papa, jom gi IKEA?

05 April, 2011

Selagi tak besar..

Baby kan selagi tak umur dia setahun, macam-macam cabaran dia nak membesar. Irfan tengah demam ni. Tengok-tengok gigi atas nak keluar 2 ketul.


Asyik la demam. Nak tumbuh gigi, demam. Nak beralih bulan, demam. Nak pandai cakap, demam. Nak dapat kaki (jalan) pun demam. Sian betul. Cabaran nak membesar bukan senang. Tu baru cabaran baby, kalo dah dewasa cabaran lain pulak nak oii.


Cuti Mama ni berdikit-dikit ambik. Takde pikir nak cuti-cuti Malaysia ke..semua pun standby untuk emergency. Semalam dah EL sebab tak sampai hati betul nak keje tengok Irfan merengek. Padahal dah siap-siap nak pegi keje. Dah nak sampai rumah babysitter, boleh patah balik sebab tak sampai hati. Terus balik rumah tukar baju and peluk Irfan. Huhuhu. Susah jadi mak ni ye. Bab anak-anak ni memang tak boleh nak kompromi. Tak makan pun takpe. Nak berak pun boleh tahan dulu kalo anak nangis. Lain lah lelaki bleh buat keje lain dulu kalo anak nangis. :P tapi tak semua lah.


Tak dinafikan ada jugak orang pempuan yang tak paham bab ni. Bila kita citer/ngadu kat dia konon nak luahkan perasaan sedih pasal anak. Boleh pulak dia kondem kita. Kata 'alah biasalah tu, kalo tak camne nak keje..kenalah keras hati bla bla bla'. Eh eh.. bukan nak menenangkan kita lagi nak buat kita sedih. Camni punya orang kalu, takyah cakap ngan dia lagi bab anak.


Itu je lah nak luah hari ni. Sebab teringat Irfan kat rumah tu. Camne lah agaknya dia demam-demam camni dok umah orang. Tak sabo nak balik. Bye.

01 April, 2011

Bestnye weekend!

Yeay yeay esok cuti. Tak ke mana kot weekend ni since Papa tak balik. Huhu. Walaupun begitu, aktiviti kat umah pun dah cukup menyeronokkan. Beronok-ronok (kalau terlalu seronok) bak kata Johan. Irfan pun kurang sihat ni. Dok umah pun best ape. Weekend amat dinanti-nantikan bila...

Dapat tengok kakak melompat katil bak iklan Tiger.

Dapat dengar kakak bercerita beria-ia sambil adik jadi pendengar setia.

(walaupun adik buat-buat paham)

Dapat tengok aksi wrestling secara live.


Dapat tengok adik jadi hero filem berdiri konfiden sambil bergayut kat kakak.


Dapat tengok adik jatuh (atas tilam) padahal tadi dia konfiden.



Sampai meleleh-leleh airmata. Kecian adik.


Oh indahnya weekend dikelilingi angels anugerah Allah.

Kawan-kawan macamana?