Advert




15 April, 2011

Bukan kopi janda.

Aku rajin beli supplements, tapi tak rajin makan. Kejap makan, kejap lupa. Tapi takut sakit, takut gemuk, selalu letih. Bila ada orang offer buatkan air yang lagi pure khasiatnya, harus kita amik peluang yang ada. At least ada orang tolong remind. Kalau nak harap diri sendiri.. nan ado! Thanks to Erin yang bagitau dan tolong simpankan air ni bila akak tu datang. Pastu Erin akan inform 'Farah, jamu nya dah ada. Boleh datang minum sekarang'. Hehe..


Air ni adalah campuran daun pegaga dan daun parsley. Daun pegaga korang mesti tau kan memang sangat bagus. Aku tak pandai makan ulam so bila dapat minum camni ok lah. Rasa air ni sedap, manis-manis buah. Rasa macam air tembikai pun ade.


Pegaga

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.


Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas. Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.


Boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.


Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.


Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka.


Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.


Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal. Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.


Daun Parsley


Daun parsley kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut.


Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah. Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.


Parsley juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak. Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita bersihkan buah pinggang kita.


2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

apa rasa dia
pahit?
mint?
tetiba je akak jadi seriau

mama-syira said...

Kak ila try la.. hehe. sedappp..