Advert




Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

28 February, 2013

Overprotective Mothers.

..atau dalam bahasa melayu nya  - ibu yang terlalu melindungi anak-anak.

Aku lah salah sorangnya.  Mengaku ni. Kadang-kadang orang tak paham atau kata "over nye ko ni semua hal nak amik tau, nak sensitif, nak susah hati.." dan macam-macam lagi. Ada ke mak yang tak susah hati? Tipu sangat, semua mak macam ni.  Ye lah anak aku pun baru nak masuk 6 tahun. Contohnya lah, perihal Syirah buat pertama kalinya nak pergi 'trip' dengan kawan-kawan & cikgu ke KLCC tahun lepas. Ko tak kecut perut ke? Bagi yang bukan kategori macam aku, mungkin akan kata "alah biarlah dia nak berdikari atau alah diaorang ok punye".  Ye aku paham untuk melepaskan anak berdikari tapi perasaan risau setiap minit tu memang muncul dalam diri aku ni.  Semua ibu pun kot, tapi mungkin aku terlebih poyo.  Lebih-lebih lagi, anak sulung aku ialah seorang PEREMPUAN.  Anak lelaki mungkin tak serisau ini, mungkin ye, diulang MUNGKIN. In future tak tau. Sebab Irfan baru 3 tahun dan alhamdulillah babysitter dia sangat bagus so takde masalah untuk dirisaukan setakat ini.

Cumanya, sikit demi sikit aku belajar untuk menerima. Ye lah selari dengan umur anak yang makin membesar. Alhamdulillah dah dapat terima bila Syirah kena balik sekolah naik van sendiri (dulu tersangat risau sampai kakak van pun naik boring mama asyik call), kalau ada aktiviti/trip kat sekolah insyaAllah boleh dilepaskan but give me some time lah kan.

Macam baru-baru ni, Papa cuti. So mama pesan alang-alang cuti,tolong registerkan sekolah agama Syirah.  Bila papa call, "pa, ok tak sekolah tu?" "Ok? Ok lah..macam sekolahlah".  "Ye lah kawasannya ok tak? Toiletnya bersih tak?"  "Ya Allah, Papa rasa mama ni kena jumpe psikiatri lah, teruk sangat sampai hal toilet sekolah anak pun sibuk, dalam bahasa melayunya ini dipanggil gile meroyan". ntaha hapa gile meroyan orang lepas beranak lah! Teruk kan laki aku kata aku gile meroyan. hahahahhahhahampeh. Ye lah aku dah start pikir cemana anak aku nak gi toilet ni, si Syirah tu dah lah penggeli.  Kang dia tahan lak kencing berak kat sekolah. Kat tadika sekarang takpe lagi, 3 jam lebih je kat sekolah.  ha kan dah start dah mama ko ni..nak jadik risau tak tentu hala. fuhhhh tarik napas, lepas...istighfar.

So far, aku rasa aku menjadi overprotective mothers dalam hal-hal yang di luar jangkauan mata atau persekitaran aku.  Tapi kalau kat rumah, aku biasa bagi tanggungjawab untuk anak-anak contoh: masukkan baju sendiri dalam bakul, tolong sapu sampah, lap air tumpah, yang simple2 je. Anak-anak mungkin dah paham walaupun umur masing-masing baru 6 dan 3 tahun.  Setiap hari aku akan call Syirah tepat pukul 12.15 (waktu dia sampai rumah dari tadika).  Satu hari, aku terlambat call sebab sibuk. Pukul 2.30 pm baru aku teringat tak call dia lagi. Bila cakap hello je terus Syirah cakap "kenapa mama lambat tepon arini?".  Anak-anak pun dah adapt, dan sebagai mak aku rasa dihargai dan bangga. Of course! *mata kelip2 dan bersinar*.

Salah ke untuk menjadi overprotective mothers? Tak salah kawan2, tetapi di sini saya nak share sikit info yang saya dapat hasil pembacaan saya melalui internet.  Kesan-kesan kalau anda menjadi terlalu overprotective dengan anak-anak, saya copy je ni so malas nak translate, semua mesti paham BI kan ^_^:


•A child with an overprotective mother is never ever able to become fully mature. He ends up remaining a baby, who can never ever think for himself and is always on the look out for someone to depend on.


•A person with an overprotective mother will never be willing or able to shoulder responsibility. This is because since he was a child, he was neither given any responsibility, nor held accountable for anything.


•Individuals with over protective mothers cannot face any criticism, be it negative or positive. The reason is that they are used to being protected and pampered all through childhood.


•A child with an over protective mother gets used to too much pampering, care and concern. The result is that they are not able to have successful relationships otherwise, since they are not used to adjustments.


•Over protected kids grow up to be insensitive individuals, who can care only about themselves. The reason being that they have never ever been taught to care for others in return.


•An overprotective mother cannot digest the fact that her child can do mistakes also. For her, he/she is always right. Thus, she fails to see and rectify the faults of her children. 
 
 
Apapun, kita berpegang teguh lah pada Al-Quran.  Baca ayat kursi dan doa2 perlindungan untuk anak-anak setiap hari. Allah ada di mana-mana.  In the end, anak-anak hanyalah harta tak ternilai pinjaman Allah swt kepada kita. Sementara diberi amanah ini, kita jaga lah mereka sebaik-baiknya.

Note: Entry ini turut dikongsikan oleh blogger Farikh Manzora di http://farikhmanzora.blogspot.com/.  Saya sebagai penulis jemputan gitewww.. kelass..

28 November, 2012

Jadi isteri untuk redha Illahi.

Artikel diambil dari facebook Fiqh Wanita TV3.

Artikel ini sangat bermakna.  Bukan soalan daripada wanita tu, tapi jawapan yang ustazah bagi sangat terkesan. Bukanlah bermakna berkaitan dengan hubungan aku dengan suami tapi biasalah sebagai wanita dan isteri, bohonglah kalo terkadang terpaksa memendam rasa, tertekan dan hilang sabar dengan tanggungjawab sebagai isteri. Apa kata kita ambil masa untuk baca artikel di bawah ini sebagai panduan kita bersama.  Artikel agak panjang tapi sangat berbaloi untuk dibaca.

-------------------------------------------------

CATATAN INI ADALAH DARIPADA YG BERBAHAGIA USTAZAH NORASLINA JUSIN. Mari kita hayati bersama:

Saya menerima satu panggilan telefon lewat petang hujung minggu yang lalu. Di hujung corong, terdengar satu suara yang lembut memberi salam, memperkenalkan diri dan bertanya khabar, tanda pemanggil adalah seorang perempuan. Melihat tiada nama yang terpapar pada skrin telefon bimbit, saya pasti dia bukan terdiri dari kalangan kenalan rapat atau individu yang pernah menjemput saya berprogram.

Kerana itu, pada awalnya saya merasakan belum mahu membuka ruang perbualan, bimbang kemungkinan ia akan mengambil masa yang panjang, tetapi segera saya beristighfar. Saya memujuk diri lantas segera menekan butang menerima panggilan.

“Alhamdulillah, saya di sini sihat. Puan pula bagaimana?”

Demikian, perbualan kami bermula sampailah dia membuka bicara tentang tujuan awal dia menyapa. Persoalan utama yang sedang mengundang galau di hatinya; soal rumahtangga.

BAGAI BUNGA LAYU

“Saya sebenarnya mahu meminta nasihat daripada ustazah, tentang rumahtangga saya. Segala kebaikan yang saya lakukan pada suami terasa sia-sia. Saya bagai ditipu dengan kelaku baiknya di depan saya, tetapi rupa-rupanya di belakang, dia bermain kayu tiga.”

Mendengar lafaz demi lafaz yang meluncur dari mulutnya, menjadikan saya sempit dada. Saya menarik nafas dalam-dalam, cuba bertenang dan menunggu penuh sabar sambil memasang deria pendengaran pada setiap patah kata yang menerobos seterusnya ke cuping telinga.

Dia menjelaskan bahawa tanpa sengaja, sebulan yang lalu, dia menemukan beberapa pucuk emel yang dikirim suaminya kepada seorang wanita dalam nada mesra dan manja.

“Mahu saya katakan hubungan suami dan perempuan itu sekadar teman tapi mesra, tidak boleh juga kerana dada saya ni bagai mahu pecah bila melihat kalimah cinta suami kepada wanita itu.
Saya sangkakan selama ini ikatan antara kami sudah utuh sekali, tetapi dalam diam rupa-rupanya dia mengkhianati. Selama tujuh tahun saya rasakan hidup kami cukup bahagia. Namun, masalah ini menjadikan saya sangat menjeruk rasa. Saya sudah berbicara dari hati ke hati seminggu yang lalu bersama suami dan dia mengakui khilaf dan silapnya, juga berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Selepas itu, suami kelihatannya mengambil berat dan memberikan perhatian kepada saya dan anak-anak, cuma...rasa cinta di hati saya ini bagai bunga yang telah layu, ustazah. Sudah hilang serinya!
Kini, walau suami bersikap baik terhadap saya, sangat sukar untuk saya masih melupakan pengkhianatannya itu. Terlalu payah untuk saya melayaninya sehangat dulu. Dalam masa yang sama, saya bagai puas melihat suami seakan menagih simpati saya. Entahlah...tawar hati rasanya untuk melakukan yang terbaik. Sungguh saya tak sangka, harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari....” Nadanya semakin pilu meluahkan apa yang terbuku.

Menangkap peribahasa indah pada penghujung bicaranya itu, saya terlintas sesuatu untuk diucapkan.

“Hmm..mengharap panas tidak sampai ke petang...itulah asas masalah yang puan harus pertimbangkan..” Ringkas jawapan saya. Sengaja saya biarkan begitu bagi merajut perhatiannya untuk bertanya.

“Saya kurang faham ustazah. Asas masalah? Pertimbangan bagaimana?”

“Puan, setiap yang berlaku di dunia ini tidak akan ada yang pernah kekal, kerana tiada yang tidak pernah mengalami perubahan. Begitu juga kasih dan cinta dalam rumahtangga. Bermula bahagia dan saling mengasihi, namun di tengahnya datang ujian yang menggugat setia dan cinta kepada insan yang disayangi. Oleh itu, untuk mengekalkan rasa cinta, ia memerlukan kesungguhan dalam ruang ketara sedar yang amat tinggi bahawa cinta boleh saja berakhir bila-bila, namun tetap yakin dengan izin-NYA, ia mampu kekal hingga ke syurga .

Kerana itu, bukan ‘bila’ dan selama mana hujan itu turun yang menjadi persoalannya, tetapi sebesar mana ‘payung’ yang puan sediakan bagi menghadapi ‘renyai atau lebatnya. ” Agak berfalsafah ungkapan ayat yang saya beri, tetapi saya yakin jiwa wanitanya tidak sukar untuk memahami.

KEBURUKAN vs KEBAIKAN

Saya titipkan kepadanya sepotong ayat indah lewat firman-Nya yang bermaksud :

”Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang mempunyai keuntungan besar.”( Surah Fushshilat ayat 34-35)

“Saya harapkan ayat ini dapat menjadi taujihat Rabbaniy (peringatan dari ILAHI) bagi kita terutama dalam melayari cabaran pernikahan. Saya sedar saat ini sebagai isteri, bilah-bilah hari puan mungkin diwarnai emosi negatif seperti kecewa, kesal, marah, tidak bahagia dan seumpamanya. Di satu sisi, kondisi itu wajar dan manusiawi, tetapi jika ia dibiarkan dan tidak dikelola, kekesalan itu akan bertindak seperti gergaji. Ia memotong secara perlahan; melukai, berdarah, bernanah sehingga akhirnya hati yang satu terbelah dua.

Puan, tidak berbaloi jika ruang kebahagiaan selama tujuh tahun puan dan suami sebelum masalah ini timbul dikesampingkan begitu sahaja. Bukan satu kewajaran, merespon secara emosi. Bukan saja masalah tidak selesai, tetapi malah bertambah kusut. ALLAH mendidik, keburukan dibalas dengan kebaikan. Hubungkanlah jambatan komunikasi bersama suami bukan meruntuhkannya. Maafkanlah suami, bantu dia memperbaiki diri dan doakan kebaikan buatnya.” Bertali peringatan yang saya unjurkan buat dia merenung diri.

DEMI SEBUAH UKHUWWAH

“Ustazah, memaafkan mungkin mudah untuk saya lafazkan, tetapi melupakan dan tidak lagi terkenang-kenang itu sangat sukar!” Jujur dia mengakui.

Mendengar itu, saya tersenyum lantas teringat sebuah kisah yang pernah saya kongsikan pada dinding Muka Buku. Kisah Nabi ALLAH Yusuf a.s tatkala jejak kasihnya bersama ayahanda yang tercinta, Yusuf bercerita :

"Ayahanda, inilah interpretasi mimpiku yang dulu; Pemeliharaku telah menjadikannya benar. DIA telah berbudi baik kepada ku apabila DIA mengeluarkanku dari penjara, dan DIA mendatangkan ayahanda dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antaraku dan saudara-saudaraku. Pemeliharaku halus terhadap apa yang DIA kehendaki; sesungguhnya DIA Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana."

Begitu lembut ungkapan Nabi Yusuf tanpa sedikitpun mengungkit kisah keperitannya diperdaya, dihumban dan ditinggalkan dalam perigi oleh abang-abangnya yang cemburu dan iri di hadapan ayahanda yang dikasihi.

Saya nyatakan bahawa iktibar dari kisah ini ialah banyak ketikanya, dalam jalinan kasih dan cinta, membajainya memerlukan pengorbanan jiwa dan perasaan. Demi memastikan sebuah kelangsungan dalam ikatan perkahwinan, persahabatan atau persaudaraan agar ianya berpenghujung dalam redha TUHAN, ada kisah pahit yang perlu ditanam dari terus menggamit pedihnya sebuah kenangan.

Keutamaan bukan untuk menentukan kebenaran diri, tetapi demi penerusan sebuah ukhuwwah yang paksinya adalah CINTA ILAHI.

MUHASABAH DIRI

“Puan, usah memendam pedih, dendam dan benci di dalam hati, buanglah kesakitan itu jauh-jauh dan rebutlah kembali kasih-NYA dengan mempertaut ikatan cinta bersama suami. Bukankah beliau telah mengakui khilaf diri, lalu mengapa dilempar kemaafan yang dihulur dalam keinsafan dan taubat kepada-NYA? Maafkanlah, maafkanlah suami puan itu......Demi kerana ALLAH.” Saya masih berusaha memujuk.

“Tapi bagaimana dapat saya lakukan itu, ustazah? Semakin saya cuba, kenangan pahit itu datang mengganggu semula….” Kali ini, suaranya semakin serak…sebak barangkali.

“Ada caranya puan. Dengan syukur dan sabar. InsyaALLAH, jika puan menghayatinya, puan akan dapati ia menjadi satu keajaiban buat diri. Cuma, untuk mencapai keajaiban itu, ada dua perkara yang harus puan fahami sebaiknya.” Sekali lagi saya berusaha memancing perhatiannya. Kelihatannya, dia diam tanpa bicara. Lalu, saya meneruskan kata-kata.

Pertama, puan harus meyakini bahwa ALLAH SWT adalah Zat yang menciptakan segala perbuatan hamba-NYA, maka segala sesuatu yang dikehendaki ALLAH untuk ia berlaku, pasti akan berlaku. Dan sebaliknya, segala sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH untuk tidak terjadi, maka pasti tidak akan terjadi. Ringkasnya, tidak ada satu perkara, peristiwa atau apa jua di dunia ini, walau seberat zarah, melainkan ia bergerak dan berlaku dengan izin dan kehendak ALLAH. Justeru itu, bila sesuatu menimpa kita, baik kebaikan atau keburukan, maka fahamilah ia hakikatnya berlaku atas keizinan ALLAH, dan berlakunya sesuatu itu pasti ada hikmah yang tersedia di sebaliknya, ia tidak sia-sia. Dengan memahami ini, jiwa kita akan bebas dari segala kekesalan dan kegelisahan.

Kedua, puan harus memahami dan menginsafi bahawa tatkala ALLAH menjadikan pihak lain melakukan sesuatu keburukan kepadanya, maka kemungkinan itu semua terjadi adalah kerana dosa-dosa yang telah dilakukannya, secara sedar atau tidak sebagaimana firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka itu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan ALLAH memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” ( Surah Asy Syuura ayat 30).

Apabila kita mengakui bahwa segala musibah yang menimpa adalah kerana dosa-dosa yang telah lalu, maka kita pasti akan sibuk untuk bertaubat dan memohon ampun kepada ALLAH atas dosa-dosa yang menjadi sebab ALLAH menurunkan musibah tersebut. Puan, adakalanya, sebagai isteri, kita terlepas pandang tentang hak suami, kita lalai dalam menunaikan kewajipan sebaiknya selaku isteri, lalu dengan merenungi firman ALLAH tadi, kita akan sibuk bermuhasabah serta tidak mudah menuding jari kepada pihak yang telah menzalimi. Yakinlah puan, dalam kefahaman sebegini, musibah yang dialami akan dilihat sebagai nikmat bukan musibah yang dahsyat. ” Panjang lebar saya menjelaskan.

“Puan, kalau boleh ingin saya mencadangkan sesuatu. Malam ini, sebelum puan dan suami memejamkan mata, puan pegang tangan suami dan genggam jari jemarinya. Kuat dan erat. Puan akan rasai kasih puan kepadanya masih hangat, masih membara….” Buat kesekian kalinya saya cuba memotivasi dirinya.

GENGGAM CINTAMU.....

Sejurus terdengar esakan halus di hujung telefon. Saya turut tersentuh. Bukan saja-saja saya mencadangkan itu, kerana pada saya, usah menunggu sesaat, seminit, sejam apatah lagi menanti bertukarnya hari untuk isteri menggenggam jemari suami, untuk suami memegang erat pautan jemari si isteri sebagai implementasi hati yang sedang subur dengan cinta dan kasih murni, kerana bila tiba masa hanya satu tangan sahaja memaut erat sementara tangan yang lain sekadar kaku terbuka, fahamilah bahawa ketika itu, hanya airmata penyesalan menjadi jawapan bahawa anda sudah terlambat untuk merasai hangatnya genggaman cinta dari dua tangan, panasnya haba kasih dari sepuluh jemari saling berpautan sehingga mampu menggugurkan dosa-dosa antara mereka, menjadikan rasa mesra yang mengalir menggamit rahmat dan cinta Yang Maha Esa.

”Puan, sangat besar pahala yang disediakan oleh ALLAH bagi orang yang memaafkan dan bersabar. Akhirnya, terpulanglah pada pilihan solusi dalam diri masing-masing. Andai puan memilih untuk terus bersangka dan marah-marah, maka kebahagiaan boleh musnah. Jika mengambil jalan muhasabah, maka muhasabah yang benar itu perlu, bukan sekadar melihat kekhilafan diri, tetapi juga kembali untuk mengenal ALLAH dengan setiap kehebatan-NYA yang tidak terperi. Di situ, akan ada ketenangan yang hakiki menanti, InsyaALLAH.”

Saya mengakhiri bicara dengan dada yang sebak tapi semakin lapang mengharap reda ar Rahman.

19 November, 2012

Travel Tips With Toddlers on Plane.

Walaupun flight travel Penang ke KL yang mengambil masa 45 hingga ke satu jam perjalanan, tapi untuk travel dengan 2 orang budak tanpa bantuan sesiapa, bukan lah mudah. Cewah.  Papa 'tertinggal' di Penang sebab keje tak abis lagi, maka balik lah kami 3 beranak dulu.

Bagi yang kenal saya ni cemana, benda-benda camni kita jadikan cabaran untuk tengok sejauh mana kemampuan diri kita. Walaupun dah biasa berdikari tapi kalau Syirah sorang ok lagi, ni dengan Irfan lagi nak handle.  Alhamdulillah Allah Maha Besar, selalunya dipermudahkan.  Saya amik langkah 'we just go with the flow' bebeh.


Cuma masa dari arrival hall nak ke gate tu agak jauh.  Dapat gate yang paling hujung sekali.  Kesian gile masa tu dah la pagi subuh, and agak terlambat check-in so terpaksa suruh Syirah jalan laju-laju sebab mama dukung Irfan. Sampaikan dia kata "Mama, iyah dah sakit kat dada ni".  Sian Syirah. Alhamdulillah Mama dapat anak yang senang handle macam Syirah ni. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Sepanjang dalam flight pun, dua-dua sangat behave. Duduk diam je.  Suruh tido tak nak tido pulak tu. 


Beberapa tips yang boleh dikongsikan:

1.  Rancang masa - keluar awal supaya ada masa untuk pergi toilet dan buat apa-apa yang patut sebelum naik flight.

2.  Kalau boleh masa beli tiket, beli sekali seats yang depan. Senang nak pegi toilet and senang nak mintak tolong flight attendants.

3.  Barang yang penting untuk dicapai letak dalam beg sandang (handphone, wallet, ic, pampers, etc).

4.  Bawak toys/buku/jajan untuk attract anak-anak sepanjang perjalanan kalau dorang boring. 


5.   Take advantage dengan flight attendants yang baik hati, manis senyuman dan rajin tegur anak2 kita.  Kita pun kena la berbudi bahasa dengan mereka. Bukan amik kesempatan, at least kalo nak mintak tolong dorang senang. Kalau naik MAS selalunya ok dia bagi selimut, nak suruh dia amikkan air letak dalam botol susu (biasa buat), memang dorang layan kita yang bawak anak2 ni. Kalau AirAsia.. emmm susah sket lah hahahhaa...

6.  Take off and landing - sediakan susu untuk anak2 minum supaya telinga dorang tak sakit.  Kalau yang bfeed tu senang bagi bfeed. Macam Syirah haritu dia kata "Mama iyah pekak ni". So bagi dia air untuk minum.

7.  Kalau travel dekat, tak payah bawak beg banyak so tak payah check in bag. Just bagpack yg kita bawak naik tu je. Sebab nak tunggu bag kita nanti makan masa gak. Tapi kalau kena check-in bag, bawak bag tarik atau bag yang senang untuk handle.  Macam haritu saya bawak troli dan dudukkan anak2 atas bag.  Sebab kalau tak, cemana nak pegang tangan dorang lagi?


8.  Kesimpulannya, just relax dan berdoa. InsyaAllah dipermudahkan.  Anak-anak pun akan memahami :)

Tips ini saya gunapakai untuk perjalanan dekat je lah within Malaysia.  Kalau luar negara, saya rasa memang tak boleh sorang-sorang.  Tak mampu dan untuk keselamatan, agak berbahaya.


19 October, 2012

Tour @ KPJ Klang Specialist Hospital

Pintu kedai?



Kedai apa?



Bukan kedai lah sayang. Ini lah specialist clinics kat KPJ Klang.  Konsep macam you all tengah berjalan kat shopping complex, di kiri kanan ada pintu-pintu kedai. Tapi kat sini semuanya klinik pakar.  Gynae ke, Paed ke, Orto ke, Neuro ke... best kan? Nampak kemas dan teratur.



Memandangkan KPJ Klang ni masih baru, masa open house raya yang Irfan jumpa Upin Ipin hari tu, i amik peluang la buat tour dalam hospital ni.  Hehehe ye lah nak survey kalo nak bersalin kat sini nanti ok tak? Eh! :P

Ada wad yang masih belum beroperasi, macam wad kanak-kanak. Tapi maternity ward dah beroperasi. So aku tanya nurse "so baby macamana?"  Nurse kata "buat masa ni baby duduk dengan mama dia dulu, lagipun hospital ni menggalakkan breastfeeding so baby kena sentiasa dengan mama".

Lobi pun macam hotel.  Lagipun baru kan..



Signage nombor bilik yang comel.


Lantai pun comel juge. Ada ladybird.


Seronoknya tengok bilik comel ni. Baru nak intai babies yang baru keluar 'oven' tapi ward ni kan belum beroperasi so semua babies kat mama mereka.



Wad kanak-kanak.



Amboi happynya kakak ngan adik masuk maternity wad. Tunggu lah nanti kalo nak ada adik baru, boleh lah diconsiderkan hospital ni. Kihkihkih..

"Ok dah jom turun anak-anak. Dah sudah melawat dah"

"Mama, kita kat tingkat 3, kenapa tak pegi tingkat 1, 2" kata Syirah sambil tunjuk directory kat sebelah pintu lif.

"Tingkat lain tu wad orang sakit kak, taknak lah pegi."

"Tingkat ni bukan orang sakit ke?" tak puas hati lagi si Syirah ni.

"Tingkat ni sakit jugak, Mama keluarkan Syirah ngan adik dulu sakit la. Tapi happy sebab dapat hadiah Allah bagi Syirah ngan Ipan. Paham?"

"oooooo..."

Hahaha aci tak jawab camtu? Takmo lah gi visit wad lain, menakutkan.  Wad bersalin takpe la, dapat baby kan kan?



Sebelum balik, nampak orang tulis dia pun sibuk nak tulis.



Upin Ipin peginya. Bukan cakap pasal hospital. Hahaha.



04 October, 2012

25 September, 2012

Museum and Art Gallery

Kekdahnya, anak-anak dah 2 minggu tak bawak gi jenjalan. Papa asyik keje, kalo tak keje balik kampung settlekan hal business. Kesian anak-anak. Maka mama bercadang nak bawak ke Taman Burung, bersama-sama ahli rombongan yang lain.




On the way.. muka-muka teruja kecuali Syirah.  Hahaha.


Tadaaaaa... bukan Taman Burung yang kami pegi.. tapi Sasana Kijang. Haha.. SK ni new building office mama. Tapi mama tak base kat sini. Tak jadik gi Taman Burung sebab Maknya tak bagi. Syirah ngan Irfan baru baik demam so dia kata takut jangkit kang kot ada selsema burung. Eekekekeke.. so kena cari internal punya tempat jalan-jalan and tak ramai orang. Mama takde idea..sini je lah yang mampu terjah. Important is, anak-anak tetap happy!



Makan dulu kat Museum and Art Gallery Cafe. Yang best sebab dia bukak everyday. Tapi makanan simple je lah tapi sedap dan affordable. 



Lepak jap kat luar cafe..



Sibuk nak basuh tangan. Maklom la toilet cantik. Hahaha...



Kemudian, kami gi Galeri Kanak-Kanak sebelah je dengan cafe tadi. 



Masuk-masuk je kena lalu lorong duit ni. Banyaknyeeee duit. Duit betul plak tu. Mak aih kalo tebuk aci tak?



Macam-macam games berunsurkan kewangan dalam Children's gallery ni. Excited budak-budak ni main. Tapi sedih, gamba dah snap banyak2 dalam phone Mama telah didelete oleh anak-anak. Suspek utama masih tidak dapat dikenalpasti, either Syirah ke Irfan. Gamba-gamba mana yang ada je lah ye..

Main-main pegi Bank dengan Syirah. Mama suruh Syirah belakon jadi pegawai bank, mama jadik customer.  Situ ada borang macam pengeluaran/simpanan wang tapi gamba katun, ada cop-cop katun jugak. Sakan anak-anak ku mengecop. Kalo lah kita gi bank dapat senyuman cam pegawai kat bawah ni, senang nak berurusan kan? Senyum simpul sehabis baik hahaha..



Duit buatan Syirah. Ada mesin pengecop ikut urutan. Mula-mula cop logo, pastu RM... dan lain-lain.

Lama jugak kami dalam Children's Gallery ni, sebab takde orang time kami datang. Tu yang buat cam muzium sendiri.. main tak hingat.



Galeri-galeri lain ada kat tingkat 2 dan 3.  Galeri kat atas ni berkenaan asal usul duit, penghasilan duit, macam-macam info lagi. Boring sket.. untuk Papa ok la ni.



Syirah nak jadik pelakon tak? Mama bawak gi casting. Hahahhaa..



Unplanned agenda tapi menyeronokkan dan dapat tambah ilmu.  Jom bawak anak-anak kita ke sana. Bukak untuk public jugak. Info lanjut boleh baca kat sini Museum.


24 September, 2012

Jom Hapuskan Dosa!


Sharing.....sama-sama kita :)




13 July, 2012

Kuasa Social Media

Blog, facebook, twitter semua FREE kan?

Tengok bagaimana orang yang berniaga gunakan medium social media ni secara percuma untuk meningkatkan sales? 

Jom meniaga! Bisnes apa ek? Hahahha bisnes ape pun tak pikir lagi.



18 May, 2012

Bukan Kerana Isteri/Suami atau Anak-anak, tetapi kerana.....

Ibu-ibu terutamanya, bila balik kerja mesti letih kan? Anak-anak pulak buat perangai padahal sebelum keluar rumah setiap hari dah berazam tak nak marah anak-anak. Tapi bila dah penat letih, memang tak boleh nak control. Yang bertambah stress tu bila semua kerja kita nak buat. Bak lipas kudung buat keje tak duduk lagi dari balik keje ni..bapaknya bukan takde tapi anak-anak nak kita jugak. Lagipun bapaknya tak membantu kan.

Ni nak share artikel Encik Zaid Mohamad, pengasas Smart Parenting. Mungkin lepas baca ni korang boleh rasa lega, ikhlas dan tak stress lagi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam menghadapi suasana kehidupan berkeluarga sehari-harian, pasangan atau anak-anak pasti akan meminta kita melakukan atau memberikan mereka pelbagai perkara atau benda. Kadangkala kita merasakan permintaan itu mungkin menjangkaui batas kemampuan kita dan jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh membawa kepada perselisihan faham, syak wasangka dan tekanan.

Contohnya, apabila anak-anak merengek inginkan sesuatu permainan, atau pasangan kita meminta kita membersihkan rumah atau membelikan sesuatu yang sangat dia ingini. Kita merasa berat untuk menunaikannya kerana kita sendiri terperangkap dalam kesibukan hidup yang tiada kesudahan.

Jika kita memaksa diri untuk melakukannya juga, kemungkinan besar tidak timbul rasa ikhlas dalam diri kita. Ini boleh mendorong kepada perasaan marah, kecewa dan ingin mengungkit-ungkit perkara lampau. Kita juga akan mudah digoda syaitan agar melawan segala kehendak pasangan dan anak-anak kita tadi secara kasar, malah ada yang menjawab secara kurang sopan. Ini kerana si pemberi merasakan ianya tidak adil dan hanya membebani dirinya sahaja untuk memberi/melakukan apa yang dipinta tadi.
,
Tatkala ini, kedua-dua pihak akan kerugian. Hubungan yang baik akan terjejas dan kebahagiaan yang dicari akan semakin menjauh.

Strategi yang lebih baik ialah dengan menilai kembali apakah niat kita dalam menunaikan hajat mereka tadi. Adakah kerana kita terpaksa, atau kerana kita ingin menggembirakan hati mereka?

Pilih untuk melakukannya bukan kerana suami/isteri/anak-anak, tetapi kerana Allah, kerana Allah sememangnya suka kepada mereka yang suka membantu dan memberi. Bila kita berfikiran sebegini, insyaAllah kita tidak akan berasa tertekan lagi, sebaliknya berasa seronok untuk menggembirakan mereka.

Dan percayalah, pasti Allah akan membalas usaha kita dengan meletakkan kepuasan dan kegembiraan dalam diri kita pula!
 
 
 
 

09 May, 2012

Parenting Quotes

Aku suka baca quotes. Dari zaman universiti. Dulu siap kumpul quotes, print cantik-cantik pastu buat scrap books. Tak kisah lah tentang love, feelings, motivational, entertainment, friendship, humor, wisdom, inspirational, marriage, dan banyak lagi lah to mention.

Tetiba terasa useless kumpul quotes siap buat buku, padahal hadith tak kumpul. Huwaaa.. ok ok sedar diri.

Sekarang dah tua ada anak,   paaling suka parenting quotes. Sebab kadang2 menaikkan semangat kita dan bagi kita inspirasi untuk jadik ibubapa yang lebih bagus.

Sekadar berkongsi beberapa yang menarik:

Stop trying to perfect your child, but keep trying to perfect your relationship with him
- Dr. Henker

To understand your parents' love you must raise children yourself
- Chinese Proverb

To be in your children's memories tomorrow, you have to be in their lives today
- Anonymous
 
Of all the rights of women, the greatest is to be a mother
- Lin Yutang

Each day of our lives we make deposits in the memory banks of our children.
- Charles R. Swindoll

Every cliche about kids is true; they grow up so quickly, you blink and they're gone, and you have to spend the time with them now. But that's a joy.
- Liam Neeson

You don't really understand human nature unless you know why a child on a merry-go-round will wave at his parents every time around - and why his parents will always wave back. ~William D. Tammeus 

Yes, having a child is surely the most beautifully irrational act that two people in love can commit. ~Bill Cosby, Fatherhood

 
To bring up a child in the way he should go, travel that way yourself once in a while. ~Josh Billings


Your children need your presence more than your presents. ~Jesse Jackson


Don't worry that children never listen to you; worry that they are always watching you. ~Robert Fulghum


If you want children to keep their feet on the ground, put some responsibility on their shoulders. ~Abigail Van Buren


Kids spell love T-I-M-E. ~John Crudele


Banyak lagi. Boleh google =)

Lepas ni kumpul hadith plak k.


31 January, 2012

Pesanan Untuk Orang Cantik

Masa tengah membaca artikel-artikel dan info-info kat http://halaqah.net,  aku tertarik dengan satu artikel yang bertajuk Pesanan Untuk Orang Cantik. Bukan sebab aku rasa aku cantik, sebab terkesima dengan ayat-ayatnya yang menginsafkan. Mohon share seperti berikut: 

***----------------------------------------***

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!


Jadi mari kita bermuhasabah diri kita.


26 January, 2012

Pencinta Macadamia

Macadamia ialah sejenis kacang, bukan nama anak orang. Kacang macadamia dikenali juga sebagai Queensland Nuts kerana banyak tumbuh di daerah Queensland, Australia. Nama ‘macadamia’ diambil bersempena menghormati jasa Dr.John Macadam, rakyat Australia yang berjaya menemui kacang ini. Gitu serba sedikit sejarahnya.

Aku adalah macadamia nuts lover! Kalau beli aiskrim, nak yang ada macadamia (kat Baskin Robbins la yang paling best). Kalo beli donat, kalo ada jual kat Big Apple mesti cari yang ada macadamia (tapi mana ade pun), kalo beli biskut famous amous pastilah ambik yang macadamia. Manakala kalo macadamia nuts sesaja, harus lah rasa nak beli lapan blas peket terus!

Ini lah rupa macadamia nuts, dah la comel sedap pula.

Googled

Teringin nak tengok apakah kebaikan atau keburukan kacang comel ni? Wah wah rupa-rupanya takde keburukan malah kebaikan je. Kebaikannya ialah:
·         Kacang ini kaya dengan kandungan lemak sihat (70%), tetapi rendah protein (8%).
·         Kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium.
·         No cholesterol.
·         Individu yang gemar menikmati macadamia ternyata boleh membantu mengatasi masalah ketagihan alcohol, memulihkan gangguan hati, mengatasi anemia dan meningkatkan kesihatan secara umum dengan memperbaiki system kekebalan tubuh.


Sesapa yang pegi Aussie, boleh lah kirim sekampit. Ha beli banyak-banyak sebab kat sana murah. Kat sini kalo beli kat supermarket ikut gram tu 100gm je dah RM14. Kalau beli kat kedai buat kek, murah lah sikit kot.

Yang pasti, macadamia nuts IS A MUST ITEM WHEN ON THE GO.  Pasti singgah petrol pump untuk membeli barang sepeket dua tiga empat. Beli pulak yang honey coated. Sedapnyaaaaaaaaa...



16 November, 2011

Tutorial Pakai Tudung Hana Tajima

Teringin jugak sesekali nak try. Tapi bukan untuk ke office sebab selalu tak sempat dengan anak-anak pagi-pagi tu. Kalau pegi kenduri, dinner or other event maybe boleh try. Tapi nape cam selebet? Kemas-kemas kan sikit lagi ok lah kot.

Anyway, for those yang nak try.. boleh tengok video ni. Happy viewing and semoga cantik selalu :)



15 November, 2011

Ibubapa Bijak, Anak Hebat

Last week ada event Minggu Bahasa di tempat ku mencari rezeki ni.  Banyak aktiviti yang dianjurkan, antaranya - Talk by Zaid Mohamad ni lah.  Zaid Mohamad merupakan seorang penceramah berkenaan parenting di bawah syarikat beliau sendiri. Ada 4 orang anak yang semuanya pandai-pandai tanpa tuisyen. Apa rahsia beliau? Tu yang nak dikongsikan. For more info boleh baca kat website beliau Smart Parents.


Talk ni telah berlangsung di bangunan baru Sasana Kijang.  Kami dok kat sini.. unik tak kusi?


Ok ok talk dah start, sila concentrate.  Talk berlangsung dalam suasana santai dan info yang dikongsikan sangat berguna.  Nanti aku share di akhir entry.


Encik Zaid Mohamed seorang bapa yang prihatin lah kan? Jarang kot ada bapak yang sibuk nak tau camne nak belajar parenting? Hahah kejam tak statement.  Semua bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka kan tapi sampai ke tahap nak jadi parenting coach tu memang respect lah.  Dia treat anak-anak dia  macam kawan-kawan. Oh di hari kejadian, dia bawak sekali assistant dia iaitu wife dia sendiri. Best kan keja camni. Office hour pun flexible. Keje tak tentu hari-hari. Best best...


Tu berangan nak jadik parenting coach la tu. Hahhaa


Encik Zaid ada bagi 7 tips untuk jadi ibubapa bijak ni semua dalam slideshow dia.  Aku sempat lah salin kan.  Aku memang nak sharing kat sini tetapi malas nak taip. Kalau korang nak baca, sila lah klik for larger image.  Maafkan diriku yang tak sempat nak taip ni dan sorry tulisan buruk harap korang paham.  Dia ada buku jugak, so boleh la beli kat kedai buku berhampiran. 

Ok kengkawan, selamat menjadi ibubapa bijak dan hebat ye. InsyaAllah.