Advert




05 April, 2011

Selagi tak besar..

Baby kan selagi tak umur dia setahun, macam-macam cabaran dia nak membesar. Irfan tengah demam ni. Tengok-tengok gigi atas nak keluar 2 ketul.


Asyik la demam. Nak tumbuh gigi, demam. Nak beralih bulan, demam. Nak pandai cakap, demam. Nak dapat kaki (jalan) pun demam. Sian betul. Cabaran nak membesar bukan senang. Tu baru cabaran baby, kalo dah dewasa cabaran lain pulak nak oii.


Cuti Mama ni berdikit-dikit ambik. Takde pikir nak cuti-cuti Malaysia ke..semua pun standby untuk emergency. Semalam dah EL sebab tak sampai hati betul nak keje tengok Irfan merengek. Padahal dah siap-siap nak pegi keje. Dah nak sampai rumah babysitter, boleh patah balik sebab tak sampai hati. Terus balik rumah tukar baju and peluk Irfan. Huhuhu. Susah jadi mak ni ye. Bab anak-anak ni memang tak boleh nak kompromi. Tak makan pun takpe. Nak berak pun boleh tahan dulu kalo anak nangis. Lain lah lelaki bleh buat keje lain dulu kalo anak nangis. :P tapi tak semua lah.


Tak dinafikan ada jugak orang pempuan yang tak paham bab ni. Bila kita citer/ngadu kat dia konon nak luahkan perasaan sedih pasal anak. Boleh pulak dia kondem kita. Kata 'alah biasalah tu, kalo tak camne nak keje..kenalah keras hati bla bla bla'. Eh eh.. bukan nak menenangkan kita lagi nak buat kita sedih. Camni punya orang kalu, takyah cakap ngan dia lagi bab anak.


Itu je lah nak luah hari ni. Sebab teringat Irfan kat rumah tu. Camne lah agaknya dia demam-demam camni dok umah orang. Tak sabo nak balik. Bye.

6 comments:

Farihah said...

huhuhu...mmg mcm tu la sifat mak2 ni Farah. Mana blh keras hati kalo bab anak2 tak sihat ni...bukan setakat baby je..dah 5 tahun pun..kalo demam panas sgt..ssh hati nak kerja ooo

Liza Hashim said...

betul tu farah.. setengah org keras ati. dia leh tahan bila tgk ank sakit tapi gi gak keje.. but for me, saya tk boleh la.. kalau ank skt or demam, mmg saya amik cuti..if unpaid pun saya rela.. daripada saya gi keje, badan je kt tempat keje tapi ati dok ingat ank.. takde makna gak. Kita pun kalau sakit, mesti nk ngan org yd dekat dan yg kita sayang.. apatah lagi ank kita yg kecik tu.. tentu dia perlukan belaian dan perhatian dari ibu lebih dr org lain.. huhu teringat anakku juga.. sabar ye farah..

mama-syira said...

Farihah: betul. tak boleh nak keras hati dah memang tak sanggup tinggalkan anak yg tak sihat. tak kira lah umo berapa pun kan

mama-syira said...

Liza: terima kasih sbb antara yg memahami. sangat2 setuju. kalo gi keje tapi takleh nak concentrate tingat anak buatpe kan. lantaklah. anak is my priority. sama2 lah kita bersabar jadi working mom ni. kita memang manusia bukan keras hati.

Love You Miss You said...

Kalo dah jadik mak, mcm tulah farah. Esp kalo anak sakit, kalo boleh nak jer duduk mengadap muka anak.

Siapa yang tahan nak tinggalkan anak kat rumah, gie keje tapi hati dah weng kemana.

Bukan depa tuh faham, cuma depa tuh memang takde perasaan. atau tak reti hargai anak-anak.

ishh, kalo cerita bab anak2 nie memang emo jer memanjang!!!

Sabarlah farah, besar dugaan kita besar hikmah akan kita perolehi, Insyallah :)

mama-syira said...

Kin: sape jadik mak tau lah perasaan nya camne. tak jadik mak dulu tak tau. sama2 lah kita kin.