Advert




30 May, 2011

Probiotik untuk anak yang selalu sakit

Irfan rajin demam, every month mesti demam. Orang kata kalau minum susu ibu, susah sakit tapi kalau dah Allah nak uji nak buat macamana. Kita redha sambil usaha yang terbaik.


Nasib baik klinik ngan spital company tanggung kan, alhamdulillah. Tapi klinik panel kat area umah aku sangat lah tak reliable. Untuk orang dewasa ok lah tapi untuk baby/budak, aku lebih rela mengeluarkan duit sendiri dengan pegi klinik pakar kanak-kanak. Klinik pakar kanak-kanak sekali pegi mesti RM50 ke atas. Hehe.


Ada 2-3 klinik pakar kanak-kanak dah penah pegi tapi ada 1 klinik ni anak-anak aku serasi dengan ubat-ubatnya. Klinik Tan nama nya. Selalu pegi klinik lain, ubat demam dia bagi kaler pink kan? Irfan kalau makan ubat demam pink mesti 2-3 hari baru nak baik. Tapi klinik ni dia bagi ubat demam kaler putih. 1 kali makan alhamdulillah kuasa Allah dia tak demam dah.


Baru ni pegi klinik tu sebab Irfan demam. Pastu Paed ni pun dah tau Irfan selalu demam. Dia pun supply vitamin panggil Prolactor. Dia kata sebab Irfan ni mungkin antibodi tak berapa nak kuat pastu pulak dok ngan babysitter ada budak-budak lain kena ada protection.


Aku ingat vitamin biasa lah sebab salu pegi klinik dia bagi Appeton ke, Scotts ke. Tapi klinik ni bagi Prolactor. Aku pun google dapat gamba ni.




Info sikit yang dapat dari pembacaan di google. Prolactor ni ialah supplement probiotik.-----> Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.



Dalam botol tu ada kapsul camni. Kalau nak makan, takkan nak bagi Irfan telan tolak ngan air? Tak lah, bukak kapsul tu, serbuknya letak kat lidah Irfan. 6 bijik je prolactor tu harga ada RM41. Bayar saje jangan banyak cakap. Doktor tu kata kalau dah habis, datang amik lagi. AMIK? Kalau amik takyah bayar takpe gak eh. Kang aku nak cari kat farmasi mana tau ada probiotik brand lain yang murah sikit.

27 May, 2011

Irfan budak botak



BEFORE...






IN THE MAKING.....




AFTER... hehehe






25 May, 2011

Syirah & Dora

Teka Dora tu apa? Memang la katun karakter feberet Syirah tapi dia ada "Dora" yang lain.


Jeng jeng jeng..


(Comel je muka Kakak baru bangun tido. Puji anak sendiri)



Binatang peliharaan dia iaitu seekor rabbit. Papa dia belikan. Siap beli kandang, botol air, makanan. Tapi kalo Papa dia takde, cuba jawab sape yang nak kemas kandang, nak bagi makan binatang ni? Sape?


Mau tak sakit dada dibuatnye.. Mama ni tak minat binatang. Menambah keje namanya ni. Adoiiiii keje yang ada pun tak sempat nak buat.


Itupun ada hati cakap dengan anak dia "Iyah, nanti kita pindah umah kita, kita bela la hamster, cat, bird nak tak?" Eh..dia tanya budak tu of course lah jawabnya naaaak.


Nape tak panjangkan lagi list bela harimau bintang, beruang kutub, kongkang, serigala jadian..eh.

Ha malas nak bebel panjang kang kata macam mak nenek.

19 May, 2011

Steambot, Fondue Grill & BBQ for Opah.

Dimulakan dengan Bismillah. Kejadian sempena Hari Ibu untuk meraikan Opah iaitu emak kami 5 beradik. Plan diatur oleh abang aku, katanya nak buat steambot ngan bbq. Dia beli barang semua, kami tinggal makan dan share lah duit. Lokasi kejadian di rumah kakak.


Tengok makcik ni makan durian, gelojoh sangat. Maklumla hantu durian. Gini lah rupanya. Ada aku kesah?


Sampai anak sendiri masuk bawah meja pun tak sedar. Ish ish ish...Bukan tak sedar, saje bagi dia main bawah meja.


Adik jangan buat muka camni boleh tak dik? Kang Mama gigit padan muke.




Ooooo kecohnya kakak. Cakap tepon dengan Papa dia, Papa takde time ni tak balik kena kerja. Sian Papa tak dapat join.




Nasib baik ada orang tolong jaga anak-anak. Mama tengah mentekadarah durian tak habis-habis kat dapo. Ni Intan, bakal adik ipar yang nak kenduri bulan November nanti, InsyaAllah.




Ha kan betul, tak habis lagi makan durian. Hahaha. Suraya ni pun rajin layan Syirah ngan Irfan, senang hati lah Mama korang. Ni tak tau bila nak kenduri, tanya abang aku lah ye.




Ha tanya dia ni bila nak meminang anak dara kat atas ni. Tengah sibuk nak bako ayam. Kita bakor! Kita bakor!



Persiapan memanaskan kuah tomyam untuk direndam bahan-bahan steambot. Dah banyak kali guna menda alah ni, hadiah kawen aku dulu. Kak qish ngan Kak Odie yang bagi. Best sangat. Boleh steambot, n grill sekali.




Maaflah muka Opah nya tak tunjuk. Tak berapa sopan. Hehe. Tu Opah yang pakai kain batik merah tu diraikan mesti lah dia yang kena mula makan dulu. Sedapnyeeeee bila tengok balik gambo ni. Peluh-peluh kami makan.




Lepas makan, mesti ada pencuci mulut nak bagi manis-manis sikit. Jom kita makan peach trifle. Sedap sangat, Intan buat. Semua pun orang buat kan, aku satu hapah tak buat. Tinggal makan je. Ye lah aku busy dengan anak-anak, suami takde nak tolong jaga (sambil tunduk muka malu).




Selamat hari ibu, Opah. Jasa mak memang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Terimalah hadiah daripada Daud (adik aku). Lagi sekali, aku tak contribute apa2. Eh sebab aku pun diraikan lah, aku kan dah jadi Mak! Huhuhu..




Of all the rights of women, the greatest is to be a mother. Korang jadi mak, korang tau lah kan camne perasaannya? To all of my frens, Happy Mothers Day!

Pulangkan!

Hari tu kat beberapa entry sebelum ni, ada komen. Semalam bukak hilang dah semua komen!! Mana pegi???


Blogger.com sila perbetulkan balik!! Aku tak sempat reply lagi komen2 tu (walaupun ada la seketol dua) Tapi wajib reply lah komen kawan-kawan kan?


Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

16 May, 2011

Wendy's

Tadi lunch makan kat Wendy's Mont Kiara dengan akak-akak ofis. Harini macam tak produktif je keje sebab esok nak cuti balik (macam hari lain produktif? Hahaha).


Sedap giler fries yg Rich & Meaty tu. Dah la fries kasi jirus dengan sour cream pulak. Hamek ko berlemak sakan. Makan lak beger daging besar.


Fikir-fikirkan dan sendiri mau ingat.



12 May, 2011

Hari ni Irfan 11 bulan!

Kelakar kan rambut Ipan cam tempurung. Haha.





Anak no 2 memang camni ke? Kita ingat dia kecik lagi sebab dia dah pandai nak cakap, dah nak jalan, pandai macam-macam. So assume "eh pandainye dia kecik lagi dah pandai buat macam-macam" (perasan anak advance).



Rupa-rupanya memang lah dah pandai nak cakap, nak jalan... dah almost 1 year next month! Ape lah punya mamai Mama ni.


Yang pasti, Irfan masih sedap digomol sebab bau dia still bau baby. Sedapnyeeeeee.. cium sampai dia nangis. Padan muke. Irfan ni kalo kena marah nangis, mesti cari bantal pastu dia tekup muka dia nangis. Tak macho langsung!



Tapi dia peramah, tak macam kakak malu kat orang. Irfan ni siapa amik pun tak nangis provided, Mama ada depan mata.



Still menyusu badan alhamdulillah tapi kena top up dengan susu anmum sebab tak cukup maaa.. Budak lelaki lah pulak. Tapi Irfan lagi suka makan dari minum susu. Dia suka air kosong, kalo minum air kosong sampai berbunyi-bunyik menelan.



Budak lelaki lebih rapat dengan mak kot, sebab Irfan ni manja over sikit dengan Mama. Lagi pulak dia breastfeed. Dah pandai jeles dengan kakak kalau Mama dukung kakak. Siap tangan naik macam nak pukul.


Dah tau kegunaan remote control. Kalau ada remote tv, halakan remote ke tv. Kalau remote kipas, halakan ke kipas. Tapi tak pandai tekan. Semalam Papa call kakak, bergayut lah minah tu dengan Papa dia. Irfan pandang je macam nak jugak. Sekali dia amik lori mainan dia letak kat telinga pastu cakap "eteteee teetee" . Hahha sian lori jadik tepon.


Tu je lah yang Mama ingat takat ni. Bulan depan adik dah setahun, Mama buat pulut kuning je lah dik ye. Semoga Irfan diberikan kesihatan yang baik selalu. Amin.


--------------------------------------------------------------------


Hari ni birthday Auntie Anis yang ke ......... hehe. Happy Birthday Auntie Anis! Semoga panjang umur, murah rezeki dengan bisnes kek & manik, happy selalu, dipermudahkan segalanya terutama cepat-cepat kawen. Tak sabar ni nak ada Uncle. Hehehe. Mmmmuah from Iyah n Ipan. Nanti kita buat celebration session k.


11 May, 2011

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Sebagai Ibu


Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik. Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.



*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.




Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami



Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.


Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya? kira tak menangis teruk laa. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu. Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.



*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik. Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, ?ungkit? kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil ?wasilah amal?




Ø ?Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini?


Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.


Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan ; Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah:
- Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini?
- Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini? Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.



*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!


*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup


Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..?Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan? atau ?bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..? Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana . Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita ?berkatilah si A ini? dan jika tak bagi salam, mereka akan kata ?celakahlah orang ini? Jadi, jangan lupa bagi salam next time Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.. Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!



*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! ?Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku?. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana . Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.



*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya. Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.



Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi / budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi / selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok / rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih sayang / Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan


Ø Symptom dah terkena saka – Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena – Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar – Susah nak dapat anak, senang gugur – Ada rasa kelibat orang lalu – Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam


Ø Cara hilangkan saka, Zikir ?Laillahaillalah? 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan


- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang. penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi la perawatan cara islam jugak. Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. ?Qulhuwallahuahad?? 1000x sehari



Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya



Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.



Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku… baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..





09 May, 2011

Irfan di hospital

Apakah itu Pneumonia?


Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, kulat dan virus. Penyakit ini sangat umum pada bayi. Bayi dengan mudah boleh mendapat penyakit ini dan tanda-tanda penyakit ini adalah seperti batuk, demam dan masalah pernafasan. Kalau demam berpanjangan, sila bawak pegi doktor cepat. Macam Irfan, aku mintak refer letter dari doktor klinik panel untuk ke specialist bila demam dia on off. So bila pegi specialist, x-ray tengok paru-paru dia ada bakteria (bukan virus). Doktor kata bakteria lagi bahaya dari virus. So kena admit sebab nak ambil darah dan masuk drip antibiotik.




Tanda dan gejala
Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang:




  • Demam (390-400C) dan menggigil.


  • Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).


  • Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam


  • Bernafas dengan cepat dan pendek


  • Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.


  • Berpeluh dan muka kelihatan merah.


  • Hilang selera makan atau perut meragam.




Rawatan




  • Antibiotik


  • Rehat yang cukup


  • Minum air banyak


  • Ubat-ubatan


Pencegahan




  • Elak bayi bertemu dengan orang yang sakit - batuk, demam, selsema. - Rasanya sebab Irfan dok babysitter yang ada budak-budak selsema dan demam. Sian dia kan, takde pilihan cuma dah pesan kat babysitter yang sepatutnya. Kita berharap dan tak berkira dengan babysitter, harap dia pun jujur lah kan. Alhamdulillah so far ok cuma kita tak boleh nak expect 100% perfect macam yang kita buat.


  • Jaga kebersihan - Irfan ni suka mengutip tu masalahnya. Kena sentiasa tengok.


  • Doktor suruh buang semua bear-bear Syirah yang ada kat umah -penyebab habuk.


  • Doktor tanya "Ayah merokok?". Papa jawab "ye". Mama memandang tajam. "Saya tak penah smoking dalam rumah". Papa membela diri. Apa pun, merokok membahayakan kesihatan diri dan orang lain kan.




Walaupun hanya 3 hari 2 malam kat hospital, boring ya amat sebab Irfan tetap aktif. Kat umah boleh lah dia dok dalam walker, kat spital? Asik la dok atas katil, kang kalo boring Mama bawak gi jalan-jalan kat kaunter nurses tu, paling jauh gi lobi. Hehe. Panjat tetap panjat ye Irfan. Sampai berdarah-darah tangan dia kat tempat masuk drip tu. Irfan tak nangis, Mama yang panik.




Sib baik nurses kat sini rajin, beratos kali Mama tekan menda alah ni pun tetap datang dengan kadar cepat. Kadang-kadang Irfan yang tertekan. Tetiba nurses 2-3 orang datang tanya "ye Puan panggil?"... "Eh taklah". Hehe. Im sowii..bak kata Amir.




Mencabar jaga budak tengah nak membesar ni kat hospital sebab dia cepat boring. Dia nak tengok tv citer katun pun tak pandai lagi. Belum kul 7pm dah suruh dia tido. Sian Irfan kena paksa tido. Sebab kalau dia tak tido, penat tengok dia tak duduk diam nanti badan dia yang sakit-sakit. Awak dah la tak sihat.



Sesi terapi nak keluarkan kahak. Irfan ni peramah, kalau therapist ke nurses datang..mulut dia bising ajak borak.





Of course lah bila dah kena duduk hospital, teringat anak yang sorang lagi kat rumah. Adoi la seksa betul perasaan ni. Anak sakit kat hospital pun risau, yang kat umah pun ye. Nasib baik lah Papa ada time ni, dia la dok ulang alik. Dan terima kasih sangat kat maklong ngan Opah Syirah yang tolong jagakan Syirah. Adik bila nampak kakak datang, kemain lagi excited. Kakak pun tanya "Mama ngan adik tido kat hospistal ye?". Pandai dorang ni rindu sesama sendiri rupanya.





Vaksinasi


Jangan miss rutin suntikan untuk baby setiap bulan... and doktor ada suggest suntikan optional Pnuemococcal untuk cegah pnuemonia, meningitis (penyakit yang common kena kat baby). Suntikan ni kena bayar sendiri - dan setiap cucuk tu kena bayar around RM200. Kalau sayang anak, rasanya boleh cari duit untuk bayar kan. Masa Syirah aku tak amik pun. Ni masa Irfan nak start amik.

Tetapi, rutin suntikan pneumococcal ada 4 kali kena amik:




  • 2 months


  • 4 months


  • 6 months


  • 12-15 months

Kalau dari awal tak start, boleh start dari umur dia setahun. So, hanya perlu 2 kali suntikan.





Ya Allah, semoga anak-anak kita dijauhkan dari segala jenis penyakit. Amin.


05 May, 2011

Macam-macam

Lama tak update. Macam-macam yang jadi so takde masa nak update.


Irfan admitted to hospital hari Sabtu lepas. Berangan cuti 3 hari nak main dengan anak-anak, akhirnya bermalam 2 hari kat hospital. Huhu. Takpelah dugaan baru sikit tu nak menguji kita.


Dengan kepala berserabut pikir hal rumah. Huwaaa.. banyaknya nak kena list down. Grill, kabinet, barang-barang elektrik, sinki, dapur, perabot, langsir, bla bla bla.... Peningnye.


Ya Allah semoga anakku Irfan sembuh dari demam+batuk yang menyebabkan dia pnuemonia. Semoga hal-hal lain berjalan lancar. Amin.


Nanti nak share pasal Pnuemonia. Korang kalau ada anak, fikirkan untuk ambik optional vaccination = pnuemococcal. Memang mahal tapi duit boleh cari, kesihatan anak2 lebih penting kan?


Jumpa lagi.