Advert




25 August, 2011

Selamat Hari Raya 1432H



Salam kengkawan ataupun siapa-siapa yang sudi baca blog yang tak seberapa ni,


Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun maaf sekiranya ada salah silap sama ada secara langsung atau tidak sengaja sepanjang saya menulis dalam blog ni. Maafkan lah saya ye.



Semoga Syawal kali ini kita sambut dengan besederhana, jangan membazir. Ingat orang yang tidak bernasib baik sambil shopping sakan dan makan ketupat rendang time raya nanti.



Saya juga doakan semoga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak elok, diselamatkan perjalanan pulang ke kampung dan dipermudahkan segala urusan.



Hari Raya bagi saya, peluang untuk berziarah orang-orang tua. Tahun ni nampaknya takde orang tua yang tinggal, nenek dan atok sedara semua dah takde. Betapa tak meriahnya raya kalau tak menziarah mereka. Huhu.


Tahun ni saya beraya kat Kedah. Sedih jugak sebab tak raya dengan family sendiri, lain suasananya tapi tetap meriah.



Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.





24 August, 2011

You're Beautiful

Tu tajuk ceramah kat surau ofis aku Jumaat lepas. Tetamu jemputan Dr Harlina Halizah Haji Siraj. Pakar O&G kat PPUKM dan Wardina Saffiyah.


Dr Harlina antara lain ada menyebut yang setiap wanita cantik di sisi Allah. Cuma yang membezakan cantik itu dari segi haiwaniah dan insaniah. Haiwaniah tu luaran lah, manakala insaniah dalaman. Haiwaniah itu HANYA UNTUK SUAMI sahaja. Lawak bila Dr Harlina kata, kalo dah bersama suami tu lantak lah nak buat ape pun. Hehehe.


Dr Harlina jugak ada cakap yang wanita ni wajib menutup aurat sebab itu PERINTAH ALLAH bukan sebab suami yang suruh. Sebab Allah dah cakap dalam Al-Quran surah An Nur ayat 30-31. Best dengar Dr ni cakap sebab dia jenis selamba dan agak pedas jugak ayat-ayat dia.


Tengok la aku ngan member dok depan sekali ha. Tak agak-agak.




Manakala Wardina cakap sekejap je. Dia cakap being beautiful tanpa ilmu tak guna. Macam dia dari kecik bila jumpa orang semua cakap dia "cantiknyee" sampai dah ditanam dalam kepala yang cantik tu bagus. Bila dah besar, ada anak dia kata kesian kat anak dia, orang jumpa cakap "Eh Amna, nape muka tak macam umi dia". Sedih la anak dia, sebagai mak tentulah dia lagi sedih. Tak baik cakap camtu. So dia kata tekankan ilmu agama, ajar solat yang penting dari ajar anak jadi cantik.



Lepas 1 jam ceramah, disusuli dengan solat Zuhur jemaah sama-sama. Pastu amik peluang la bergambo. Hehehe.. Memang cantik Wardina ni. Cantik sangat tak kelip mata memandangnya.


Memula amik gamba ni, Ila amikkan gegar. Masing-masing gigil. Aku amik gamba dia pun gegar. Maya pun tolong amikkan gamba. Sib baik tak gegar :P



Ini gambar percubaan kali ketiga, sampai Wardina kata "eh u ni dah 3 kali, nape camera u..rosak ke?" hahahha... Saje nak bagi tengok muka dia banyak kali geram tgk cantik sangat. Aku adore cara dia mendidik anak. Adore jugak cara dia berubah menjadi manusia lebih baik. Ingat lagi masa remaja dulu kat majalah dia kan rambut pendek. Seksi jugak dia. Tapi tu lah bak kata Wardina "dont be too judgemental, orang yang kita nampak tak baik tu mungkin esok lusa akan berubah menjadi lebih baik dari kita. Siapalah kita untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga,neraka".


Renung-renungkan dan selamat beramal :)




23 August, 2011

Berbuka @ Restoran Zam-Zam, Shah Alam

Majlis yang unplanned. Call sana sini nak jumpe, alhamdulillah dipermudahkan. Kebetulan Oja balik dari Moscow dan ada urusan kat KL. Call Anis n Kerun pulak semua free. Jom bukak posa sama! Begitu.

Hari Jumaat, nasib baik minggu tu aku ada duty pagi so dapat balik awal. Nak balik umah mandi n siapkan anak2 dulu. Macam lipas kudung buat keje, 630 dari umah terus berdesup ke Shah Alam. Papa la yang drive, kot aku dengan anak2 je kejadian tidak akan berlangsung.



Restoran Zam-Zam ni restoran makanan arab, kat seksyen 9. Sempena ramadhan, dia buat buffet RM39/pax. Untuk harga itu dengan makanan yang dia serve, rasanya not worth it. Sebab nasik and lauk cepat habis. Nasik sedap tapi manisan tak sedap. Air tin pun tak semua dapat. Nak amik, eh tetiba dah habis. Tapi dia ada air anggur ngan oren.


Untuk keselesaan, yes selesa. Anak-anak pun selesa. Ada carpet, aircond, lcd tv yang banyak dan deco dalam dia pun sangat nice. Anis pandai pilih meja kat tepi dinding so agak private untuk kami.






Amik makanan kena beratur sebab ramai orang. Aku suruh Kerun amik gamba, mesti tak penah nya betul! Salah tekan la, gelak la, tak nampak kepala la. Senget la. Hahaha.. Kerun..Kerun bila lah nak betul. Tengok gamba kami bertiga tu, macam banduan beratur nak amik makanan. Siannnn.




Syirah kemain lapa. Dia memang suka nasik yang ada kaler. Beria ha muka makan. Adik as usual, tak boleh nampak makanan. Padahal baru lepas makan.





Lepas makan, sape yang solat pegi lah solat. Surau ada kat tingkat bawah. Sementara tunggu orang lain selesai solat, budak-budak main dulu. Berkejar berlari dalam tu buat macam rumah sendiri.





Selesai tu, ape lagi sesi bertukar hadiah cam biasa. Tapi kali ni dibuat dengan kadar paling cepat. Macam kena kejar hantu. Haha..nak cepat masing-masing. Tak macam zaman dulu boleh la. Ni yang anak-anak hiruk pikuk lagi, macam-macam hal (aku lah tu). Sorry ye kengkawan. Oja pun nak cepat, nak gerak balik Kulai semula malam tu.





Nama je duduk dekat-dekat yang 3 orang tu tapi nak jumpa punya lah payah. Lagi-lagi Kerun, bz ngalahkan Rosmah Mansor. Oja dah tentu-tentu jawoh beribu batu. Oja, bebaik ye. Bersalin nanti jangan lupa bagitau n share kat facebook. Kami doakan semuanya dipermudahkan. Jangan nangis raya nanti. Hehehe..Sorry sesangat tak sempat beli apa-apa untuk baby. Pos aci tak?







Nak tunjuk gamba ni. Orang dok sibuk bersalam-salaman, tengok Anis buat pe? Hahahha dia makan budak! Anis balas dendam dengan Ipan.







Lepas masing-masing membawa haluan sendiri, Papa ajak gi cari baju melayu dia. Jom gi Jakel nak Pa? Ok set. Ipan dah tido. Letak dia dalam stroller. Hujan renyai-renyai pulak malam tu sejuuuuuk je. Dah dapat baju melayu Papa, sebelah Jakel tu ada Ariani. Jom intai apa yang menarik. Eh terjebak? Takpe, Papa belanja. Dapat la tudung raya selai. Selai je.



Ni hadiah-hadiah dari kengkawan saya. Oja bagi kasut kristal, keychain ngan fridge magnet semua dari Russia. Anis bagi frame surah Yasin untuk umah baru :), Kerun bagi perfume wangiiii. Thanks kengkawan semua, akhirnya dapat jugak kita jumpa tahun ni walaupun sekejap. InsyaAllah ada rezeki,panjang umo kita jumpa lagi. Rindu korang. Mmmmuahh.




19 August, 2011

Zakat Fitrah Jangan Lupa



Kengkawan dah tunaikan tanggungjawab belum? Kalo yang dah bersuami tu, tanggungjawab suami lah kan. Kalo yang single, gi lah bayar cepat.


Tahun ni alhamdulillah tak payah nak ingatkan Papa tu hah. Seawal minggu pertama Ramadhan dia dah bayar. RM7 kat Kedah eh. Sama je kot kat Selangor? Agaknya sebab anak pun dah dua.. hehehe..


Esok dah masuk 10 malam terakhir, sekejapnya.


K dah gi bayar zakat. Bye.


17 August, 2011

Buka Puasa with lovely frens



Ni gamba sesudah makan. Tengok semua dah happy. Rindu kat dorang ni semua, yang Oja dah tentu kat Moscow. Yang Anis n Kerun kat Shah Alam pun setahun sekali dapat jumpe.


Citer n gamba lagi next entry.



16 August, 2011

Bilakah Malam Lailatul Qadar?

Haritu dengar ceramah Ustazah Bahyah, dia kata kalau kita antara yang bertuah untuk menemui malam Lailatul Qadar ni, tak payah lah citer dengan orang. Kita simpan untuk diri sendiri saje. Kalau lah dapat jumpa malam ni, Ya Allah camne lah rasa ye.

_____________________________________________





Lailatul Qadar adalah satu malam yang amat istimewa. Pada malam tersebut Allah s.w.t. telah menurunkan al-Qur'an dan para malaikat membawa ketetapan Qadha' dan Qadar untuk setahun berikutnya. Selain itu malam tersebut adalah lebih baik dari 1000 bulan yang lain.

Bilakah Lailatul Qadar? Lailatul Qadar jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan." [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2017]

Ada pandangan yang berkata Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 bulan Ramadhan. Pandangan ini sebenarnya kurang tepat kerana tidak berasal dari al-Qur'an atau al-Sunnah yang sahih. Beberapa sahabat Rasulullah ada mengatakan mereka menemui Lailatul Qadar pada malam 27, akan tetapi ia hanya berlaku pada tahun tersebut. Pada tahun-tahun yang lain, ia jatuh pada malam yang lain. Ini kerana malam Lailatul Qadar sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun. Yang diketahui adalah ia akan jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam yang terakhir. Kenapakah Allah dan Rasul-Nya tidak menetapkan satu tarikh yang pasti?

Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan hikmahnya: "Milik Allah-lah hikmah kebesaran yang ada di sebalik rahsia-rahsia-Nya. Sekiranya kita mendapat keyakinan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam tertentu sahaja, tentu semangat kita mengendur di sepanjang Ramadhan dan merasa cukup dengan menghidupkan malam yang ditentukan itu sahaja. Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipatgandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Ini mengandungi kebaikan yang sangat banyak bagi individu mahupun jamaah. Hal ini sebagaimana Allah s.w.t. merahsiakan saat yang doa menjadi mustajab pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa kepada-Nya sepanjang hari Jumaat. Allah juga merahsiakan Nama-Nya yang paling agung yang apabila digunakan pasti akan dikabulkan-Nya, agar kita berdoa dengan menggunakan Nama-Nama baik-Nya (al-Asma al-Husna) secara keseluruhan." [Fiqh al-Siyam, ms. 176-177]

Beberapa alamat Lailatul Qadar Di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar. Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk. [Shahih al-Jami' al-Shagheir, hadis no: 5475]

Kemudian pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik. [Shahih Muslim, hadis no: 762]


رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّـهِ مِن شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! (Surah Ibrahim 14: Ayat ke 38)

15 August, 2011

Duit Raya Giveaway AdanyaKauUntukku



Siapa tak nak takyah baca.



Siapa nak? Sila join, siapa nak bagi duit raya camni kan? Kak Ila ni memang pemurah. Rajin buat giveaway.



Jom jom meriahkan Giveaway anjuran Kak Ila kat blog dia AdanyaKauUntukku.



Aku tak nak lah tamak kan, so mari kita share dengan kengkawan yang lain bagi mengimarahkan majlis. Hehehe..







Cepaaaaaaaaaaaaaaaattt!!! Sekarang!










Anak siapa?


Gambar kiri - Syirah. Gambar kanan - Mama Syirah.

Amacam? Anak Baling ke anak Klang?

Hahahaha...

Walaupun begitu, Syirah tetap anak Papa. Kerana tema mereka apabila berdua ialah "kita adalah geng". Kalau Mama nak join cakap "mama bukan geng". Huh.

Whatever...

Tapi kalau tengok betul-betul, muka Syirah memang macam muka Papa. Lagi bagus, muka anak pempuan kalau sama ngan bapaknya, lagi elok kan.

12 August, 2011

Katil baru

Katil Mama dah sampai. Yahuuuu.


Papa yang pilih n beli sebenarnya. Korang tau, pilih katil pun nak pikir anak-anak dia. Dia kata katil ni rendah, tepi takde kayu atau besi so tak tajam. Kang anak-anak tak jatuh, main pun tak terkena bucu. Eh katil tempat permainan anak ke?


Ok ok... ni katil sape sebenarnye?


Aku rasa nak beli toto lah tido bawah.







10 August, 2011

6 Ramadhan

Weekend baru lah berkesempatan nak masak kan. Hari keje mana sempat. Tapi nasib baik ada kakak ngan mak yang masak. Terima kasih banyak. Dah la tolong amik Ipan lagi.


So weekend, turn aku lah pulak masak. Suami pun ada balik berbuka sekali. Kena lah masak special.


Saya telah memasak rendang ayam, macam nak raya. Ketupat je takde. hehe..




Pagi tu pegi bawak anak-anak ke Jusco, singgah beli ikan salmon kat supermarket. Special request by husband - grilled salmon. Lumur je ikan tu ngan butter+garam sikit. Letak lah atas pan.




Masa untuk berbuka!


Orang yang paling awal duduk dan tadah tangan sambil tengok azan kat tv.




05 August, 2011

Jadi cover majalah pulak.

Ni namanya takde keje carik keje. Hehehe.


Boring masa dok dalam meeting aritu, godek2 tepon ada pulak game ni. Tak tau pun ada game ni dalam tepon..sian. Ralit buat ni sampai banyak gamba aku jadikan cover.



Irfan cover majalah GQ haha



Sesuai tak? Vogue gitu..





Macam majalah Alam & Manusia pun ade




Gamba makan icecream, tajuk majalah Dairy konon-konon



Yang lain-lain tengok je lah



Entertainment - main game kat Jusco




Pegang rabbit pun masuk National Geographic wooooo




Naik menatang 50 sen tapi tajuk majalah SPEED





Di hari jadi saya yang ke 17, sebab tu tajuk majalah Seventheen. Jangan marah!





















Tu je yang sempat buat, saja buang masa.

04 August, 2011

Dah 4 hari puasa

Semalam cuti sebab Opah ada check up kat hospital. Cuti pun macam tak cuti sebab sampai tengahari melangut kat hospital tunggu turn, penat. Tapi hari berlalu begitu pantas. Kalo kat ofis nape lemau? Rasa macam lambatnyeeeeeee pukul 5.


Syirah pulak muntah n sakit perut. Nasib baik Mama cuti. Kesian dia. Orang lain yang puasa, dia pulak yang masuk angin. Pegi klinik doktor ketuk perut dia, memang kembong bunyik dong dong. Belikan dia Chicken Rice Shop (favourite dia), sambil tunggu Opah sambil suapkan dia. Dapat la 10 suap! Lapar rupanya kan asik muntah je. Tapi sejam kemudian, muntah habis semua nasik kuar balik. Sian anak aku. Padahal dah bagi ubat tahan muntah sebelum makan. Bila tanya "Syirah puasa tak?". Dia jawab "Puasa, sebab Syirah nak painan (permainan)". Mak aih pengaruh tv sungguh sebab ada satu rancangan kat tv aritu tanya bebudak puasa sebab apa? Semua jawab sebab nak dapat duit, nak dapat permainan. Ish ish ish..pengaruh tak baik nih. Pastu Syirah jawab balik "tapi puasa tak boleh makan tak boleh minum tau Mama". Ye laaaaahhh.

On the way balik umah, Syirah tertido dalam keta. Singgah amik adik kat umah babysitter jap. Call dulu sebelum tu tanya adik tido tak. Tak tido nak amik, time tu baru kul 2. Acik babysitter tanya "betul ke nak amik ni, awal lagi". Aku kata "ha'ah takpe nak amik gak". Tak sampai hati la nak tinggal adik padahal Mama ada kat umah. Walopun aku dapat rehat while adik kat umah babysitter, tapi takpelah...biarlah penat. Keje pun banyak kat umah menanti, sambil wat keje letak adik dalam baby chair dia. At least adik ada depan mata Mama.


Lepas siap masak, siapkan anak-anak makan mandi semua. Tengok Ipan dah gosok-gosok mata. Ye lah dari amik dia kul 2pm tu tak tido-tido. Mama bawak dia masuk bilik, kakak bagi dia Iphone sebab takut dia kacau adik nak tido. Tadaaaaaaaa tertido sudah anakku seawal 6.30 pm.

Penat sangat lah tu.


Alhamdulillah semalam berbuka dengan aman. Selalu kena 'berperang' dengan Ipan. Tapi kena paksa Syirah makan takut dia masuk angin lagi. Lauk semalam - sambal udang+petai ngan sayur campur versi Jawa, air oren. Sedap giler! Semua home made, kecuali kurma tu beli la takde pulak pokok kurma belakang umah rasanye. No kuih, no other accessories. Kenyang, sedap dan tak membazir. Itu yang penting kan?


Selamat berbuka untuk 4 Ramadhan!

02 August, 2011

Dora ni Mama yang punya.




...... eh Papa yang punya jugak :P

Sebenarnya nak tayang rambut baru. Ucu dia yang potong tanpa bagitau Mama dulu. Balik2 keje dah pendek. Nasib baik boleh diterima.

Dia ni adik angkat Dora. Amacam sama macam Dora tak?