Advert




31 October, 2011

The Bread Shop, Bukit Damansara

Alhamdulillah kat ofis n, kakak-kakak rajin bawak gi makan kat luar. Ye lah aku tak drive pegi ofis so takde keta. Dorang suka jalan-jalan cari makan ke tempat makan yang belum pernah pergi atau yang sedap-sedap kitaorang repeat.

Bulan lepas (lama punye citer), dua orang kakak ofis telah senyap-senyap mencilok aku untuk di bawak ke satu tempat rahsia. Wah gitu....

The Bread Shop? Tak penah dengar pun.  

Roti semata-mata, pelbagai jenis

Teruja aku tengok sebagai peminat roti. I love roti!


Minum air dulu

Starter makan scone - sedap gile n lembut! Harga RM4.80 untuk satu kot? Lupa.


Kak Nana makan sandwich. Sedap jugak wehh.. Croissant dia tu sedap betul
Harga RM16++

Pastu kami makan pizza pulak. Pizza dia tak sedap sangat. Tapi alhamdulillah la boley makan.

Interior dalam kedai ni kelam je macam malam. So makan pun senyap je. Ramai mat salleh makan kat sini ye lah nature tekak dorang kan makan roti je. Harga agak mahal lah kan. Tapi sesekali nak try ape salahnya. 

Address The Bread Shop:
11, Jalan Setiakasih 5,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur


28 October, 2011

Something sweet from a husband

Apakah perkara atau benda yang dilakukan atau diberikan oleh suami anda yang menyebabkan anda tersentuh, terharu, terkesima, teruja?  Sesuatu yang sweet atau suwwiitt (bahasa manja)?

Menjaga anak-anak sementara Mama masak? Suwit kan? Suwit atau tak, WAJIB jaga ok. Kang kebulur nak makan ape.




Membasuh dan menyidai kain?  Ok yang ni saya terharu sebab suami baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini sebab selama ni dok jauh jarang dapat buat kerja rumah untuk isteri. Tq Papa.



Yang paling terharu bila minggu lepas suami membelikan sesuatu untuk saya *wink wink* Seronotnyeeeee.  Nak tau ape? Sila scroll bawah.
























"Papa belikan jus ni kawan Papa jual. Dia kata bagus untuk perempuan. Untuk kuruskan badan pun boleh. Mama kan dah gemuk".

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Memang terharu campur sentap.

"mahal ni Papa beli minum tau".

Terima kasih suamiku (sambil baca pamphlet khasiat jus ni dengan perasaan malu). 




27 October, 2011

Perpustakaan Awam Selangor

Tak pernah tau akan kewujudan perpustakaan baru ni. Korang tau? Ke aku je yang lambat kot. Sebab sebelum ni pun pergi kat area kompleks PKNS Shah Alam. Tak tau yang itu masih wujud ke tak. Abang aku yang ajak pergi library baru ni sebab dia dah pergi, dia kata library canggih. 

Untuk pengetahun, library ni terletak dalam kawasan Kelab Golf Sultan Abd Aziz Shah, seksyen 13 Shah Alam.  Masuk ke pintu gerbang KGSAAS, terus lagi. Memang agak jauh ke dalam sikit, sebab kawasan ni jauh dari jalan besar. Mungkin nak kan suasana aman damai kot.



Bangunan library - pandangan dari luar

 
Direktori untuk panduan - level paling bawah ialah level untuk budak-budak
  
Kat sini nak masuk setiap level depan pintu ada bakul yang ada beg-beg kecil.
Untuk apa beg-beg kecil? Untuk simpan kasut-kasut korang. Amik beg, bukak kasut letak dlm beg n korang bawak beg masuk dalam sendiri eh.


Hangkut ke mana saja korang pegi atas tanggungjawab sendiri. heheh.


Syirah masuk je nampak pentas ni dia terus naik.
Ingatkan nak buat apa, dia terus bercerita. suruh orang duduk dengar.
Berani jugak rupanya dia ni. Dia tengah citer buaya dan monyet.


Yang ni paling suka. Ada pokok besar (pokok buatan)
Baca buku di bawah pokok :)

 
Pandai sangat Mama kau berlakon.
Eh adik pun? Muahahaa.


Buku tak banyak sangat tak sikit sangat.
Masih baru kan, still in progress

 
Bahagian kids luas jugak, boleh lari-lari.
Sibuk kakak ambik buku sampai 5-6 buah pastu suruh duduk baca dia lari.


Ada jugak bahagian menonton video.


Kalau nak guna pc, bayar RM1 untuk sejam.
Kat bahagian kanak-kanak, guna pc HP.


Sekarang nak tunjuk kat korang interior view library ni dari tingkat atas sekali.  Aku berusaha nak capture gamba ni. Apa pendapat korang? Cantik tak? Ke cantik sangat? Macam tak percaya kat Malaysia? Aku ada terbaca yang library ni bernilai RM70 juta. Whoooaaaa...




View dari tingkat atas. Kat bawah yang sekelompok hitam tu ialah sofa dan karpet.
Ada port-port untuk study macam kat rumah la kononnya.



Kalo rasa nak study tanpa gangguan, sila lah duduk di sofa ini sambil mengadap tasik.
Jangan pegi bercinte pula kat situ.



Apple at all levels. Whoaaa again.



Bahagian rehat-rehat.


Memang best lah pergi library ni. InsyaAllah nanti nak pegi lagi. Nak register jadi ahli isi form bayar 20 sen je. Syirah hari tu tak nak balik tapi sebab dah dekat 4 jam spent masa kat situ, kena lah balik sebab lapaaaaaaaa. Eh btw, situ ada cafe tapi kami tak pegi tengok camne rupa n makanan dia. Mesti canggih jugak kot.

Website dia klik SINI. Marilah kita menyemai sikap suka membaca di kalangan anak-anak sedari awal lagi. Wah macam slogan kerajaan. Ye lah, ni tak asik-asik shopping complex. Jom jom pegi library pulak!




24 October, 2011

26 Oktober 2011

Cuti hari Deepavali. Yeay!! Eh terseronok pulak, macam aku yang nak raya.

26/10 bersamaan dengan hari coti dan juga birthday Syirah! Yeay!! lagi sekali. Budak tu dah nak masuk 4 tahun. Huhuhu sekejapnya masa berlalu dah besar dah anak aku.  Cam tak caya dah nak sekolah tadika. Nanti dah besar mesti dia tak suka bila Mama cium-cium gomol macam sekarang lagi. Nanti mesti dia jalan tak nak pimpin tangan lagi. Nanti mesti dia bangun tido tak cari Mama sambil buat muka sedih lagi. Huwaaa… emotional pulak.


Budak cheecky

Biasalah dah besar kan, mulut pun semakin hari semakin becok. Sape lah yang dia ikut tu agaknya ye? *kelip-kelip mata konon comel*

Tengah survey tadika dia ni. Excited nak sekolah dah dia. Everyday kul 10.30 pagi ngan 4.30 petang mesti call dia kat umah. Sekarang kalo call dia cakap camni “bila semua orang nak balik ni, Iyah dah boring ni”.  Pandai kecik-kecik boring ye. Sabar ye kak, 2 bulan lagi nanti bila kakak dah sekolah tak la boring sangat.



Kakak kesayangan Ipan. Ipan suka cium kakak dia. Bangun tido, mesti pegi kat kakak pastu cium. Tapi Syirah suka buli adik. Selalu marah adik. Perasaan jeles masih tak hilang lagi. 


Tengok adik pandai pujuk kakak bila kakak kena marah dengan Mama. Kakak kan dah besar, kena lah pandai jaga adik, buat perangai elok-elok tunjuk kat adik. <--- dengan harapan Syirah baca nanti.


Bab posing nombor satu.  Mulut muncung tak tau sape ajar. Rasanya Ucu yang ajar.



Beria posing ha cam Tyra Banks.



Boleh lah diharap sikit-sikit. Tolong Mama ape yang patut.  Nanti birthday Kakak, Mama n Papa buat sesuatu k? Jadi anak yang baik.




21 October, 2011

Selamat Panjang Umur Opah & Mak!

Birthday Opah jatuh pada 28 September, while birthday Mak (maklong Syirah) pada 26 September.  Mereka ini lah yang banyak membantu kami. Kami sayang mereka. Opah dah tentu lah banyak jasa nya, Mak pulak dari Syirah kecik sampai sekarang dia lah yang mandikan Syirah sebelum dia pegi keje. Ipan pulak dia tolong amik dari umah babysitter (petang Mama balik lambat). 

So Syirah n Ipan, ingat tu nanti bila besar balas budi Mak tau.

Kami dah plan nak gi makan kat Jeram. Maka pada malam Ahad hujung September lalu, kami ke restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram. Tempat ni macam Tanjung Harapan kat Port Klang. Tapi kat Port Klang tu dah bosan kan? Opah suka makan kat Jeram ni katanya sedap dan murah. So sebelum pegi tu lepak umah Mak dulu kat Kapar.  Solat maghrib siap-siap baru gerak. Dari Kapar ke Jeram tak jauh dah.


One happy family *___*

Mereka yang diraikan begitu happy sekali


Ada pulak orang jual mainan, RM10 tahan sehari je mainan ni

Nasib baik adik tak tido lagi.
Ikan siakap stim, ketam goreng kunyit, buttered prawn, sotong goreng tepung, siput sambal.
Ada jugak tomyam, sayur campur. Air tembikai 3 jag. Semua sekali untuk 10 org makan, RM230. Murah kan?


Makan la apa lagi tanpa toleh kiri kanan.

Ladies only. Alhamdulillah we were happy!


Selamat panjang umur dan murah rezeki untuk Opah dan Mak. Semoga kehidupan kalian sentiasa diberkati Allah swt dan diberikan kesihatan yang baik selalu.  Love: Papa, Mama, Iyah, Ipan.




19 October, 2011

Rindu teramat sangat.


Sedih tak tengok situasi di atas? Sobs.

Sian anak aku rindu kat Papa dia.  Papa dia sampai kul 12.30 tengah malam tadi. Irfan dah tido. Pagi subuh tadi dia bangun nampak Papa dia tengah tido atas katil. Dia panjat katil, pegi kat Papa dia dan baring atas dada Papa dia selama 15 minit. Baring tak tido. Kedip-kedip mata dia. Melepaskan rindu. Sedih kan.  Rindu sangat tu agaknya.

Kakak bangun kemudian, terus pegi kat Papa jugak dan bertanya "Ipad mana?" Muahahahha.

Anak oh anak.

By the way, pagi tadi sempat masak ayam stew. Cewahh.. resipi baru belajar.  Alhamdulillah sedap jugak bila dah masak tu.  Hahaha puji diri sendiri ape salahnya sekali sekala. Tapi lupa nak amik gamba.

Meh amik resipi ni kot-kot ada sape nak buat lauk hujung minggu nanti.

Chicken Stew (3-4 orang makan)
1.        ayam dipotong kecik
2.        1/2 sudu besar tepung
3.        1/2 sudu besar minyak
4.        1 biji bawang merah dipotong kiub
5.        carrot, tomato, broccoli dipotong kecik
6.        sedikit celery dipotong
7.        1 helai daun bay
8.        1 cawan air
9.        6 ketul oyster/button mushroom dihiris.
10.  garam dan lada sulah sket untuk rasanya.

Cara-cara:

1.      Lemak ayam dibuang. Tulang jangan buang (untuk rasa). Pastu isi ayam gaul dgn tepung
2.      Panaskan minyak, tumis bawang sampai naik bau.
3.      masukkan ayam.. kacau. masukkan celery, tomato, carrot, broccoli..
4.      masukkan 1 cawan air.. biarkan dalam 20 minit biar mendidih dan pekat kuahnya (bila letak tepung, kuah akan jadik pekat)..
5.      masukkan mushroom pastu masukkan garam dan pepper.

Selamat mencuba!




18 October, 2011

Doa untuk anak-anak kita

Salam.

Pagi Selasa yang sejuk ni rasa nak share doa-doa untuk anak-anak kita. Sekarang macam-macam kes kita baca dan dengar pasal keruntuhan moral.  Korang takut tak? Aku takut sangat. Takut tak dapat tunaikan tanggungjawab membesarkan anak-anak supaya jadi anak yang baik.  Takut anak-anak kita besar nanti macamana.  Ya Allah jauhkanlah perkara-perkara yang buruk dari keturunanku.

Semoga anak-anak kita dan bakal anak-anak kita sentiasa dilindungi, dirahmati, sihat dan jadi anak-anak yang soleh/solehah. Amin. 
 
Kalau kurang jelas, klik to view larger. Lagi bagus kalau save dan print. Sama-sama kita dapat manfaatnya. 





14 October, 2011

Pizza Chunky Loaded

Ahad seminggu lepas ialah hari groceries i.e. men'top up'  barang-barang dapo yang dah habis kat Giant.  Sekaligus membeli barang-barang keperluan dapo untuk umah baru.

Anak-anak dah siap sarapan kat umah. Sampai Giant, tengah sibuk beli tu kelaparan budak2 ni. Beli pisang tak sempat bayar, dah amik seketul bagi makan. Tengok la macam tak makan satu hari gayanya. Dok dalam troli tu pun gaduh tu.. "pittt..pitt.." kata Irfan. Marah la tu tak bagi kakak himpit dia.


Pastu gi Pizza nak try Pizza Chunky Loaded.  Tak loaded sangat pun, kurus je?



Sibuk nak update gamba bini ngan anak2 dia kat fb.



Muka gembira anak-anak dapat keluar dan makan.  Yeehaaa...



12 October, 2011

Wordless Wednesday

Faces of Irfan - 1 year 4 months old, today.


11 October, 2011

Ben's, KLCC

Dah 2 minggu lebih pegi makan kat sini, tapi baru nak update.  Bukan ape, takut tengok gamba2 food ni balik, nanti meleleh air liur.  Serius sedap makan kat sini, portion besar, harga sesuai dengan size portion. So boleh share. Kerana sharing itu caring. Hihikhikk... manjanye.

Mari saya bawak anda semua jelajah ke sini...Mari! (gaya Serina).

Opps lupa nak cakap, Ben's terletak di KLCC berhadapan kedai Harrods, dekat dengan eskalator.  Nampak macam kecik kan restoran ni? Tapi bila masuk dalam, rupanya dia panjang ke dalam. Ramai giler orang ok. Kalau tak booked, memang tak dapat seat. Haritu kami pegi friday lunch, tapi nasib baik dah pre-booked so tak yah risau pasal seat =)



I capture menu siap-siap.  Boleh tengok sini harga dia sekali. 



So, u ols dah bersedia untuk melihat gamba-gamba makanan yang lazat yang digembar-gemburkan iteww??   Bersedia............... 1, 2, 3!!



First thing first, we ols makan appetizer nachos yang lazat berkrim, rangup dan enak. Makan ni pun dah kenyang, tapi oleh kerana napsu menguasai diri.....yang lain pun nak makan.


Pelbagai jenis pasta! Sedap juge.


Burger yang dagingnya tebal dan enak. wah gitu promote beria kau.


Mushroom goreng yang rangup dan menjilat jari sehingga jari kelingking.


Ha ni i punye! Macaroni cheese yang very the creamy... cheese banyak sangat dan besar jugak. Strictly for sharing. *telan air liur macam terasa cheese kat tekak*


Kawan-kawan yang join the lunch. Lunch ni ditaja oleh bos. Gamba bos takde dalam ni sebab tak amik. Hahaha kejam.



Eh nanti dulu! Aku tak tunjuk lagi menu yang paling aku takleh lupa makan kat sini nak tau apa...jeng jeng jeng.... tengok bawah tau..

>

>


>
>

>

>

>

>

>

>

>
>

>

>

>

Benoffee Sundae!!! Aiskrim ni sedap sangat uols!! *telan air liur lagi* Huhuu rasa cam nak pegi lagi sini. Sape nak ikut? Jom?




Di akhiri entri ini dengan gamba pavlova yang sungguh comel. Pavlova ni manis rupanya ye.

Sekian, jalan-jalan cari makan kali ni. Kita berjumpa lagi minggu depan. Bye!