Advert




03 October, 2011

Sampul Duit Raya

Hari ni dah 5 Zulkaedah. Tapi ada lagi orang buat open house? Heheh. Semoga Allah panjangkan umur kita supaya dapat bertemu Ramadhan/Syawal tahun depan. InsyaAllah, amin.

Haritu tengah mengemas dan  mengumpul duit raya 2 beradik ni sambil 'dibantu' Syirah.  Saje ajak Syirah main amik gamba sampul-sampul duit raya yang cantik-cantik. 

Yang pertama sekali nak share, tentulah sampul duit raya tempat keje Mama. Tahun ni cantik sikit, kalo tak memang tak cantik. Hahaha. Kaler grey kertas kilat. Cantik, i like.

 

Deutsche Bank every year pun memang sampul duit raya paling cantik kan? Ni kawan-kawan baik Mama yang bagi.  Satu dari Auntie Ila, satu lagi dari auntie Erin. Cantik bebenor sampulnye, Mama simpan ni.



Sampul comel ni dari Acik Intan, tunang Ayah Cik.  CIMB Aviva punya sampul. Konsep 1 Malaysia, katanya.

Ni bos Mama yang bagi, tapi bukan yang ada isi. Yang ada isi sampul kompeni tu hah.  Ni bos bagi satu ikat, dia dapat banyak so dia bagi sikit. Sweet and simple. Lagi satu yang best sebab dia bukak secara melintang. Saya suke, saya suke.


Ni tak tau dapat dari siapa, simple dan unik. Sebab kaler hitam. Jarang orang buat kaler hitam, tapi PNB buat. Not bad. Poyo je aku review macam lah designer hebat nauu..

 

Yang ni Metrojaya punya. Simple tapi sebab ada unsur-unsur tradisional iaitu songket tu, patut diberi pujian. Combination warna pun cantik. Ewah.

 


Maxis punya. Simple, kemas dan MODEN.


Ni Mama dapat masa beli tudung raya aritu. Biasa je tapi suka kaler dia, PINK+TURQUOISE. Kaler peberet saya

 

Yang paling feberet, tentulah sampul raya UPIN & IPIN !!  Syirah ngan Ipan dapat masa pegi open house umah sedara.  Lepas salam n dapat duit raya ni, muka Syirah terus bercahaya dan mulut nganga. Hahahha.. bukan heran ngan duit raya, heran ngan sampul.  "Mama, upin ipin!" 

So boleh lah top up akaun tabung haji mereka. Bila lah kala nak ke tabung haji pulak ni. Huhu.



3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.. ada lebih tak sampul raya Deutscha Bank..bekenan sgt2

Anonymous said...

Assalamualaikum.. ada lebih tak sampul raya Deutscha Bank..bekenan sgt2

Anonymous said...

Assalamualaikum.. ada lebih tak sampul raya Deutscha Bank..bekenan sgt2