Advert




04 November, 2011

Makaroni / Spageti Goreng

Kadang-kadang boring jugak budak-budak ni asyik makan nasik. Masakkan makaroni atau spegeti goreng. Senang je campak-campak, cuma nak rebus makaroni/spegeti tu yang amik masa.  Pagi tadi sempat masak spegeti goreng, yg makaroni haritu punya.

Resipi sama, tukau kan makaroni dengan spegeti je. Nak share resipi pun malu sebab cincai je. Tapi sebab aku kan caring so mari lah sharing :)

Makaroni/Spegeti Goreng (untuk 3-4 orang makan)

Bahan:Spegeti/Makaroni
Bawang kecik 3 ulas
Bawang putih seulas
Daging/ayam/udang/sotong
Sayur-sayur (carrot, brokoli, etc)
Sos tomato (utk anak2 sbb tak makan pedas)
Sos tiram

Cara-cara:
Rebus makaroni/spegeti - masukkan sikit garam dan minyak. garam untuk bagi rasa n minyak supaya mereka tak melekat antara satu sama lain
Kemudian,
Tumis bawang kecik dan bawang putih yg dah dimayang halus  - sampai naik bau
Masukkan daging/ayam/udang/sotong (kalau daging tu lebih baik rebus dulu dan air rebusan daging boleh amik untuk jadikan kuah so nanti makaroni/spegeti tu jadi basah2 sikit)
Bila agak-agak dah empuk masukkan sayur-sayuran pulak
Masukkan sos tiram dan sos tomato
Pastu masukkan air rebusan daging dan tutup sekejap bagi sayur-sayuran empuk
Masukkan makaroni/spegeti
Kacau rata sampai masak
Siap!

Bila dah masak sebelum pi keje pesan ngan Syirah "iyah jangan lupa makan tau, harini mama  masak sesuatu yang istimewa kalau Syirah makan mesti syirah jadi pandai" Hahhaa.. Dia pun nanti call la kata "mama, iyah dah makan banyak". Adoi senang hati Mama.

Kat ipan takyah pesan sure dia makan banyak. Hahahaha.





3 comments:

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Pagi ni buat "spageti goreng mamak style" untuk sembahyang jumaat..hehehe :D

mama-syira said...

Oja,
kat sana kalo sembahyang jumaat kena bawak makanan ke? sedap la tu

~♥ OjaAmran ♥~ said...

not really farah, sumbangan ikhlas sesiapa je sebab student semua akan datang sini tuk sembahyang jumaat tu..so apa salahnya lepas sembahyang jamu they all makan kan :D