Advert




17 February, 2012

Sabah Trip: 2 - Nexus Karambunai

Malam-malam tido senyap je, just dengar bunyi ombak rindu menderu je. 

Pagi-pagi bangun duduk kat balkoni sambil tengok laut. Kalo tetiap hari bangun pagi camni, mau ada yang tak payah pegi keja kan? 


Kul 7 pagi dah siang terang benderang, subuh kena bangun kul 6 pagi. Adoi ngantuk giler...Tapi semangat bangun awal sebab kononnya nak pegi kaki gunung pagi tu. Kononnya lah kan....



Opah happy dapat relaks dengan anak-anak cucu walaupun tak cukup korum. Bilik kami lebih kurang macam belakang tu tapi tu banglo. Kami punya bukan sebijik2 macam tu.


On the way ke Penyu Restaurant, tempat kami breakfast pagi tu. Kelakar pulak tengok muka Syirah dengan hood macam tu, dah macam penguin kak. Baju tu dia pilih sendiri masa beli sebab nak pegi gunung punya pasal. Kononnya....


Lepas breakfast kami jalan-jalan sekitar pantai. Kawasan hotel ni sangatlah luas.. memang rasa tak nak balik lah kiranya.. rindu dah kat karambunai ^__*



Private beach yang cantik. Nak mandi takut gak...tapi boleh mandi.


Bercanda di pasiran pantai. Irfan ni sebenarnya penggeli nak pijak pasir laut tu. Tapi ajar dia sikit-sikit ok lah dah boleh pijak, ntah ape yg dia gelikan pun tak tau lah.

Dah jalan-jalan kat pantai, bersantai, bergamba semua.. dah nak dekat tengahari. Kami sekejap je kat sini, tu yang tak sempat nak ke kaki gunung. Opah tak nak dia kata dia nak spend kat hotel je.  Maknanya kena lah pegi lain kali lagi untuk ke kaki gunung pulak. Huhuhuww..


Check out...Best duduk kat karambunai sebab aman jauh dari hiruk pikuk bandar. Tapi rasanya setakat 2 malam ok kot. Kalau dah bermalam-malam kat sini, boring tu tak tengok dunia luar lagi-lagi shopping complex hahahaa...

Ok selepas check out..kami menuju ke destinasi lain.



No comments: